Posted in HEALTH INFO, Masalah wanita

ANAEMIA DAN HAID

Bismillahirrahmanirrahim..

Sembang dengan pakcik hari ni. Baru tahu sepupu kena admit ward minggu lepas sebab paras haemoglobin yang rendah iaitu 5g/dL sahaja (Normal bagi wanita adalah 12g/dL ke atas).

Kebiasaannya paras haemoglobin rendah boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti kurang zat besi dalam makanan, kurang vitamin B12, kurang folate, ataupun pendarahan. Pendarahan boleh disebabkan oleh pendarahan biasa yang kita boleh nampak seperti kemalangan, najis berdarah, kencing berdarah, atau pendarahan organ dalaman yang tidak kelihatan pada mata kasar.

Cuma kali ini saya nak sentuh tentang pendarahan berlebihan disebabkan oleh haid. Ada antara kita yang tidak sedar atau tidak tahu bahawa pendarahan haid yang berlebihan boleh mengakibatkan anaemia atau kurang darah merah. Apatah lagi jika dari awal mereka biasa mempunyai kitaran haid yang panjang sehingga 10 atau 14 hari.

Kitaran haid yang panjang dengan darah haid yang banyak (penggunaan tuala wanita yang banyak setiap hari sehingga terpaksa ditukar 2-3 jam sekali dan menyebabkan kebocoran) menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Apatah lagi sekiranya anda kurang mengambil sayur-sayuran hijau, dengan diet yang tidak seimbang menyebabkan badan tidak dapat atau lambat menghasilkan sel darah merah yang baru. Ini menyebabkan anaemia dan merbahaya untuk kesihatan.

Jadi, bagaimanakah kitaran haid yang normal?

image

Ini kitaran haid normal untuk 28 hari. Pada kebiasaannya hari haid adalah sebanyak 4 ke 8 hari, dan jumlah kehilangan darah adalah sekitar 30-40 ml dalam satu kitaran. Kehilangan darah lebih daripada 80ml dikira sebagai ‘heavy flow’. Namun jumlah darah yang keluar menjadi paling kurang satu titik atau sehingga 2 cawan darah (540ml)!

Bagaimana kita nak tahu berapa banyak darah yang hilang?

Sekeping pad biasa (regular) menampung sehingga 5ml darah apabila penuh. Jadi, secara purata, dalam satu kitaran haid, jumlah pad penuh adalah sekitar 6-8 keping pad.

Menorrhagia (pendarahan berlebihan) sehingga menyebabkan anaemia biasanya disebabkan oleh haid melebihi 80ml setiap kali (atau lebih 16 keping pad  penuh setiap kali haid).

Untuk itu, jika anda rasa anda datang haid lebih lama atau lebih banyak daripada normal, adalah wajar untuk anda berjumpa Doktor bagi memastikan anda tidak mengalami anaemia dan mengenal pasti punca menorrhagia anda.

Nanti saya akan kongsikan tentang simptom-simptom anaemia pulak.

Sekarang nak tengok Avengers kejap.

Semoga manfaat!

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s