Posted in HEALTH INFO, Masalah wanita

MEROYAN.

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya yakin ramai di antara kita yang pernah dengar tentang meroyan, kan? Meroyan biasanya dikaitkan dengan gila, dan merupakan satu stigma dalam masyarakat kita.

Tapi tau tak apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan meroyan? Dan tahukah anda, meroyan boleh diubati?

image

POST NATAL BLUES.

Perubahan hormon dan persekitaran diwaktu awal kelahiran mengundang emosi yang pelbagai dalam diri ibu-ibu. Ada ibu yang tidak terjejas, namun ada ibu yang merasa tertekan, kerap sedih atau menangis (walaupun tanpa sebab yang munasabah), dan ada juga yang kerap merasa anxious atau khuatir.

Simptom-simptom ini jika berlaku diawal kelahiran, dikenali sebagai post natal blues. Kebiasaannya ia tidak serius, dan tidak berlaku lebih daripada 2 minggu selepas kelahiran.

Namun, tanpa sokongan keluarga, post natal blues tadi, boleh membawa kepada sesuatu yang lebih serius yang kita panggil meroyan atau post natal depression.

Biasanya simptom meroyan atau depression ini timbul lewat, (boleh terjadi dalam tahun pertama kelahiran), dan berlarutan sehingga berbulan-bulan. Tanpa rawatan, ia boleh membawa kepada psychosis (delusion – percaya pada sesuatu yang tidak benar, atau hallucination – mendengar/melihat sesuatu yang tidak wujud). Post natal depression sebenarnya sangat biasa, berlaku 1 dalam 10 kelahiran. Pengesanan dan rawatan awal, memberi peluang kepada ibu-ibu ini untuk kembali pulih. In sha Allah.

Jadi apakah tanda-tanda post natal depression?

1. Rasa sedih – kesedihan yang melebihi dari biasa, kadangkala tidak terkawal, dan tidak berkadaran dengan situasi semasa.

2. Putus harap – perasaan seperti tiada siapa dapat membantu

3. Rasa rendah diri sebagai individu

4. Rasa bersalah

5. Rasa serabut, tak mampu melakukan semua tugasan yang dituntut sebagai isteri dan ibu

6. Gangguan tidur dan makan

7. Sukar dipujuk. Perasaan sedih, atau terasing atau apa-apa emosi negatif lain yang tidak dapat dipujuk oleh diri sendiri atau orang lain.

8. Keletihan melampau

9. Rasa kosong

10. Tidak gembira dengan perkara-perkara yang anda gemari sebelum ini. Dan tidak gembira dengan aktiviti-aktiviti baru juga.

11. Mengasingkan diri dari ahli keluarga atau rakan-rakan yang lain.

12. Kurang atau tidak bertenaga. Lesu.

13. Cepat marah dan naik angin. Mudah terasa.

14. Rasa tidak pandai menguruskan bayi. Tidak cekap.

15. Kurang nafsu seksual.

16. Rasa risau yang melampau. Anxious.

17. 1 dalam 1000 kes membawa kepada psychosis yang boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi.

Tanda-tanda di atas tidak bermakna anda pasti menghidap post natal depression, tetapi merupakan tanda awal yang anda memerlukan bantuan dari segi perubatan.

Ambil langkah pertama dengan mengenalpasti masalah di atas dan dapatkan bantuan. Beritahu Doktor atau jururawat yang datang merawat anda.

image

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

4 thoughts on “MEROYAN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s