Posted in Alfalfa, B Complex, BREASTFEEDING, ESP, Omega Guard, OsteMatrix, Tips, Vita C, Vitalea

Dapatkan berat ideal selepas bersalin.

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum.. 

Berat kembali ke pre-pregnancy stage. Hmm siapa yang tak nak, kan? Alkisah semalam sembang di group whatsapp tips ibu menyusu nak detox dan diet. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan ibu menyusu untuk buat detox secara extreme. Terutama jika bayi berusia kurang 6 bulan dan menyusu secara ekslusif.  

Saya tahu ramai ibu yang tak sabar-sabar nak dapatkan berat ideal. Tambahan pula dengan lambakan produk diet yang dikatakan ‘selamat untuk ibu menyusu’. Bila tanya seller, semua kata ibu menyusu boleh ambil. Saya akui memang ada yang selamat, tapi perlu guidance yang betul dari penjual. Bagi ibu pula, set target realistik, supaya tak menjejaskan kesihatan anda dan bayi.  

Sebenarnya, jika ibu tidak mengambil sesetengah jenis makanan kerana diet,  bayi masih mendapat nutrisi yang cukup dari susu ibu. Ini kerana, jika ada nutrisi yang tidak cukup dalam susu ibu, badan ibu akan mengambil nutrisi tersimpan yang sedia ada dalam badan untuk digunakan.  Kecuali dalam keadaan kelaparan atau diet melampau menyebabkan kandungan nutrisi dalam susu ibu tidak dapat dipenuhi. 

Tapi apa pula kesannya pada ibu? Kekurangan nutrisi dalam susu ibu,  menyebabkan simpanan nutrisi dalam badan ibu menyusut, seterusnya ibu lah yang akan merasa kesan jangka panjangnya. Contohnya kalsium. Kalau ibu tak ambil kalsium yang cukup, badan akan melarutkan kalsium dari tulang dan gigi untuk mencukupkan keperluan bayi. Lama-lama gigi ibu cepat reput, tulang pun rapuh. Itu baru satu, belum yang lain-lain lagi. 

Jadi bagaimana ibu menyusu ingin mendapatkan berat badan ideal? Ye lah,  jeles tengok orang diet. Yang kita ni, asyik lapar 24jam. Perut macam bocor je bila menyusu, ye tak? 

Di sini saya nak kongsikan beberapa tips pemakanan sihat untuk ibu menyusu. Harus diingat, proses penurunan berat badan bukan ambil masa 1-2 minggu, tapi mungkin sehingga 3-6 bulan. 

1. Ambil air yang mencukupi. Air maksudnya air kosong, bukan air manis. Sekurang-kurangnya 3L sehari, atau 1L untuk setiap 25kg berat badan anda.  

2. Kurangkan minum minuman manis. Had kan kepada 1-2 cawan minuman manis sehari. Elakkan minuman berkarbonat, air kotak, dan minuman 3 dalam 1, atau 4 dalam 1 atau 10 dalam 1.

3. Makan ikut waktu. Ambil breakfast, lunch dan dinner. Sediakan kudapan yang sesuai. 

4. Pilih makanan yang sihat. Anda boleh pilih makan nasi setengah cawan, atau muruku 2 cawan. Kalori dia sama banyak je. Biskut 3 keping atau mee setengah cawan. 

5. Elakkan makanan bergoreng, kerepek, jajan, makanan rapu yang tak mengenyangkan. Snek dengan kekacang, atau buah-buahan atau salad. Yang ni, kalau tak tahan godaan, JANGAN BELI! Kalau tak nampak, takde lah rasa nak makan, kan? Kalau ada nanti asyik nak makan je. Kalau teringin sangat,  beli peket kecil dan kongsi. Jadi, takde lah anda makan banyak, betul tak? 

6. Ambil nutrisi tambahan. Saya mengamalkan set penyusuan Shaklee. Sebab saya tau, saya memang tak dapat nak ambil makanan seimbang setiap hari. Makan apa yang ada. Masak pun tak sempat kadang-kadang. 

