Posted in HEALTH TIPS, HYPERTENSION

7 LANGKAH MENCEGAH HYPERTENSI

Bismillahirrahmanirrahim.

Hypertensi atau tekanan darah tinggi bukanlah penyakit yang asing bagi kita.
Gaya hidup kurang sihat dengan tekanan kerja menyebabkan penghidap hypertensi meningkat dari hari ke hari.

Jadi hari ni saya ingin kongsikan sedikit tips untuk mencegah hypertensi:

image

1. MAKAN SECARA SIHAT
– kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergula. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Makanan bergoreng dan bersantan seharusnya dielakkan.
Kukus. Grill. Panggang. Itu lebih baik. =)

2. BERSENAM
– Senaman 30minit sehari, 5 hari seminggu. Itu yang disarankan. Namun, sekiranya anda mempunyai kekangan masa, senaman 3 kali seminggu sudah mencukupi. Jika boleh, jarak antara satu sesi senaman dengan sesi yang lain, maksimum 48jam.
– Anda mungkin tertanya-tanya jenis senaman yang sesuai dengan anda. Jawapan mudahnya, jenis senaman yang sesuai adalah senaman yang anda suka! Jika suka bermain badminton, itulah yanh sesuai, jika suka berenang, itulah yang sesuai. Namun, seeloknya masukkan aktiviti muscle toning dalam sesi senaman anda.

3. KAWAL BERAT BADAN
– Pastikan berat badan anda ideal (BMI 18-25). Kurangkan kebuncitan perut. Wanita dengan ukur lilit pinggang 80cm ke atas, dan lelaki dengan ukur lilit pinggang 90cm ke atas lebih berisiko untuk menghidap penyakit arteri koronari dan diabetes.

4. HENTIKAN ROKOK
– Merokok boleh menjadikan darah lebih pekat, menyebabkan jantung terpaksa berusaha lebih kuat untuk mengepam darah, mengakibatkan tekanan darah tinggi.

5. KAWAL PENGAMBILAN ALKOHOL
pengambilan alkohol berlebihan juga turut meningkatkan risiko anda untuk menghidap tekanan darah tinggi.

6. KAWAL TEKANAN
– Dengan gaya hidup dan pekerjaan sekarang ramai antara kita yang tertekan dengan keadaan di pejabat dan di rumah. Belajar untuk menangani stress anda dengan melakukan relaxation therapy. Bagi yang Muslim, lancarkan lidah dengan zikir dan ayat-ayat al-Quran. Minda yang sihat mengurangkan risiko penyakit-penyakit lain.

7. KURANGKAN GARAM
– Kurangkan pengambilan garam kepada 6g/ 1 sudu teh setiap hari bagi mengurangkan risiko hypertensi.

Semoga bermanfaat.

Ieja Ibrahim

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s