Posted in Alfalfa, PRODUCTS

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim..

Alfalfa atau nama saintifiknya medicago santiavo merupakan tumbuhan renek yang digunakan sejak lebih 2500 tahun dahulu. Ia digelar raja segala tumbuhan kerana kandungan nutrisi yang terkandung padanya.

Akarnya menjalar sehingga 6 meter ke bawah tanah bagi membolehkannya menyerap segala jenis nutrient dan vitamin yang terkandung dalam tanah. Ia kaya dengan klorofil, vitamin A, E, D, K, kalsium, fosforus, zat besi dan lain-lain lagi.

SHAKLEE DIFFERENCE

Alfalfa Complex Shaklee merupakan signature formula dari Dr Forrest C Shaklee yang dicipta sejak dari tahun 1950an. Ia diekstrak daripada daun alfalfa matang yang ditanam secara organik di California.

Daun matang dituai dan diekstrak untuk dijadikan pil yang kaya dengan vitamin dan zat mineral. 10 biji alfalfa complex Shaklee mengandungi 300mg kalsium iaitu lebih kurang sama dengan jumlah kalsium dalam 1 gelas susu.

image

Jadi, apa antara manfaat alfalfa?

1. Penggalak susu
Alfalfa bersifat galactagogue, jadi pengambilannya oleh ibu menyusu membantu menambah pengeluaran susu ibu.

2. Diuretik semulajadi
Alfalfa sangat bagus sebagai agen detoks. Sifat diuretik yang ada padanya membantu mengurangkan retensi air, dan melawaskan pembuangan air.

3. Mengurangkan kolesterol
Alfalfa membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, seterusnya membantu kestabilan hormon dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

4. Mengaktifkan insulin.
Alfalfa menggalakkan pengeluaran insulin daripada pankreas, seterusnya membantu mengurangkan paras gula dalam darah. Oleh itu, bagi penghidap diabetes, seharusnya anda memantau paras gula dalam darah sewaktu mengambil alfalfa supaya tidak diserang hypoglycaemia.

5. Antioksidan
Alfalfa mengandungi antioksidan yang tinggi dan membantu mengurangkan penyakit yang disebabkan oleh inflamasi dan radikal bebas seperti asthma, allergy, resdung, gout dan arthritis.

6. Kesihatan kulit
Alfalfa kaya dengan Vitamin A dan enzyme yang membantu memastikan kulit sihat, melembapkan kulit dan berseri.

7. Kesihatan rambut
Vitamin B1 dan B6 mengatasi masalah keguguran rambut dan botak. Kandungan protein dan zinc turut membantu pertumbuhan rambut sihat.

8. Antikanser
Kandungan amino acid canavanine menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

9. Membantu masalah penghadaman
Alfalfa membantu mengurangkan masalah penghadaman, bloating dan ulser perut.

10. Mengurangkan simptom menopause
Kandungan 3 jenis phytooestrogen coumestrol, genistein dan biocanine
dalam alfalfa membantu mengurangkan simptom menopause seperti hot flushes, kekeringan vagina dan berpeluh.

11. Meningkatkan kesuburan
Alfalfa mengandungi zinc yang membantu meningkatkan kuantiti dan kesihatan sperma, seterusnya meningkatkan kesuburan.

Alfalfa BUKAN untuk semua

Walaupun alfalfa mempunyai banyak manfaat, namun terdapat beberapa golongan yang perlu mengelak daripada mengambil alfalfa, antaranya:

1. Ibu mengandung.
Alfalfa boleh menyebabkan uterine stimulation ataupun kontraksi pada ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung perlu mengelak daripada mengambil alfalfa.

2. Penghidap penyakit auto-imun.
Alfalfa boleh menyebabkan reactivation kepada pesakit lupus. Ini disebabkan oleh kesan immune-stimulating yang dihasilkan oleh asid amino L-cavanine yang terkandung dalam alfalfa.

3. Mereka yang mengambil warfarin/ sesetengah jenis ubat cair darah.
Kandungan Vitamin K yang tinggi dalam alfalfa bagus untuk menghentikan pendarahan, namun bagi mereka yang mengambil warfarin, alfalfa mengurangkan keberkesanan warfarin. Oleh itu, golongan ini seharusnya mengelak daripada mengambil alfalfa.

image

Harga : RM 53 (330 biji)
RM 97 (700biji)

Promo November : BUY 4 FOR 3.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang jenis penyakit, dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa supplemen.

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s