7. 1 menu rebus/stim/panggang, 1 menu goreng. Kalau ikan dah goreng, buat sup sayur. Kalau dah masak kailan goreng, buat ayam masak tomyam. Lebihkan sayuran segar berbanding sayur dimasak. 

8. Bersenam. Cuba bersenam paling kurang 3 kali seminggu, setengah jam setiap sesi. Aerobik ke zumba ke jalan ke. Tak kisah janji bersenam. 

Saya mungkin bukan orang yang terbaik nak cerita tentang pemakanan sihat, sebab saya tau, nafsu memang amat sukar dikawal. Tapi kena usahalah. Untung tau, menyusu golek-golek dah bakar 500kalori sehari. Kalau kita tak jaga makan, sia-sia bakar kalori banyak tapi berat tak turun. 

Saya makan banyak nasi. Biasa lunch boleh 3-4 senduk sekali hadap. Tapi saya kurang gemar kuih muih kerepek jajan semua. Biasa kalau makan cookies 2-3 keping je. Walaupun cookies tu sedap. Kalau jajan memang tak pernah habis. Coklat bar paling kecil yang ada 6 senggat tu, saya boleh makan 3 hari. Sehari 2 senggat je. Air manis memang saya biasa minum time sarapan je. Teatime kadang-kadang. Makan nasi memang dengan air kosong kecuali makan kat kedai. Itu pun kadang order air suam jugak.  

Berat saya pregnant no 1 : 37kg – – > 58 kg, back to 39kg lepas setahun. Masa ni tak jumpa shaklee lagi. 

No 2 : 39 kg – – > 56kg – – > 39kg.  Ni pun 7-8 bulan lah back to normal. 

No 3 : 40kg – – > 56kg – – > 40kg lepas 6 bulan. Ni sebab saya tandem nursing. Cepat sikit turun. Heheh.  

No 4 : belum nampak bayang lagi.. Hahahha

Ok. Sekian bebelan di hari Sabtu. 

Semoga berjaya menyusukan bayi hingga 2 tahun.  

Nak order set penyusuan shaklee boleh wassap sini. 

Advertisements
Posted in BREASTFEEDING, Problems, Tips

Relaktasi

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dua hari ni saya bertugas menjaga ibu hamil, dan kanak-kanak. Pening jugalah sebab dah lama tak jaga sini. Ada kes yang saya jarang jumpa. Yang tak bestnya duduk sini sorang-sorang, tak boleh nak berdiskusi dengan rakan doktor yang lain. Ye lah, 2 heads are better than one, dan ada benda yang kita kurang pengalaman berbanding orang lain, kan? 

Eh melalut pulak. Saya nak cerita masalah pesakit saya. Bayinya baru berusia sebulan. Beliau mula mencampurkan susu formula dan susu ibu dari peringkat awal lantaran kekurangan susu. Masalahnya sekarang, anaknya dah terkeliru puting. Dan tak nak menyusu langsung. Pakai botol ok. Pengeluaran susu pun dah kurang sebab beliau tidak mengepam. 

Bila ditanya, beliau seorang suri rumah dan ingin menyusukan sepenuh masa. Suaminya pula, walaupun nampak macam endah tak endah, tapi pun turut menyampuk apa yang saya kata dan nampak faham apa yang saya sampaikan. 

Ada dua masalah di sini, yang saling berkaitan. Susu kurang, dan keliru puting. 

Susu berkurang kerana beliau termasuk dalam “the topup trap”. 

Tak salah mengenalkan susu formula jika susu anda memang betul-betul kurang. Contohnya berat bayi tak naik, bayi meragam,  dan tak buang air kecil atau besar. Atau sangat kurang buang air kecil atau besar. Tetapi anda perlu mengekalkan konsep “demand-supply” anda. Maksudnya wajib memberikan bayi susu setiap 2-3 jam sekali. Jika bayi tidak mahu menyusu, mesti perah susu, supaya otak kita membaca yang bayi perlukan susu, jadi ia tidak berhenti menghasilkan susu. 

