Relaktasi

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dua hari ni saya bertugas menjaga ibu hamil, dan kanak-kanak. Pening jugalah sebab dah lama tak jaga sini. Ada kes yang saya jarang jumpa. Yang tak bestnya duduk sini sorang-sorang, tak boleh nak berdiskusi dengan rakan doktor yang lain. Ye lah, 2 heads are better than one, dan ada benda yang kita kurang pengalaman berbanding orang lain, kan? 

Eh melalut pulak. Saya nak cerita masalah pesakit saya. Bayinya baru berusia sebulan. Beliau mula mencampurkan susu formula dan susu ibu dari peringkat awal lantaran kekurangan susu. Masalahnya sekarang, anaknya dah terkeliru puting. Dan tak nak menyusu langsung. Pakai botol ok. Pengeluaran susu pun dah kurang sebab beliau tidak mengepam. 

Bila ditanya, beliau seorang suri rumah dan ingin menyusukan sepenuh masa. Suaminya pula, walaupun nampak macam endah tak endah, tapi pun turut menyampuk apa yang saya kata dan nampak faham apa yang saya sampaikan. 

Ada dua masalah di sini, yang saling berkaitan. Susu kurang, dan keliru puting. 

Susu berkurang kerana beliau termasuk dalam “the topup trap”. 

Tak salah mengenalkan susu formula jika susu anda memang betul-betul kurang. Contohnya berat bayi tak naik, bayi meragam,  dan tak buang air kecil atau besar. Atau sangat kurang buang air kecil atau besar. Tetapi anda perlu mengekalkan konsep “demand-supply” anda. Maksudnya wajib memberikan bayi susu setiap 2-3 jam sekali. Jika bayi tidak mahu menyusu, mesti perah susu, supaya otak kita membaca yang bayi perlukan susu, jadi ia tidak berhenti menghasilkan susu. 

Yang kedua,  masalah keliru puting. Apabila susu ibu agak kurang, biasanya aliran susu pun agak rendah. Apabila dimulakan dengan botol terlalu awal, bayi terbiasa dengan aliran laju dari botol, menyebabkan bayi tidak mahukan susu ibu lagi. Bila ibu tak mengepam,  dan bayi tak menyusu, lagi lah kurang dan kurang susu ibu tersebut.  

Plus point bagi ibu ini; beliau ada suami yang menyokong,  alatan penyusuan yang cukup, dan suri rumah dengan seorang anak. Jadi beliau ada semua keperluan penting untuk kembali menyusukan bayi. 

Saya cadangkan beliau mula mengepam susu setiap 2-3 jam, 20minit setiap sesi menggunakan double pump. Saya juga mencadangkan beliau membuat “power pumping” setiap malam selama seminggu. Bukan untuk dapatkan susu, tetapi untuk merangsang otak menghasilkan susu. 

Kemudian, saya cadangkan beliau cuba mencari “supplementary nursing system”  untuk merangsang hisapan daripada bayi. Dan menggalakkan lagi penghasilan susu.

Saya harap beliau berjaya. Kalau nak bantu dengan supplement penyusuan, memang digalakkan. Tapi, yang penting “demand-supply” WAJIB dijaga. 

Advertisements

Gigi sakit selepas bersalin

Ada tak sesiapa pernah rasa macam ni? 
Kisahnya,  ada sorang pesakit datang bawak anak jaundis. Dah cek level jaundis anak,  saya pun tanya lah keadaan maknya. Ok tak menyusu,  ada apa-apa masalah ke? 

Mak nya kata,  lepas bersalin gigi saya sakit lah Doktor.

Dr : sakit bahagian mana? 

M : ni bahagian depan ni.  

Bila tengok gigi,  macam ok je (setakat kepandaian saya lah,  sebab saya bukan Dr gigi, kan?)

Saya pun mula lah soal siasat diet mak tu. 

Rupanya dia dah lama tak minum susu. Sejak lepas bersalin. Hmm ni macam antara tanda kurang kalsium je. Jadi,  selain dari jumpa Dr gigi,  saya cadangkan dia tambah pengambilan kalsium dalam diet harian.  

Pentingnya kalsium dalam diet ibu menyusu ni,  bukan sebab nakkan anak kita cukup kalsium,  tapi untuk kita sendiri sebenarnya. Sebab nutrisi dalam susu ibu tu tak terjejas dengan pemakanan ibu (kecuali dalam keadaan kekurangan zat makanan yang extreme). Nutrisi susu ibu tu sama je walaupun apa ibu makan.

