Posted in BREASTFEEDING, Tips

Stress stok EBM tak banyak?

Assalamualaikum..

Kebelakangan kerap jumpa di group-group FB tentang ibu-ibu yang stress sebab milk production yang kurang. Ada ibu seawal 3 hari, tunjukkan gambar kolostrum sekitar 5-10mls pada satu sesi.

Bila ramai ibu-ibu yang menjayakan dan menggalakkan penyusuan susu ibu berkongsi hasil perahan, ada ibu lain yang rasa risau bila hasil perahan mereka tak banyak macam orang lain. Kemudian mereka stress. Cari milk booster. Masih stress. Konsep demand-supply tak jaga. Maka termasuklah mereka dalam vicious cycle yang mereka ciptakan sendiri.

Setiap anak berbeza. Keperluan anak berbeza. Keperluan ibu berbeza. Kemampuan ibu juga tidak sama. Ada orang mendapat semangat bila tengok orang lain bersungguh-sungguh dan berjaya. Ada orang rasa down bila tengok orang lain lebih dari dia. Oleh itu, kenali diri anda wahai ibu sekalian.

Jika anda stress tengok orang lain kongsi hasil susu melimpah ruah, sedangkan hasil anda cuma cukup makan, JANGAN TENGOK! Hide dari newsfeed ke apa yang patut. Jangan biarkan negativiti mengganggu minda anda. Susu anda cukup untuk anak anda. Itu yang lebih penting.

Ada orang stok susu penuh deep freezer, tapi mungkin dia pemurah dan berjiwa besar. Bersedia ambil anak susuan bila-bila masa. Kita yang takde anak susuan, tak perlulah stress nak hasilkan susu sama banyak macam dia. Lebih-lebih sangat nantikan membazir juga.

Tak, saya tak kata anda tak perlu ada stok EBM. Stok EBM perlu di hari anda outstation, kurang sihat, hari-hari period di mana susu akan terkurang juga. TAPI, ia TIDAK WAJIB! Yang penting bekalan harian anak anda cukup, wet diapersnya cukup, dan pembesarannya normal. Itu paling penting.

Ini bukan pertandingan untuk tengok siapa lebih hebat ada susu banyak atau sedikit. Siapa yang terpaksa campur dengan susu formula sebab low milk supply. Kita cumalah ibu-ibu yang berusaha memberikan yang terbaik untuk menjaga amanah yang diberikan pada kita.

Konsep penyusuan, demand-supply sangat-sangat penting untuk difahami. Juga paling utama, MINTAK MINTAK DAN MINTAK DENGAN DIA – SI PEMBERI REZEKI. Siapalah kita kalau Dia tak beri kita nafas dan nyawa, kan?

Setiap bayi yang baru lahir, ada rezekinya. Tugas kita? DOA DAN USAHA yang sewajarnya. Seperti menambat unta dengan tali. Tambat dan doa supaya unta selamat. Bukan doa je tapi biar unta lepas bebas dan berharap unta tak hilang. Salah lah kan? Sama lah juga macam penyusuan. Usaha, dan berdoa. Semoga Allah lancarkan niat nak menyusukan sehingga 2 tahun bagi memenuhi syariatnya. In sha Allah, pasti Dia mudahkan. Aminn.

————<<<<>>>>>———–

INGIN SUPPLEMENT PENAMBAH TENAGA BAGI IBU MENYUSU?

WA 016-6658245 Untuk konsultasi percuma!

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s