Posted in RANDOM

Perkhidmatan di Klinik Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Selalu saya dapat soalan,  dekat kk boleh buat blood test tak?  Atau boleh buat itu,  ini tak? Paling best soalan hari ni,  kalau umur bawah 40tahun boleh cek kat kk tak? 

Hahahha nak gelak pun ada,  tapi ye lah,  sebab ramai yang tak tahu, dan terbiasa pergi klinik swasta.  Sebabnya,  zaman dulu,  klinik kesihatan ni kebanyakannya MA (medical assistant)  atau dresser yang jaga. Jadi dulu orang nak jumpa Dr,  akan pergi klinik swasta.  Sekarang ni,  alhamdulillah sebab Dr dah makin ramai, dapatlah bertugas di klinik kesihatan. MA bantu buat prosedur-prosedur lain je.  

Jadi hari ni,  saya nak kongsi sikit perkhidmatan yang ada di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran RM 1. 

1. Perkhidmatan ibu dan anak – ni mak-mak tau lah kot,  mengandung kena bukak buku merah,  cek ibu hamil,  home visit,  lawat ibu dalam pantang,  imunisasi untuk anak-anak.

Untuk ibu,  perkhidmatan ultrasound scan untuk ibu hamil pun ada. Tapi kena ikut appointment lah.  

Perkhidmatan perancang keluarga pun ada. Kondom free,  pil perancang,  injection depo dan iucd ada. Cuma implanon je takde. Sebab implanon mahal sikit.    

2. Klinik Gigi  –  sakit gigi atau gusi,  tolong jumpa Dr gigi. Dr biasa tak boleh rawat gigi anda.  

3. Perkhidmatan pesakit luar. Haa ni panjang sikit nak cerita. Secara amnya,  semua jenis penyakit kami tengok. Kalau boleh rawat,  kami rawat,  kalau perlu rawatan lanjut di hospital,  kami akan refer ke hospital,  sama ada klinik pakar ataupun ke kecemasan. Bergantung pada keseriusan penyakit. 

Semua jenis penyakit tu contohnya:

– batuk selsema

– denggi

– perkhidmatan kesihatan berkala untuk pesakit kronik seperti kencing manis,  darah tinggi, asthma,  COPD

-sakit perut

-sakit sendi

Eh,  semua lah. Panjang pulak nak buat list. Hehehe.  

Kalau saja-saja nak minta buat blood test cek kencing manis, kolesterol pun boleh. Cakap je.  

4. Perkhidmatan saringan kesihatan. Ni contohnya,  medical check up untuk kerja/sekolah,  HIV test untuk pasangan pengantin,  yang lebih 35tahun, atau bawah 35 tapi keluarga ada masalah kesihatan pun boleh request untuk blood test,  pap smear,  saringan untuk mammogram pun ada. 

5. X ray –  ada klinik yang ada,  ada klinik yang tiada

6. Occupational therapy /physiotherapy –  ni pun sama,  tak semua klinik ada. Biasanya kita akan refer ke klinik berdekatan atau hospital besar.  

7. Terapi gantian methadone –  again,  percuma. 

8. Klinik berhenti merokok – kebanyakannya ada,  yang penting,  nak ke tak nak? 

Hmmm apa lagi ye?  Tu antara perkhidmatan yang anda dapat dengan RM 1. Konsultasi Doktor,  ubat,  segala jenis test. RM 1 je.  

Cumanya,  waktu menunggu mungkin agak lama. Tapi sekarang Dr dah ramai,  so waktu menunggu memang dah banyak kurang. Macam masa mula-mula saya pindah ke klinik kesihatan tahun 2011, waktu menunggu menjangkau 3 jam. Sekarang,  alhamdulillah ada yang cuma perlu tunggu 15 minit.  Average 1 jam. Paling lama pun 2 jam. Kecuali banyak Dr yang cuti dan berkursus,  jadi yang tinggal tu kena lah bekerja keras sikit,  waktu menunggu pun jadi lebih lama. 

Tu je kot perkongsian untuk hari ni. Boleh komen kalau nak tanya lebih lanjut. Mana yang saya boleh jawab,  saya jawabkan in sha Allah.  
Dr Ieja 

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

2 thoughts on “Perkhidmatan di Klinik Kesihatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s