Yang kedua,  masalah keliru puting. Apabila susu ibu agak kurang, biasanya aliran susu pun agak rendah. Apabila dimulakan dengan botol terlalu awal, bayi terbiasa dengan aliran laju dari botol, menyebabkan bayi tidak mahukan susu ibu lagi. Bila ibu tak mengepam,  dan bayi tak menyusu, lagi lah kurang dan kurang susu ibu tersebut.  

Plus point bagi ibu ini; beliau ada suami yang menyokong,  alatan penyusuan yang cukup, dan suri rumah dengan seorang anak. Jadi beliau ada semua keperluan penting untuk kembali menyusukan bayi. 

Saya cadangkan beliau mula mengepam susu setiap 2-3 jam, 20minit setiap sesi menggunakan double pump. Saya juga mencadangkan beliau membuat “power pumping” setiap malam selama seminggu. Bukan untuk dapatkan susu, tetapi untuk merangsang otak menghasilkan susu. 

Kemudian, saya cadangkan beliau cuba mencari “supplementary nursing system”  untuk merangsang hisapan daripada bayi. Dan menggalakkan lagi penghasilan susu.

Saya harap beliau berjaya. Kalau nak bantu dengan supplement penyusuan, memang digalakkan. Tapi, yang penting “demand-supply” WAJIB dijaga. 

Posted in BREASTFEEDING, OsteMatrix, Problems, Tips

Gigi sakit selepas bersalin

Ada tak sesiapa pernah rasa macam ni? 
Kisahnya,  ada sorang pesakit datang bawak anak jaundis. Dah cek level jaundis anak,  saya pun tanya lah keadaan maknya. Ok tak menyusu,  ada apa-apa masalah ke? 

Mak nya kata,  lepas bersalin gigi saya sakit lah Doktor.

Dr : sakit bahagian mana? 

M : ni bahagian depan ni.  

Bila tengok gigi,  macam ok je (setakat kepandaian saya lah,  sebab saya bukan Dr gigi, kan?)

Saya pun mula lah soal siasat diet mak tu. 

Rupanya dia dah lama tak minum susu. Sejak lepas bersalin. Hmm ni macam antara tanda kurang kalsium je. Jadi,  selain dari jumpa Dr gigi,  saya cadangkan dia tambah pengambilan kalsium dalam diet harian.  

Pentingnya kalsium dalam diet ibu menyusu ni,  bukan sebab nakkan anak kita cukup kalsium,  tapi untuk kita sendiri sebenarnya. Sebab nutrisi dalam susu ibu tu tak terjejas dengan pemakanan ibu (kecuali dalam keadaan kekurangan zat makanan yang extreme). Nutrisi susu ibu tu sama je walaupun apa ibu makan.

Tapi, macam contoh kalsium ni,  kalau susu ibu tu tak cukup kalsium,  kalsium dalam badan ibu tu akan dilarutkan untuk memenuhi keperluan nutrisi susu ibu tu. 

Haaa apa jadi dekat simpanan kalsium ibu, menyusut dari hari ke hari. Sebab tu,  ada ibj yang baru usia awal 30an, dah mula sakit sendi, sakit tulang,  gigi reput. Sebab tu lah. Dah guna untuk kesayangan kita.  

Tapi,  jangan lupa pulak,  anak tu nak membesar,  kalau mak tulang reput,  macam mana nak jaga nanti, kan? Sebab tu,  kena pastikan pengambilan kalsium harian kita mencukupi. 

Mana nak dapat kalsium? 

Dari susu,  yogurt,  brokoli, sayur hijau, salmon dan ikan sardin. 

 

Ni antara sumber makanan yang tinggi kalsium. Oh, badam pun boleh. 

