Posted in PERSONAL, RECIPE

MUFIN EPAL PISANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Berehat sekejap sementara kanak-kanak tidur.

Hari ni tinggal bertiga dengan Dina dan Noah. Adam dengan papa pergi belajar tanam pokok tin kat Putrajaya. Sempat kemas dapur, masak, buat muffin dan sekarang kanak-kanak tidur, maka kita rehat kejap. Misi petang ni, nak lipat baju berbakul-bakul yang pasti akan habis. Moga Allah mudahkan. :).

Jadi nak share sikit resepi muffin yang aku bertungkus lumus (ceh tungkus lumus lah sangat) buat tadi. Kalau takde gangguan, penyediaan batter mungkin dalam 15mins je dah siap.
Tapi aku buat tadi lebih setengah jam gak lah. Sambil sambil layan budak-budak breakfast dan budak kecik manja bergayut kat kaki. Ahahah.

Yang pastinya, lepas siap masak dan kemas dapur, pakcik and makcik aku dtg. Jadi, ada orang puji muffin sedap dah siap bagi tapau bawak balik dah. Hahahha.

image

BANANA APPLE MUFFIN

Bahan-bahan

3 biji pisang (yang dah ranum)
2 biji epal – cincang guna tangan/food processor
1/3 cawan mentega cair
1 biji telur – dikocok
1 sudu teh esen vanilla
3/4 gula perang
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (saya tak letak)

Cara2:
Panaskan oven
Lenyek pisang
Masukkan mentega cair – kacau
Tambah telur + gula/esen vanilla – kacau
Masukkan garam/ soda bikarbonat – kacau
Masukkan tepung – kacau rata.
Last sekali tambah epal

Kacau. Masuk dalam muffin tin. Saya dapat 18-20 biji muffin (letak 3/4 tin muffin tu)

Bakar suhu 180C, 20-25 mins (cucuk dengan lidi/garfu tiada adunan melekat)

Credit: http://www.remakingjunecleaver.com/easy-banana-apple-muffins/

*resepi aku dah edit kurangkan gula sikit sebagai langkah penjimatan dan mengurangkan risiko kena diabetes.

** aku memang cari resepi guna cawan sebab aku malas nak guna timbang. So plus bonus untuk korang

*** kalau korang tak biasa buat muffin, adunan muffin memang sticky, tak cair macam batter kek. Tak keras macam biskut. Hmmm lebih macam cekodok punya batter. And tak payah ketuk beria sangat, kalau banyak sangat udara dalam tu nanti dia tak jadi moist.

Sekian. Silakan kongsi jika manfaat.

Boleh cuba try. Aku rasa sedap, dan sangat-sangat lah senang.

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

One thought on “MUFIN EPAL PISANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s