Tapi, macam contoh kalsium ni,  kalau susu ibu tu tak cukup kalsium,  kalsium dalam badan ibu tu akan dilarutkan untuk memenuhi keperluan nutrisi susu ibu tu. 

Haaa apa jadi dekat simpanan kalsium ibu, menyusut dari hari ke hari. Sebab tu,  ada ibj yang baru usia awal 30an, dah mula sakit sendi, sakit tulang,  gigi reput. Sebab tu lah. Dah guna untuk kesayangan kita.  

Tapi,  jangan lupa pulak,  anak tu nak membesar,  kalau mak tulang reput,  macam mana nak jaga nanti, kan? Sebab tu,  kena pastikan pengambilan kalsium harian kita mencukupi. 

Mana nak dapat kalsium? 

Dari susu,  yogurt,  brokoli, sayur hijau, salmon dan ikan sardin. 

 

Ni antara sumber makanan yang tinggi kalsium. Oh, badam pun boleh. 

Tapi,  kalau jenis yang tak boleh minum susu tu,  boleh lah ambil pil kalsium. Yang penting,  pastikan keperluan kalsium harian anda cukup. Paling kurang 1000 –  1200mg sehari untuk ibu hamil dan menyusukan. 

Itu pun,  guideline je. Ada je ibu hamil yabg perlukan lebih. Macam saya,  walaupun konsisten makan 4 biji Ostematrix setiap hari (1000mg kalsium),  paras kalsium dalam darah saya masih rendah lagi. So kena ambil extra lagi. Ini semua bagi elakkan dari kena osteoporosis di kemudian hari. 

Jadi,  ibu-ibu semua,  pastikan kalsium anda cukup, tau! 

Jangan nanti umur 40 dah kena beli polident nak buat lekat gigi palsu. (ops!) 

Saya suka ostematrix sebab saya tak suka susu, dan kandungan dalam tu dah lengkap dah untuk tulang saya. 

Cegah sebelum parah  katanya.. Hehehe.. 

Biiznillah. 
Dr Ieja. 

TIPS MENGEPAM DI PEJABAT

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim..

Ujian hari ni. Mula-mula post 2 entry yang sama. Bila nak delete satu, pergi delete dua-dua. Hehehhe. Takpe, sebab memang saya niat nak kongsikan, maka saya taip lagi sekali 😉

Masalah utama  ni kan. TAK SEMPAT LAH nak pam kat opis. Kerja saya sibuk. Bila fikir-fikir balik, betul ke sibuk?

Di sini saya kongsikan sedikit tips, mana tau boleh memberikan anda lebih semangat dan masa untuk mengepam.

image

1. Doa

Bangun pagi, doa minta Allah mudahkan urusan kita. Doa supaya kita sempat nak pam 3 jam sekali. Doa supaya kita boleh siapkan kerja. Doa.

2. Beli double pump

Double pump menjimatkan masa dan memberikan lebih banyak hasil. Kalau satu sesi anda 30minit, anda cuma perlu 10-15 minit dengan double pump.

3. Set masa

Tetapkan masa bila anda nak mengepam.
Ikut kesesuaian waktu kerja anda. Kadang-kadang kena 4 jam baru free. Tak kisah, tapi sesi tu kalau satu hari 3 sesi, setiap hari kena 3 sesi walaupun dah terlambat.

4. Bersedia

Pasang siap-siap pump parts tu. Jadi bila nak guna cuma connect dengan machine dan botol je. Dah sudah guna, terus simpan dalam cooler bag atau peti ais. Yang penting parts tu sejuk. Sebab kita dah guna kan. Basuh sekali je waktu malam. Tak payah buang masa basuh tiap2 kali guna.

5. Set priority

Nak makan ke nak pam? Kalau kerja gomen tu biasa memang akan keluar makan pukul 10pg kan. Kita tak yah lah keluar. Kita guna masa tu untuk pam. Pesan je kat member tapaukan makanan atau bawak bekal. Dapat jugak berjimat cermat. Waktu lunch pun sama. Guna masa untuk solat, makan dan mengepam. Kita adjust lah bagi sempat, kan.