Tapi,  kalau jenis yang tak boleh minum susu tu,  boleh lah ambil pil kalsium. Yang penting,  pastikan keperluan kalsium harian anda cukup. Paling kurang 1000 –  1200mg sehari untuk ibu hamil dan menyusukan. 

Itu pun,  guideline je. Ada je ibu hamil yabg perlukan lebih. Macam saya,  walaupun konsisten makan 4 biji Ostematrix setiap hari (1000mg kalsium),  paras kalsium dalam darah saya masih rendah lagi. So kena ambil extra lagi. Ini semua bagi elakkan dari kena osteoporosis di kemudian hari. 

Jadi,  ibu-ibu semua,  pastikan kalsium anda cukup, tau! 

Jangan nanti umur 40 dah kena beli polident nak buat lekat gigi palsu. (ops!) 

Saya suka ostematrix sebab saya tak suka susu, dan kandungan dalam tu dah lengkap dah untuk tulang saya. 

Cegah sebelum parah  katanya.. Hehehe.. 

Biiznillah. 
Dr Ieja. 

Posted in Basic H, BREASTFEEDING, Tips

5 TIPS JIMAT MASA MENGEPAM

image

Bismillahirrahmanirrahim.

Sihat mak-mak semua?

Hari ni saya nak kongsikan tips-tips jimat masa mengepam susu. Tak kisah lah di rumah atau pun di pejabat. Yang pentingnya jimat masa dan tenaga untuk buat perkara lain. Almaklum, masa itu emas. Kalau ambil masa nak mengepam, takkan nak ambil masa lama2 sangat kan? Pastinya tidak adil pada syarikat dan rakan sekerja anda.

1. BASUH BOTOL DAN PAM DI SEBELAH MALAM

Cuba untuk basuh dan sterilise semua bahagian pam dan botol susu di sebelah malam. Kalau boleh susun siap-siap dalam beg pam tu lagi bagus. Pagi-pagi tambah Ice pack je.

2. PASANG BAHAGIAN PAM

Pasang siap-siap semua bahagian pam yang ingin anda gunakan. Jadi bila nak guna, anda tak perlu terkial-kial nak pasang parts tu.

3. TAK PERLU CUCI ‘PARTS’

Ini dulu memang saya buat. Basuh ‘parts’ setiap kali lepas guna. Basuh je dah ambil masa 2-3 minit. Nanti nak guna kena lap sebelum pasang,(kalau tak lap, biasanya akan ada masalah bila guna), habis lagi 3-4 minit.

TAK PAYAH!

Lepas guna, masukkan je parts tu dalam fridge, atau jika cooler bag anda cukup besar, masuk sekali dalam cooler bag. Yang penting dalam suhu sejuk untuk elak pertumbuhan bakteria. Sesi seterusnya, ambil, connect dengan botol, boleh terus guna. Biasa saya basuh malam je. Sekali sehari.

4. INVEST PADA DOUBLE PUMP

Invest pada double pump. Ia memang sangat menjimatkan masa. Sekarang ada banyak pilihan pam yang baik dengan harga yang berpatutan. Jika dengan single pump, anda mungkin mengepam 15minit sebelah kiri, 15 minit sebelah kanan, dengan double pump, anda cuma perlukan 15 minit untuk kedua-dua belah payudara.

5. GUNAKAN PENCUCI BOTOL YANG SESUAI

Seperti yang kita tahu, susu ibu agak berminyak kerana ia mengandungi kuantiti lemak yang tinggi. Jadi, kadang kala kita memerlukan lebih masa untuk mencuci untuk memastikan minyak-minyak tersebut hilang. Jadi, pastikan anda pilih pencuci yang sesuai.

