Posted in Ad-Dina Team, SHAKLEE

Kau boleh lah, kau doktor! 

Bismillahirrahmanirrahim… 

Hari saja nak share cerita.. 

Ramai yang bila saya ajak konsisten buat shaklee as side income, rasa takut dan tak yakin. Sebabnya, shaklee ni makanan tambahan, vitamin, kena study produk satu-satu, kena consult customer betul-betul sebelum boleh bagi cadangan apa-apa. 

Bila benda-benda yang kena ada buat kajian serba sedikit ni, orang biasanya akan rasa susah, dan leceh. Ye lah, antara jual shaklee, dengan jual tudung atau baju, atau kain cottom misalnya, mestilah nampak jual baju atau tudung lebih senang, kan? Ye lah, tudung tak payah nak study sangat, tahu jenis kain dan saiz, amik gambar, dah boleh jual. Kalau shaklee, kena tau tentang penyakitlah, kenapa perlu ambil supplement, apa kelebihan setiap supplement, siapa yang perlukan, apa jadi kalau kurang atau lebih, eh banyaklah benda nak kena tahu.  

Itu tak campur bab-bab marketing lagi. Nak manage duit lagi, dan lain-lain perkara yang patut seorang yang nak berniaga tahu. 

Lepas tu, akan keluar lah ayat ni: ‘alaa, tak reti lah nak jual, mana nak tau pasal semua benda tu? Kau boleh lah. Kau Doktor. Orang percaya.’ Ayat biasa ni tau, banyak kali dapat. 

Tau tak, waktu saya mula-mula join shaklee dan pergi korek dan baca satu-satu fail dalam secret group S2u dan Jutawan (masa tu lah, sekarang ni tinggal S2U je),  saya rasa Ya Allah, banyaknya benda yang saya tak tau. Bila pergi kelas Shaklee dan jumpa orang-orang yang berjaya dah rank tinggi-tinggi masa tu tak jumpa pun doktor. Sekarang dah kenal ramai sikit lah doktor dalam Shaklee, Alhamdulillah. 

Saya rasa masa tu, hebatnya semua orang! Takde basic medicine pun, tapi diorang rajin pegi baca journal, baca buku tentang vitamin, buku tebal-tebal tahap buku teks zaman medical school pandang pun ngeri tau! Bukan buku cikai-cikai. Dan masa tu saya rasa, segannya saya jadi doktor pun tak tau. Sebab secara jujurnya, medicine is more about treating (rawatan) not so much on prevention (pencegahan). Kuliah kami padat dengan kuliah fisiologi dan ubatan, tapi kurang tentang nutrisi. Memang bila patient tanya tentang diet saya kadang jadi buntu. Mujur ada Dietitian, jadi boleh refer kat dietitian je. Hehehe.  Jadi bila kenal Shaklee, minda saya terbuka. Menarik sebenarnya fakta-fakta nutrisi ni. Setiap vitamin dan mineral, ada fungsinya yang tersendiri. 

Orang-orang yang bercakap tentang nutrisi ni, dari macam-macam latar belakang, dari suri rumah, lawyer, engineer, dan lain-lain. Sumber maklumat kami, selain yang pantas dihujung jari seperti cik gugel, adalah buku-buku nutrisi,  macam “prescription of nutritional healing,  Vitamin Bible”  dan lain-lain. Ada juga kelas nutrisi yang dianjurkan oleh pakar pemakanan Shaklee sendiri. Kelas online melalui whatsapp, facebook dan telegram pun ada. Rajin dengan tak je nak dengar semuanya. Saya pun beli buku baru nak tambah pengetahuan. Seganlah orang lain lagi pandai dari kita. Hehehe. 

Apa yang saya nak cakap kat sini, sebenarnya, status saya sebagai doktor tu, mungkin membantu 5-10% je dalam perjalanan saya sebagai seorang SID (shaklee independent distributor). Kalau malas, memang takdenya nak berjaya. 

Dan orang yang rasa saya ni ada banyakk sangat kelebihan berbanding dia sebenarnya mungkin rasa tak sempat dan tak tau nak mula dari mana dalam bisnes ni. Sebab banyak benda nak kena tahu, jadi rasa overwhelmed. Mana nak belajar tentang vitamin, set apa yang sesuai, penyakit apa yang ada. Eh macam-macam lah. Memang banyak lah. Saya ni walaupun berpengetahuan lebih 0.05% daripada orang lain ni kena belajar juga,  teknik marketing, online, offline, cara manage stok, nak manage duit. 

Jadi, saya nak kata je, tak kisah lah apa status anda,  anda boleh je join shaklee dan berjaya. Syaratnya, rajin dan cari mentor yang boleh guide anda. Bukan minta suap je tau! Usaha dan minta guidance. Gunakan upline anda sepenuhnya. Kalau tak kamcing dengan mak,  boleh cari nenek atau moyang. Tanya lah mak tu sapa mak dia kan. Kalau tak ngam juga, anda boleh lah request dengan Shaklee nak tukar mak. Boleh je tapi ada syarat dia lah. Kena discuss dengan Shaklee. 

Kalau nak saya guide, anda boleh isi borang ni. 

Dah isi,  boleh whatasapp saya di 0166658245. Nanti saya beritahu langkah selanjutnya.  


Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s