Posted in HEALTH INFO

SIMPTOM-SIMPTOM ANAEMIA

Bismillahirrahmanirrahim..

Ok kelmarin kita cerita tentang menorrhagia atau haid yang banyak yang boleh menyebabkan anaemia atau kurang darah merah. Jadi hari ni saya nak kongsikan tentang simptom-simptom anaemia.

Simptom-simptom ini boleh berlaku kepada semua penghidap anaemia, walau apa pun punca anaemia tersebut.

Kebanyakan simptom adalah disebabkan kurangnya oksigen ke organ-organ utama akibat kurang haemoglobin – pengangkut oksigen dalam badan.

1. Palpitation

Atau selalu di ceritakan sebagai jantung berdebar-debar, dan laju. Ini disebabkan kurangnya oksigen menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih laju ke seluruh badan.

2. Susah bernafas

Susah nafas, mencungap atau sesak nafas juga merupakan antara simptom anaemia.
Ini terjadi apabila otak menghantar signal kurang oksigen, dan paru-paru perlu bekerja lebih untuk mendapatkan oksigen.

3. Sakit dada

Sakit dada, kadang kala boleh membawa kepada serangan jantung – ‘anaemia induced ischaemia’. Terjadi apabila oksigen tidak sampai ke sebahagian jantung menyebabkan sel di situ mati – ischaemic. Kesannya? Sakit dada di bahagian kiri, kadang-kadang merebak ke bahu/tangan kiri atau dagu.

4. Cepat letih

Kadangkala, simptom yang lain tiada, cuma badan terasa lebih mudah letih berbanding biasa. Jadi, tidak salah untuk ke klinik sekiranya anda rasa stamina anda tidak seperti dulu.

5. Pitam/ gelap mata.

Berdiri lama tiba-tiba pitam. Ini juga satu tanda apabila oksigen tidak cukup sampai ke otak..

6. Sakit kepala.

Sakit kepala yang berlarutan juga boleh menjadi antara tanda anaemia. Ini berlaku akibat kurangnya oksigen ke otak menyebabkan sakit kepala.

7. Pucat

Kurangnya darah merah menyebabkan anda kelihatan pucat dan lesu.

7 tanda di atas adalah tanda-tanda utama bagi penghidap anaemia.

Namun, ada juga simptom-simptom lain yang lebih jarang terjadi seperti kurang deria rasa pada lidah, lidah lebih licin dan rata, serta pembentukan ulcer dibahagian tepi mulut.

Apa yang pasti, anaemia perlu dirawat puncanya. Anaemia yang berlarutan adalah merbahaya untuk kesihatan dan boleh membawa maut.

—————-*******————

Ingin tahu supplement apa yang sesuai untuk pesakit anaemia?

Click —-> sini!

Dr Ieja

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s