Posted in Penyakit Bawaan Virus

CACAR AIR – NAK MAKAN APA?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ok semalam saya dah kongsi serba sedikit tentang chicken pox, kan? Jadi hari ini, kita tengok pula nutrisi yang diperlukan untuk memulihkannya.

Nutrisi yang cukup penting untuk mengurangkan komplikasi, mempercepatkan proses penyembuhan serta mengurangkan parut akibat cacar air. Terutama bagi golongan dewasa yang lebih mudah mendapat parut berbanding kanak-kanak.

1. PROTEIN

Protein amat penting untuk proses baik pulih luka. Namun, lebih baik memilih protein berasaskan kekacang berbanding protein dari hasil tenusu atau pun daging.

Protein yang cukup juga membantu pemulihan kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih sihat dan parut berkurangan.

image

Makanan kaya protein – Sumber : Google Image

2. VITAMIN C

Vitamin C penting untuk meningkatkan imun sistem, supaya virus-virus dapat dihapuskan dengan lebih cepat. Antara sumber utama Vitamin C adalah buah-buahan sitrus seperti oren, dan buah-buahan lain seperti jambu batu, belimbing besi dan lain-lain.

image

Makanan kaya Vitamin C – Sumber : Google Image

3. VITAMIN E

Bagi membantu mengurangkan parut, pengambilan makanan yang kaya Vitamin E juga diperlukan. Terutama bagi penghidap cacar air dewasa, yang mana kesan luka cacar lebih berisiko meninggalkan parut-parut hodoh.

Antara makanan yang kaya vitamin E adalah buah zaitun, aprikot, bayam, brokoli dan lain-lain.

image

Makanan kaya Vitamin E – Sumber : Google Image

4. AIR

Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi. Tambahan pula apabila banyak ruam yang tumbuh di bahagian dalam mulut ataupun tekak menyebabkan kurang selera makan dan kesakitan jika makan.

Selain pengambilan air suam, makanan yang kaya air seperti tembikai, tomato, kiwi dan bayam boleh diambil bagi mengelakkan dehidrasi.

image

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s