Posted in PRODUCTS

DIPHTERIA

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedih dengan berita kematian seorang pesakit cilik berusia 7 tahun angkara Diphteria.

Diphteria yang hampir pupus dengan vaksin.

Satu ketika dulu, Diphteria merupakan antara penyakit utama yang menyebabkan kematian kepada kanak-kanak. Pada tahun 1921, terdapat 206,000 kes Diphteria dengan lebih 15,000 kematian di Amerika Syarikat sahaja. Namun sedikit demi sedikit panyakit ini berjaya di kawal dengan program vaksinasi. Pada tahun 2014, sekitar 7321 kes dilaporkan di seluruh dunia.

Jadi, apa itu Diphteria?

Diphteria merupakan penyakit bawaan bakteria; Corynebacterium diphtheriae bacterium.

Ia merebak melalui cecair pernafasan (respiratory droplets) seperti batuk dan selsema. Ia juga boleh berjangkit melalui permainan atau pakaian yang tercemar dengan hingus atau sisa batuk pesakit yang menghidap Diptheria.

Apakah simptom Diphteria?

Apabila kuman Diphteria melekat pada dinding sistem pernafasan kita, mereka menghasilkan racun yang menyebabkan;

– kelesuan
– demam
– sakit tekak
– bengkak di bahagian leher

image

             Leher bengkak akibat Diphteria

Dalam masa 2 ke 3 hari, racun ini menyebabkan kematian kepada sel-sel di bahagian sistem pernafasan seperti tekak, dan hidung, serta membentuk lapisan seperti plak berwarna kelabu yang dipanggil “pseudomembrane”. Ini merosakkan lapisan tisu di hidung, tekak, tonsil, dan kotak suara pesakit,  menyebabkan pesakit mendapat kesukaran bernafas.

image

              Pseudomembrane.

image

Racun ini juga boleh melalui salur darah dan menyerang jantung, sistem saraf dan buah pinggang.

Komplikasi

Komplikasi utama penyakit ini:

– sistem pernafasan tersekat
– myocarditis – radang pada jantung
polyneuropathy – kerosakan saraf
paralysis – kegagalan bergerak
– jangkitan paru-paru membawa kepada kegagalan fungsi paru-paru
– kematian.

Rawatan

Sekiranya pesakit disyaki menghidap bakteria, ujian makmal untuk pengesahan akan dilakukan.

Rawatan termasuk :
– Diphteria antitoxin
– antibiotik
– pengasingan (sekurang-kurangnya sehingga 48jam selepas rawatan dimulakan, atau ujian kedua disahkan negatif).

Walaupun dengan rawatan, 10% daripada kanak-kanak yang dijangkiti Diphteria ini akan meninggal dunia.

Pencegahan

Pencegahan paling berkesan adalah melalui vaksinasi.

Sumber : CDC website.

Semoga bermanfaat.
Dr Ieja.

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s