Posted in #cabaranbekal, Adam Iskandar, Iklil Irdina

Bekal oh bekal

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu pertama Adam masuk Darjah 1. Request awal; Mama,  kita tak nak beli kat kantin. Kita nak bawak bekal. Baiklah anakanda. Mama cuba. 

Sebenarnya,  tahun lepas pun,  awal tahun Adam dengan Dina bawak bekal. Sebabnya, Dina tak nak makan lauk yang aunty kat Tabika tu masak,  entah kenapa.  Lama jugak lah dekat 2 bulan ada kot.  Sampailah Tabika tu tukar pembantu tetap,  lepas tu terus dia tak nak bawak bekal dah. Aunty masak sedap katanya. Hehehe.  Selamat lah sikit mama.  

Untuk tahun ni,  mama cuba lah sedaya upaya. Kalau tak sempat masak,  mama tapaukan je lah..hehehe.

Minggu pertama berlalu dengan jayanya.  Tapi takde gambar sebab tak sempat dan mama pun tak reti nak berbento bagai. Janji ada makanan. Tapi hari-hari bubuh susu Dutch Lady sekotak. Jadi semalam,  mama gi beli dua carton terus. Satu strawberry,  satu coklat. Beli biskut juga sebagai snek.  Tapi kena beli buah juga nak buat snek.  

Antara menu minggu lepas:

Day 1: Nasi goreng dengan telur dadar + susu + waffle

Day 2 : Nasi dengan udang masak kicap + epal + susu + waffle

Day 3 : Mee goreng kicap tak nak sayur,  tak nak pedas

Day 4 : chicken chop… haa kau hado? Hahaha sebenarnya left over dinner, masuk fridge,  pagi-pagi reheat je.. Hehehe. 

Tadi pergi Daiso beli food pick yang comel-comel sikit.  Nak buat bento comel macam kawan mama yang masuk majalah tu, mungkin belum mampu lagi (takut Adam pun tak nak makan haha), tapi kita guna buat motivasi. 

Ini gambar anak-anak kawan mama yang masuk majalah tu. Hebat, kan?? Hihihihi. 

Esok,  ingat nak prepare sikit-sikit. Mana boleh freeze,  kita freeze kan dulu. Anak buah mama kata; alaa seminggu je tu… Oo kau meragui kebolehan Cikja ye! Ini dah masuk minggu kedua. Cikja dah siapkan menu seminggu hokeyy. Chaiyok!!!  Minggu depan,  insha Allah kita amik gambar dan share kat sini di hujung minggu. Semoga Allah permudahkan. Aminnn. 

Sedikit stress sebab Adam reject cadangan menu berasaskan roti dengan alasan : Nanti kita tak kenyang! Hahaha kena lah prepare menu pasta/nasi/mee.  Cubaan meletakkan buah gagal sebab dia tak makan. Tapi mungkin sebab epal tu dah tak cantik bila potong awal. Kena pilih buah lain lah nampaknya. Hehehe.

Kita mulakan #cabaranbekal untuk diri sendiri. Gambatte!!

*Imej dari Google Image. 

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s