LOST WORLD OF TAMBUN

Bismillahirrahmanirrahim..

Home at last.
Short trip Melaka-Kajang-Tambun-KL-Melaka. Last minute la sebenarnya sebab tak bleh nak decide nak pergi mana hahaha.

Anyways, finally decide nak pergi LOST WORLD OF TAMBUN. So, pergi lah usha bilik hotel. Mostly dah penuh. Kalau ada pun mahal. So kitorang decide book homestay je. Survey kat ibilik.my, jumpa apartment 3bilik, 2 bedroom, for Muslim only rate at RM 280.

Haa mmg cun sgt dah tu..

Survey tiket entrance pulak..

Tiket pun beli online je kat website, murah sikit. Selagi boleh jimat, kita jimat lerr :):).

So gerak dari Kajang almost tengah hari. Sampai dalam kol 4 camtu. Biasalah ada anak kecik, journey jadi double. Nak kencing lah, nak berak lah, nak makan lah. Layannn.. kita pun lek-lek je, xde apa nak kejar.

Sampai apartment, amik kunci kat postbox, check in. Untuk homestay, aku suka sbb bilik bersih n kemas. Bau lipas pun xde. (Sbb pernah je dapat homestay lipas merata kat dapur). Ada aircond n water heater. Ok lah kan. Hehehe.

Malam nak jalan2 cari makan, tapi sebab ada benda nak beli, so kitorang gi giant je. Makan kat foodcourt. Sedap gak nasi goreng dia. Cuma ikan bakar portuguese aku terlebih pedas. Apa pun, alhamdulillah.
Aku siap basuh baju sekali kat homestay tu. Hehehe. Dah lama x pakai mesin semi automatik. ;);)

Esoknya lepas breakfast terus gi Lost World. Sampai kol 10.45 camtu. Dah penuh dah orang beratur. Tapi sebab da bli tiket online, cepat je lag dapat tag and masuk.

Lepas baca review-review dari orang lain, kitorang decide gi jalan-jalan kat dry area dulu.

Ada amusement park, ni naik satu rides je. Sebab bawak kanak2 ribena ni, naik yang diorang boleh naik je lah kan. Besides, aku ni pun bukan suka sangat nak naik benda-benda yang mengecutkan perut nih. Hahhaha.

Pastu, gi Tin Valley. Dapatlah try mendulang bijih timah. Sakit pinggang kot! Haish gigihnya lah orang yang kerja mendulang bijih. Insaf kejap. Kat situ gak ada replika gajah. Serius aku ingat memula ada gajah betul. Tipah tertipu rupanya. Hahhaha itu pun dah gayat hoii. Ada hati nak naik gajah betul. Hahahha.

image

image

Pastu pegi tiger valley. Ada show feeding tiger, tapi kitorang tak sempat lah nak tengok. By the time sampai petting zoo, budak-budak ni dah tak sabar nak berenang, and dah cranky sebab lapar. Hahahah.

Masuk wet area, kerusi penuh. Pusing-pusing dapat gak lah letak barang. Aku cakap ngan hubby, suruh dia jaga noah yg tgh tdo, aku bawak budak2 ni masuk air. Baru berubah sikit mood masing-masing dah jumpa air. Hahahha.

Pastu aku gi beli makanan, tinggal diorang main dengan anak buah aku yang besar sikit. Ok gak lah makanan kat foodcourt dia. Sedap gak and affordable lagi. Nasi ayam rm10, laksa rm8. Takdelah mengarut cam sunway lagoon satu dish dah rm15-20.

Pastu ajak makan. Berendam dekat 3 jam lebih gak lah. Pastu dah 530pm tu kitorang balik sebab tak solat lagi. Malas nak tunggu turn kat changing room, laki aku kata, balik mandi kat rumah je lah. 5 minit je pun. Hehheh.

Konon malam nak sambung gi hot spring. Hmm haramm. Semua pengsan seharian kat sana. Hujan lagi pun. Nasib baik lah aku sempat berendam kejap kat hotspring tu sebelum balik petang tadi. Heheh.

Esoknya konon nak jalan Ipoh. Tapi, Zulaikha anak buah aku tetiba muntah-muntah pulak. Dah sampai dah depan Funtasy Art Museum, Dina tdo, Zulaikha pun tdo. Parking pun susah. Gi kat Melaka punya je lah nanti, in sha Allah.

Nasib baik ada nutriferon, suruh dia telan satu sachet, bli gak panadol sebab dia kata dia pening. Alhamdulillah, by petang dah ok. Naya gak hoii bawak anak orang tetiba sakit pulak. Kang apa pulak kata mak dia. Ngeeee…

Apa pun, enjoy lah trip LWOT nih.

Sape nak no tepon owner homestay, bleh pm aku keh.

Okies, adios!!

Ieja Ibrahim

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s