Saya memilih SHAKLEE BASIC H untuk mencuci botol dan bahagian-bahagian pam. Biasanya saya cuma meletakkan 1-2 titik Basic H dalam mangkuk berisi air, pam dan botol-botol. Rendam seketika 5-10 minit, kemudian cuci botol seperti biasa. Memang lebih mudah dan bersih tanpa minyak. Botol, pam dan puting susu pun tahan lebih lama sebab ia membantu membuang kerak-kerak pada puting dan botol susu.

image

       SHAKLEE BASIC H : RP : RM 46*

Kadangkala saya menggunakan SHAKLEE DISHWASHING LIQUID untuk tujuan sama. Pun boleh juga :):):).

image

       SHAKLEE HAND DISH WASH LIQUID CONCENTRATE : RP : RM 28*

Sekian perkongsian hari ni. Harap manfaat!

Dr Ieja
Pengedar Shaklee Melaka

Ieja Ibrahim

Posted in BREASTFEEDING, Problems, Tips

TIPS MENGEPAM DI PEJABAT

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim..

Ujian hari ni. Mula-mula post 2 entry yang sama. Bila nak delete satu, pergi delete dua-dua. Hehehhe. Takpe, sebab memang saya niat nak kongsikan, maka saya taip lagi sekali 😉

Masalah utama  ni kan. TAK SEMPAT LAH nak pam kat opis. Kerja saya sibuk. Bila fikir-fikir balik, betul ke sibuk?

Di sini saya kongsikan sedikit tips, mana tau boleh memberikan anda lebih semangat dan masa untuk mengepam.

image

1. Doa

Bangun pagi, doa minta Allah mudahkan urusan kita. Doa supaya kita sempat nak pam 3 jam sekali. Doa supaya kita boleh siapkan kerja. Doa.

2. Beli double pump

Double pump menjimatkan masa dan memberikan lebih banyak hasil. Kalau satu sesi anda 30minit, anda cuma perlu 10-15 minit dengan double pump.

3. Set masa

Tetapkan masa bila anda nak mengepam.
Ikut kesesuaian waktu kerja anda. Kadang-kadang kena 4 jam baru free. Tak kisah, tapi sesi tu kalau satu hari 3 sesi, setiap hari kena 3 sesi walaupun dah terlambat.

4. Bersedia

Pasang siap-siap pump parts tu. Jadi bila nak guna cuma connect dengan machine dan botol je. Dah sudah guna, terus simpan dalam cooler bag atau peti ais. Yang penting parts tu sejuk. Sebab kita dah guna kan. Basuh sekali je waktu malam. Tak payah buang masa basuh tiap2 kali guna.

5. Set priority

Nak makan ke nak pam? Kalau kerja gomen tu biasa memang akan keluar makan pukul 10pg kan. Kita tak yah lah keluar. Kita guna masa tu untuk pam. Pesan je kat member tapaukan makanan atau bawak bekal. Dapat jugak berjimat cermat. Waktu lunch pun sama. Guna masa untuk solat, makan dan mengepam. Kita adjust lah bagi sempat, kan.

6. Deliver

Pastikan kerja kita siap. Kalau kita ambil masa pam, tapi kerja siap, tak de siapa nak marah. Kalau kerja tak siap, memanglah semua orang akan bengang dengan kita kan? Tak pasal-pasal mak lain yang rajin dan cekap, dapat tempias sekali.

7. Jadi katak pekak

Memang akan ada orang yang suka, dan ramai yang tak suka. Ambil positif, abaikan yang negatif. Anak kita, kita yang tau keperluan dia. Kalau yang tak faham tu, kita maafkan dan doakan dia. Mudah-mudahan nanti dia takde nak kutuk-kutuk ibu menyusu lagi.

8. Doa

Dah doa tadi, kan? Doa lagi. Dan lagi dan lagi.
Sebab rezeki kita dan anak kita semua pada Dia. In sha Allah, kalau niat kita ikhlas, pastinya Dia akan mudahkan, dan kita jumpa orang baik-baik yang menyokong penyusuan susu ibu 🙂

Hmm.. itu je kot. Kalau ada nak tambah, atau rasa tak setuju, jemput komen. Komen cara berhemah ye.

Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Dr Ieja.

Ieja Ibrahim