6. Deliver

Pastikan kerja kita siap. Kalau kita ambil masa pam, tapi kerja siap, tak de siapa nak marah. Kalau kerja tak siap, memanglah semua orang akan bengang dengan kita kan? Tak pasal-pasal mak lain yang rajin dan cekap, dapat tempias sekali.

7. Jadi katak pekak

Memang akan ada orang yang suka, dan ramai yang tak suka. Ambil positif, abaikan yang negatif. Anak kita, kita yang tau keperluan dia. Kalau yang tak faham tu, kita maafkan dan doakan dia. Mudah-mudahan nanti dia takde nak kutuk-kutuk ibu menyusu lagi.

8. Doa

Dah doa tadi, kan? Doa lagi. Dan lagi dan lagi.
Sebab rezeki kita dan anak kita semua pada Dia. In sha Allah, kalau niat kita ikhlas, pastinya Dia akan mudahkan, dan kita jumpa orang baik-baik yang menyokong penyusuan susu ibu 🙂

Hmm.. itu je kot. Kalau ada nak tambah, atau rasa tak setuju, jemput komen. Komen cara berhemah ye.

Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Dr Ieja.

Ieja Ibrahim

Stok EBM – perlukah?

Assalamualaikum..

Dah lama tak bersiaran..
Tergerak nak bercerita tentang stok susu atau Frozen EBM. Perlu ke nak simpan stok susu banyak-banyak?

Awatlah mak mak yang menyusu ni sibuk sangat nak simpan stok EBM, nak tayang-tayang stok EBM. Post gambar sana-sini tunjuk stok banyak-banyak.

Perlu ke tak perlu?

Sebenarnya, bagi saya, asalkan pengeluaran susu tu sama banyak dengan keperluan anak setiap hari, takde stok frozen pun TAK APA sebenarnya.

TAPI, bila perlunya frozen EBM yang anda dah simpan banyak-banyak tu?

image

1. Peringkat awal bekerja.
Pada peringkat awal bekerja, kita baru menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, jadi kadangkala jadual mengepam lari, stress kerja, jadi pengeluaran susu kadang kala akan drop sedikit. Jadi, jika anda ada frozen EBM, jadi kuranglah sikit tekanan perasaan kalau production anda menurun sewaktu mula-mula masuk bekerja.

2. Waktu sakit.
Sewaktu kita sakit, badan berada dalam keadaan stress kerana sedang berusaha untuk melawan dan memulihkan penyakit. Jadi secara natural, penghasilan susu juga mungkin akan terjejas sedikit sebanyak. Di sini stok frozen amat membantu. Apatah lagi jika anda terkena penyakit sepert nipple crack atau mastitis yang pastinya menjejaskan lagi produksi susu.

3. Sekiranya perlu berkursus ke mana-mana
Jika anda perlu menjalani latihan luar di mana-mana, stok susu amat penting bagi memenuhi keperluan anak sewaktu anda tiada.

4. Sewaktu kedatangan haid
Perubahan hormon sewaktu haid kadang-kadang menyebabkan penghasilan susu berkurangan, ditambah dengan period pain dan sebagainya sedikit sebanyak akan mengganggu emosi ibu. Waktu ini, boleh suami mengambil alih tugas dengan memberikan EBM kepada bayi. Secara tak langsung bonding antara bapa dan anak akan lebih erat lagi. Bolehlah ibu berehat seketika! =)

SAYA SURI RUMAH, ADAKAH SAYA MASIH PERLU MENYIMPAN STOK SUSU?

Pendapat saya, tak salah jika anda ingin menyimpan frozen EBM untuk waktu kecemasan. Namun, anda perlu melatih bayi anda untuk minum EBM menggunakan botol atau cawan. Jika tidak, EBM yang ada mungkin terbazir begitu sahaja.

Tak salah juga jika anda tidak menyimpan EBM, asalkan anda kerap menyusukan bayi setiap 2-3 jam. Pastinya selagi ada demand dari bayi anda, produksi susu tetap ada.

Sebenarnya tiada cara yang betul atau salah tentang pengurusan EBM dan stok frozen EBM. Yang penting kesihatan anda dan bayi. Jika anda tertekan kerana tiada stok susu atau penat kerana bangun setiap malam untuk menyimpan frozen EBM tetapi tidak digunakan pun, tiada gunanya. Penat dan stress cuma akan menganggu hormon dan menjejaskan pwngeluaran susu secara keseluruhan.

Feed your baby, but don’t forget to take care of yourselves! That’s more important.

Semoga sukses!!

