Posted in FAMILY TRIP, Malaysia, TRAVELLING

LANGKAWI TRIP

Alhamdulillah.  Dah dalam feri nak balik Melaka.  Berjaya juga menggembirakan anak-anak dan mak mertua.  (harapnya gembiralah hihihi). Trip 4 malam 5 pagi kata Dina.  Penat, memang penat, tapi Alhamdulillah,  lepas gak hajat.  

Gerak dari Melaka pukul 530 pagi hari Jumaat.  Bajet sampai Kuala Perlis dalam pukul 4-5 pm.  Tapi,  dah stuck dalam jam,  pukul 530pm kami baru sampai Gurun.  Mula-mula ingat nak stay Kuala Perlis,  kalau tak sempat catch feri last pukul 7pm. Contact Hakim -tuan punya kereta sewa,  dia suggest ambil feri Kuala Kedah sebab lagi dekat.  

So memecut gi Kuala Kedah. Sampai pukul 6pm lebih kurang.  Dekat simpang ada abang bawak motor offer nak bawak gi tempat parking. Unload barang masuk troli (RM 5 troli besar) ,  beli tiket,  hantar kereta gi parking kat sekolah (ini RM 10-15 sehari tengok peak ke off-peak). Pukul 650pm, semua selamat masuk feri ke Kuala Kedah. Syukur,  kalau tak,  lari gak bajet nak kena stay pulak satu malam kat Kuala Perlis tu. 

Sampai Langkawi,  pukul 9pm lebih kurang.  Amik kunci kereta dari Hakim. 2 biji Myvi.  Rate biasa musim cuti ni RM 100-120 sebiji.  Nak amik kereta besar,  tapi cuti-cuti ni harga dah 2-3 kali ganda lah kan. Pastu drive lagi ke Ranis Lodge.  Campur sesat,  dekat pukul 1030 jugak lah baru sampai rumah. Amik kau dekat 18jam journey.  Kalau naik flight,  nak sampai Amerika dah. Haha.  Kalau UK pun,  dah siap boleh check in hotel.  Hihihi.  Journey lama nau rasa nak pengsan. 

Muka letih sampai jeti Langkawi. 

Malam lepas dinner kita tidur je lah.  Sebab semua pun dah penat. Next day, jalan ke Wildlife Park. Ok lah juga. Tapi rasanya saya lagi suka pergi Farm in the city dekat Selangor tu.  Hehehe. But the kids enojoyed it. 2-3 jam jugak lah habis masa kat situ.  

Lepas lunch,  terus balik sebab kanak2 dah cranky.  Petang kita mandi kolam! 

Malam,  orang lain dah penat. So,  kitorang anak beranak je gi jalan kat Pantai Chenang.  Itu pun busy ya ampun. Ingat nak minum stabak, tapi bila fikir balik,  ada banyak option lain,  so kitorang makan kat French Waffles and Crepes Cafe.  Sedapnya waffle dia. Orang tengah diet,  sila jangan singgah.  Hahaha. 

Budak ni malas nak layan mama. Hahaha. 

Next day,  kami naik boat untuk Mangrove Tour. Sebenarnya satu hari pergi satu tempat je.  Almaklum bawa kanak-kanak ribena,  so jadual memang ikut diorang lah kan. Tapi tak kisah pun sebab memang tujuannya untuk bagi diorang happy,  jadi kita layankan aje lah kanak-kanak ni.  

Kami naik yang 3 jam punya trip,  so ada satu jam untuk lepak mandi laut.  Memang best lah. Budak-budak tak nak naik as usual.  Tapi sebab takut kena kejar ngan monyet,  maka naik jugak lah akhirnya.  Hahaha.  Bukan kata budak-budak,  kitorang pun cuak sebab last family yang naik bot. Bila tengok dah takde orang,  monyet pun mula turun, kitorang pun cepat-cepat le kemas. Hahaha. 

Hari ketiga,  kita pergi underwater world pulak. Tiket untuk pergi semua tempat ni, Hakim yang uruskan. Dapat diskaun sikit lah daripada harga biasa. Alhamdulillah.  Jimat belanja boleh buat beli coklat,  kan?  Hahaha. Dekat Underwater World ni pun kitorang spend masa agak lama.  Tak tau lah buat apa sebenarnya. Duduk kat kafe dia yang lama kot. Entahlah.  Tapi best lah underwater world,  tengok penguin, tengok shark.  Suka lah budak-budak tu.  

After lunch,  barulah misi ke HiG dan Idaman Suri bermula. Itupun  tak lama dekat dua2  tempat tu, sempat beranak satu beg baru. Kalau lama sikit lagi,  mungkin sempat beranak 2-3 beg lagi. Hehehe. Borong coklat bukan main lagi. Dan balik di sambut dengan special dinner dari Ateh and Reinhold,  owner Ranis Lodge. 

Perjalanan pulang ke Melaka, is another long journey. Stuck dari kuala kedah ke Tapah lebih 6 jam. Jalan macam siput. And travelling with kids, doesn’t make it any easier. 

So yeah, kalau nak pergi lagi di musim cuti sekolah,  sila book flight awal-awal. Surrender lah naik kereta. Hihihi. 

Sayangnya,  takde selfie pulak dengan pemberi sewa kereta merangkap tukang beli tiket.  Tapi boleh cari beliau di FB : Lokman Hakim.  

Dan accommodation pula,  boleh survey Ranis Lodge di AirBnB. 

Assalamualaikum 

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s