Posted in HEALTH INFO, HEALTH TIPS

Hidung Berdarah

Assalamualaikum and good morning.  

Hari ni nak share sikit tips jika anda mengalami pendarahan hidung,  atau bahasa medic nya epistaxis. 


Perkongsian daripada Dr Laila,  salah seorang contributor dalam Medtweet. 

———————————–

Selalu Kita Dengar Jika Hidung Berdarah, Mesti Kena Mendongakkan Kepala, Petua Ini Salah Sebenarnya, Doktor Ini Kongsi Tips Yang Sebenarnya
Selalunya bila cuaca tersangat panas, ada di antara kita akan mengalami pendarahan di bahagian hidung, darah mula keluar dari lubang hidung, dan menitis-nitis. Dan perkara yang selalu kita buat adalah mendongkkan kepala dengan harapan akan pendarahan tersebut berhenti.
Tapi, tahukah anda, cara tersebut sebenarnya adalah salah, dan ia boleh menyebabkan darah tersebut masuk kembali ke belakang tekak, dan ke paru-paru.
Cara yang sebetulnya telah dikongsikan oleh Dr Wanie Wahab menerusi laman Twitternya.
Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan sebenarnya bila hidung berdarah, yang mana anda harus:
1. Memicit hidung, dan
2. Tundukkan kepala ke bawah.
3. Kemudian, pada masa yang sama, anda memicit hidung, kemam sekali ais, untuk menyejukkan diri anda semula.
4. Dalam pada itu juga, anda boleh meletakkan ais di bahagian dahi anda (Tengah2 antara dahi dan pangkal hidung).
5. Namun begitu, jika anda rasakan seperti ada darah di sekitar tekak, boleh berkumur dengan menggunakan air sejuk, dan ludahkannya keluar, jangan ditelan.
6. Jika darah masih tidak berhenti dalam masa 20 minit anda mengulangi langkah-langkah tadi. Jangan tunggu, bergegaslah pergi ke klinik, atau hospital.

Dengan perkongsian ini, diharap anda boleh melakukan cara yang sebetulnya jika berhadapan dengan situasi hidung berdarah, jangan lagi mendongakkan kepala kerana ianya salah sama sekali.
Harap manfaat!! 

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s