Ieja Ibrahim

NURSING IN PUBLIC

Assalamualaikum..

Menyusu di tempat awam. Ini antara perkara yang sering merisaukan ibu menyusukan. Tak kira di mana, US, UK, Malaysia, Australia, mana-manalah, sentiasa ada isu tentang ‘Nursing In Public’ (NIP) ini.

Kebanyakan ibu terutama ibu-ibu baru merasa segan untuk menyusukan anak di tempat awam, takut-takut terselak dan ternampak perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Kebanyakan orang juga, merasa tidak senang melihat ibu lain menyusukan bayi di tempat awam, kerana ternampak/ takut ternampak perkara-perkara yang tak sepatutnya. Dan kebanyakan orang ini bukan hanya terdiri dari kaum lelaki, kadang-kadang ibu lain pun pandang serong pada ibu-ibu yang menyusukan anak di tempat awam.

Padahal, proses penyusuan itu hanyalah satu proses memberikan makan kepada bayi. Pendapat saya, mungkin inilah juga antara hikmah aurat wanita sesama wanita dari pusat ke lutut. Tak termasuk payudara. Kalau tak, kan susah kita nak menyusukan anak walaupun berada di kalangan wanita. Dan saya yakin, ramai bayi, yang sebenarnya tidak suka menyusu di lindungi ‘nursing cover’.

Jadi hari ni, mari kita kongsi tips supaya dapat mengurangkan rasa tidak senang kita terhadap ibu yang NIP, dan memudahkan ibu untuk NIP.

PERSEDIAAN IBU MENYUSU.

– Nursing cover. Anda boleh menggunakan nursing cover sewaktu menyusu. Dan bagi membiasakan bayi anda, anda boleh menggunakannya di rumah dahulu, sebelum menggunakannya di luar.

image

– Nursing blouse/dress. Terdapat banyak pilihan yang berpatutan. Jika tidak pun, anda boleh kenakan tube tank di dalam. Dan pakaian biasa di luar. Ada banyak tutorial untuk menukar pakaian biasa anda kepada nursing wear bagi anda yang pandai menjahit.
Contoh tutorial di sini.

– Nursing in carrier. Trend yang sesuai untuk anda yang suka berjalan-jalan. Meal-on-the-go katanya. Sambil mak shopping, anak menyusu. Tak perasan pun. Hehe. Cuma hati-hati ada orang yang suka jenguk anak dalam carrier bila nampak kita bawak baby. So kena warning awal sikit kat situ.

image

– Gunakan pakaian longgar. Bagi yang pakai tudung, guna tudung yang besar dan labuhkan lepas paras dada. (Ni yang saya biasa buatlah). Bila baju besar, tudung labuh, tak perlu risau pun orang nampak. Sebab biasanya memang tertutup. Cuma kalau anak anda jenis suka selak-selak tu, kena lah berhati-hati sikit.. hehehehe

BAGI MEREKA YANG MEMANDANG.

– Cuci minda. Budak tu menyusu je pun. Bukannya buat apa. Kalau orang pandang-pandang kau tengah makan, apa kau rasa? Tengok iklan bra, lingerie, kalendar flashing sana sini kau tak kisah, tengok orang menyusu kau nak bising?

– andaikata anda terrpandang benda yang tak sepatutnya (come on, budak kecik tengah merajuk melalak bukan senang nak handle), pandang lah tempat lain, ataupun, jika anda perempuan, tolong tegur or coverkan. Mungkin mak tu tak perasan. Sebab as I said, as much as we want to be discreet, the baby might be fussy so, kadang-kadang mak tu tak sempat nak fikir sebab sibuk tenangkan baby yang menangis.
(Kang baby melaung kuat sangat pun korang pandang/ stare jugak kann??)

– Atau kalau anda tuan punya tempat/rumah/kedai, mungkin boleh offer ibu tu tempat yang lebih selesa untuk menyusu. Sebab ye lah, kalau kat shopping complex tu, kadang tempat menyusu jauh, or ada sebab-sebab lain yang buatkan ibu tu tak sempat nak cari tempat menyusu, kan.  So tolonglah. But please.. jangan lah suruh pergi menyusu kat tandas! Kalau aku suruh kau makan dalam toilet, apa kau rasa???

Ok sekian. Entry sedikit emosi di pagi Ahad.

Bertabahlah ibu menyusu sekalian!

Ieja Ibrahim