Posted in Parenting, TIPS RUMAHTANGGA

Star Chart or Reward System

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi sikit tentang star chart/ reward system untuk anak-anak kita. Sebab kita cuba untuk menuju ke arah positive parenting, jadi kita akan bagi reward pada perbuatan yang baik.
Perbuatan yang kurang baik, kita tegur, tapi tak tolak bintang.

Ini contoh star chart kalau anda tak de idea nak start macam mana:

image

Ini chart untuk seminggu. Boleh print yang ni, atau boleh juga buat sendiri. Nak buat untuk sebulan atau dua bulan pun boleh juga. Terpulang pada kreativiti anda.

Macam kami dulu buat carta simple. Targetnya untuk galakkan anak solat, so kalau pergi solat, dapat satu bintang. Untuk setiap 5 bintang dapat reward kecil (aiskrim/buku/toys), cukup 30bintang dapat pergi bercuti. Hehehe. Anak baru umur 3 dan 5 tahun waktu tu. Jadi 2-3 bulan jugak lah dapat cukupkan 30bintang tu. 🙂

Di sini sedikit tips untuk buat star chart ni:
*Perlu diingat carta ni sesuai untuk anak usia 3-8 tahun. Kurang/lebih dari itu dah kurang berkesan, kena cuba teknik lain pula.

1. Pilih perbuatan apa yang ingin kita perbaiki
– contohnya kita ingin anak mengemas bilik, gunakan : menyimpan mainan selepas bermain (bukannya – pastikan bilik kemas). Guna perkataan spesifik untuk membantu mereka mengikut arahan.

2. Pilih/lukis carta yang anda dan anak suka.
Terdapat pelbagai versi online, atau anda boleh reka mengikut kreativiti anda dan anak. Boleh guna marker, atau sticker.

3. Pilih hadiah jangka pendek dan jangka panjang.
– ini supaya anak kekal bersemangat dan bermotivasi untuk melakukan perbuatan baik.

4. Elakkan dari mengugut anak
– jika anak tidak melakukan apa yang disuruh, jangan buang satu bintang, atau kata: ‘nanti mak tak beri bintang lagi’. Kita perlu menggalakkan mereka melakukan perbuatan itu di waktu yang lain.

5. Terus berikan bintang sebaik sahaja anak melakukan perkara baik.
-ini memberikan semangat kepada anak untuk melakukan perbuatan yang baik.

6. Apabila anak sudah mula melakukan aktiviti setiap hari, mula jarakkan pemberian bintang. Mungkin dari setiap hari kepada 2 hari sekali. Berhenti secara berperingkat

Ini antara tips yang saya dapat dari carian Google. Kalau anda ada tips lain, jom kongsikan. Mudah-mudahan Allah berkati usaha kita mendidik anak-anak menjadi anak-anak soleh solehah. In sha Allah. 🙂

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s