Posted in Masalah wanita

MEROYAN – PART 2

Bismiahirrahmanirrahim.

Ok penat-penat dah karang kelmarin, sekali terdelete pulak entry. Adeh.

Takpe. Dugaan orang berjaya. Hehehh.

Hari ni saya nak sambung lagi tentang meroyan. Kalau nak baca part 1, boleh klik sini.

Tajuk hari ni, punca meroyan.

Sebenarnya secara saintifik, tiada seorang pun yang tahu dengan jelas punca meroyan. Ada yang kata sebab hormon, atau ada yang kata mungkin sebab transmitter dekat otak yang kurang, dan lain-lain lagi. Tapi yang pasti, puncanya bukan satu. Ia biasanya multifactor dan kombinasi pelbagai ini menyebabkan berlakunya PND (postnatal depression) ataupun meroyan ini.

Jadi jom kita tengok FAKTOR RISIKO yang membawa kepada meroyan.

Sejarah keluarga

Ini antara faktor penyebab. Contohnya jika ibu atau saudara perempuan anda pernah mengalami PND, risiko anda menjadi lebih tinggi berbanding wanita lain. Ataupun jika anda pernah mengalami masalah psikiatri seperti kemurungan atau anzieti sebelum kelahiran, atau sewaktu hamil, anda turut berisiko menghidap PND.

Masalah sewaktu hamil

Alahan yang teruk, atau penyakit yang timbul sewaktu hamil, ataupun kehamilan yang tidak dirancang, boleh menjadi punca ibu membenci anak di dalam kandungan. Kadangkala berlaku sesuatu kemalangan atau trauma sewaktu hamil turut dikaitkan dengan anak yang dikandung. Ini menyebabkan apabila lahir, ibu menjadi lebih tertekan dan membawa kepada kemurungan dan meroyan.

Proses kelahiran

Di zaman moden ini, ramai ibu-ibu yang mengimpikan proses kelahiran yang selesa, kurang sakit dan sebagainya. Ada ibu yang mempunyai birth plan mereka sendiri.
Tapi, harus diingat, proses kelahiran adalah proses yang sukar, walaupun pada ibu yang paling sihat. Jadi, proses kelahiran mungkin tidak seperti yang dirancangkan. Ada anak yang meninggal sewaktu lahir, atau komplikasi yang menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan, dan lain-lain lagi. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak dapat menerima keadaan ini, menyebabkan kemurungan.

Masalah bayi

Ada bayi yang ceria dan lebih mudah dijaga berbanding bayi lain. Ada bayi yang menghadapi masalah kesihatan kongenital (dilahirkan dengan kecacatan, atau masalah organ), ada pula jenis yang sukar tidur malam, kerap menangis dan lebih manja berbanding bayi lain. Semua ini boleh menjadi penyebab berlakunya tekanan pada ibu bapa.

Kurangnya sokongan keluarga

Beruntunglah sesetengah wanita yang mendapat suami yang memahami dan sedia membantu. Juga beruntunglah mereka yang mempunyai pembantu sewaktu proses berpantang. Kadangkala kata-kata seperti ; ‘susu kau tak cukup, sebab tu anak menangis’, atau ‘jangan asyik dukung je anak tu, sebab tu dia menangis’, atau lain-lain yang kita anggap biasa, mungkin menimbulkan kesan mendalam dalam diri ibu-ibu.

Penat dan sakit

Jadi mak, memang automatik tak cukup tidur. Tambahan pula sekiranya ibu bersalin secara pembedahan, atau mempunyai koyakan yang banyak sewaktu bersalin normal. Penat + sakit, bukan lah kombinasi yang bagus. Berterusan dalam keadaan ini, boleh menyebabkan tekanan pada ibu, dan membawa kepada kemurungan.

Masalah kewangan/ rumahtangga

Masalah kewangan, atau masalah rumahtangga yang lain turut mengganggu emosi ibu. Jadi, para suami, hargai isteri anda, jangan buat perangai waktu isteri berpantang.
Di zaman ekonomi meleset seperti sekarang, rancang perbelanjaan anda dan berbelanja ikut keperluan. Mohon padaNya. Sesungguhnya Dia Maha Memberi Rezeki. Yang penting, bersyukur dan jangan tamak!

Kurangnya didikan agama

Pendidikan agama dan jati diri yang kuat penting untuk mengatasi sebarang masalah yang mendatang. Dengannya kita rasa lebih kuat, dan kurang berisiko melakukan perkara-perkara di luar batasan. Tanpa didikan agama yang kukuh, lebih besar peluang kita untuk terjerat dalam emosi yang membawa kepada kemurungan.

Harus diingat, menerima hakikat yang anda memerlukan bantuan TIDAK bermakna anda seorang yang lemah. Sebaliknya,  ia menunjukkan anda seorang yang lebih bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga.  

Langkah pertama ke arah kejayaan mengatasi kemurungan adalah dengan BERSEDIA MENERIMA BANTUAN DAN RAWATAN.  

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s