Posted in Demam, HEALTH TIPS

BOLEH MANDI TAK DOKTOR?

image

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau demam, boleh mandi tak Doktor?

Biasa, kan kita dengar soalan ni? Kadang-kadang kita pun jadi keliru sendiri, sebab orang tua-tua dulu tak bagi mandi waktu demam. Takut makin teruk katanya. Mandi malam di kaitkan dengan selsema dan paru-paru berair.

Sebenarnya, apa tujuan kita mandi?

Membersihkan diri dari kotoran, kan?

Bila waktu kita demam atau dijangkiti penyakit, sistem imun kita akan bertindak menghapuskan penyakit. Waktu itu, dalam badan kita ada banyak kuman yang sedang bertindak balas dengan sistem imun.

Tubuh yang kotor, berpeluh, lembap, menggalakkan lagi pembiakan kuman dalam badan. Jadi, lagi lambat lah nak sembuh, betul tak? Sebab bila kita tak mandi, kita menjadikan badan kita sebagai host yang sangat sempurna untuk pembiakan bakteria dan patogen jahat.

Tapi doktor, kalau chicken pox atau ruam ni boleh mandi juga ke?

Ya, sila mandi!
Bersihkan lesi (lesion) chicken pox atau ruam tu, kemudian lap kering.

Elakkan berpeluh, kerana peluh  dan suasana lembap menggalakkan pembiakan bakteria menyebabkan secondary bacterial infection di atas lesi/luka yang sedia ada.

Lagi pula, mandi membantu mengatur semula suhu tubuh badan ke paras normal.   Ia membuatkan anda rasa lebih segar, dan meningkatkan mood serta emosi anda.
Emosi yang baik dan positif, pastinya membantu meningkatkan imun dan membantu proses penyembuhan tubuh.

Lagi pula, bau badan merupakan satu occupational hazard kepada para Doktor tau! Bayangkan anda masuk ke bilik rawatan dengan bau yang semerbak mewangi sampai doktor pun terpaksa tutup hidung dan tak mampu berfikir. Sampaikan tugas pun jadi cincai je sebab pening dan mahu pesakit segera keluar dari bilik rawatan.

Ini kisah benar, bukan main-main tau!

Kami pun manusia biasa yang tidak kebal dengan bau. Walaupun seboleh mungkin kami tahan untuk menjaga hati pesakit, tapi kadang-kadang tu terlepas juga.

Jangan sampai anda ke klinik dan Doktor tanya : “ni mandi ke tak ni?”

Jangan lupa, KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN!

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s