Posted in RANDOM, SHARING

BERHATI-HATI PINJAM KERETA ORANG!

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni saja nak kongsi.

Kisahnya beberapa hari lepas, ada pelatih dari PLKW (pusat latihan kerja wajib) datang buat medical check up.

Untuk pengetahuan semua, PLKW ni sebenarnya adalah tempat orang buat salah, kebanyakannya kesalahan trafik. Mereka dikecualikan dari bayar saman, dan akan di tugaskan menjalankan aktiviti kemasyarakatan, bersihkan kawasan awam seperti masjid, klinik kesihatan, dewan masyarakat dan lain-lain. Biasanya waktu nya 2-4 jam setiap hari selama 1-4 bulan bergantung pada kesalahan dan hakim yang memutuskan hukum waktu bicara. Yang ni dekat Melaka lah. Negeri lain, saya tak pasti.

Ok, tu fungsi PLKW. Fungsi kami pula, sebagai Doktor, kami akan buat medical check up untuk pastikan pesalah-pesalah ini sihat dan boleh buat kerja-kerja tu semua. Dan sebagai seorang Doktor memang sifatnya sedikit busy body semua benda pun nak tahu, jadi biasanya saya personally akan tanya, apa kesalahan yang mereka lakukan sambil-sambil beti nasihat aka membebel. Heheheh.

Ok, kisahnya adalah satu adik ni, nak buat medical check up.
Jadi bermula lah sesi soal jawab.

Dia kata, dia kena tangkap sebab bawa kereta klon. Eh? Mana kau dapat kereta klon? (Ehehe saya mmg kadang2 cakap kau-aku je dengan patient 😜😜)

Dia pun cerita lah, katanya dia orang Mersing, Johor. Kereta rosak, hantar kat bengkel. Tapi dia kena hantar assignment dekat Lecturer dekat Melaka. Jadi, kawan kepada tuan punya bengkel, pinjamkan kereta pada dia.

Hari kedua pinjam kereta (sebab tuan bengkel janji 2 hari siap), dia datang ke melaka nak hantar assignment tu lah. Sekali kena tahan di lebuh AMJ. Rupanya dia bawa kereta klon. Dia pun tak tau.
Dan bila dia beritahu pada pegawai yang tangkap dia pun, macam mana dia nak buktikan dia bukan tuan punya kereta tu, betul tak?

Sebab kalau cek geran kereta pun mestilah akan keluar nama owner kereta asal kan? Sebab by right, kereta yang dia bawak tu pun tak wujud dalam sistem. Lagipun, siapa nak percaya?

Lebih-lebih lagi budak lelaki awal 20an ni. Biasanya memang susah sikit nak percaya kalau diorang buat baik. Tapi, kalau buat salah orang tak berapa nak pelik. Kan?

Dah kena tahan, lama jugak lah nak settlekan, sampai sudahnya dia tak dapat pun hantar assignment tu. Kena buat assignment baru sebab lecturer tak nak terima alasan dia. Sampai mak ayah pun terkejut.

So, kalau ikutkan hukumannya denda berapa belas ribu RM. Dia buat rayuan. Rezeki dia, kena buat kerja wajib je. (Kalau tak, boleh masuk penjara).

Saya kata, mujur 2 jam sehari untuk dua bulan je. Dan dia pun pilih sesi petang. Nak buat kat masjid katanya, boleh solat sekali. Kacau jugak lah sebab sekarang ni dia sem akhir.

Alhamdulillah. Kata saya, takpe lah, pasti ada hikmah. Alang-alang dengar sekali ceramah agama kat masjid tu heheheh. Mudah-mudahan sukses dan boleh grad on time. In sha Allah.

Doakan saya, Dr, kata dia sebelum balik.

In sha Allah.

Tak ingat dah namanya, tapi semoga dia berjaya.

Tapi tu lah saya nak ingatkan semua. Jangan sebarang-sebarang pinjam kereta orang. Kalau nak malang tu memang tak berbau. Macam ni, tuan punya kereta terlepas, orang lain yang jadi mangsa.

Kereta klon ni banyak, terutama di negeri-negeri sempadan macam Johor dan Perlis, dan di Sabah/Sarawak.

Dia pun kata, selalu dengar pasal kereta klon, tak sangka diri sendiri terkena. Kereta orang pulak tu. Kalau kereta sendiri tu lainlah!

Untuk yang nak beli kereta pun, hati-hati dengan tawaran harga yang terlalu murah macam tak masuk dek akal. Takut-takut tertipu dengan sindiket kereta klon.

Sekian, pesanan khidmat masyarakat di hujung minggu.

Dr Ieja
Pengedar Shaklee Melaka
Bersama membanteras jenayah.

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s