Posted in B Complex, HEALTH INFO, OsteMatrix

3 Cara Mudah Atasi Stress

Zaman sekarang ni, tak kisah lah sama ada kita lelaki ke, perempuan ke, ada anak, takde anak, dah kahwin, belum kahwin, satu masalah paling biasa dihadapi adalah STRESS. 

Stress sebab hal di rumah, stress sebab hal di pejabat, stress dengan kewangan tak stabil, Eh macam-macam benda boleh buat kita stress, baik dari dalam, ataupun luar rumah. 

Akibat Stress

Stress ni kadang-kadang kita tak sedar pun. Kita rasa kita ok je. Tapi, kita selalu gastrik, atau migrain. Kejap-kejap sakit perut. Lepas tu pening. Kadang rasa nak tidur je sebab pening. Bila orang tanya, kita ingat kita salah makan, tapi sebenarnya stress tu dah dimanifestasikan sebagai sakit fizikal. 

Bila stress, ada 2 kemungkinan, makan banyak – binge eating, makanan tinggi kalori, yang membawa kepada obesity, ataupun, takde selera makan. Tak selera makan sampai kita gastrik. Kedua-dua keadaan ni, buatkan kandungan zat vitamin, mineral dalam badan tak cukup. Eh, gemuk pun tak cukup vitamin? 

Haa sebab tak cukup vitamin lah, kita gemuk. Sebab badan dok hantar signal tak cukup vitamin, kena makan untuk dapatkan vitamin tu. Kita pulak salah baca signal, makan benda tak berkhasiat. Tambah kalori, tapi tak tambah zat. 

Obesiti atau gemuk membawa kepada masalah lain pulak, diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi, sakit jantung, stroke. Puncanya? Stress. Jahatkan, stress ni?

Lebih malang lagi, kalau tahap stress terlalu tinggi, sampai kita tak boleh nak kawal. Sampai lama-lama jadi masalah mental. Kemurungan, anxiety disorder, OCD, schizophrenia, rata-ratanya berpunca daripada kegagalan mengawal stress. Of course, ada faktor lain, tapi stress antara punca utama.

So macam mana nak atasi?

3 Tips Atasi Stress

Di sini saya kongsikan 3 cara mudah atasi stress. 

1. Bercerita. ‘Let it out’. Cerita pada kertas, pada rakan, ibu bapa, kaunselor. Sesiapa yang anda percayai. Cerita, mana tau diorang boleh bagi idea menyelesaikan masalah. Kadang, masa tengah cerita, kita dapat idea baru. Boleh guna untuk selesaikan masalah. Kalau tak pun, paling kurang dengan meluahkan, separuh beban dah terlepas.

Takde kawan? Untuk orang Islam, boleh cerita kat sejadah. Ceritalah, mengadulah dengan Dia. Dia suka. In sha Allah Dia akan hantarkan bantuan di saat yang kita perlu, dari orang yang kita tak sangka sangka. 

2. Bersenam. Pergi jogging, berjalan di taman, beriadah dengan anak-anak. Cari masa bersenam. Bersenam membantu menghasilkan hormon gembira dalam badan. Peredaran darah lebih lancar, dan otak akan berfungsi dengan lebih baik.

Bersenam juga boleh merapatkan silaturrahim. Ajaklah adik beradik, anak, pasangan, rakan-rakan beriadah sekali. Pasti lebih seronok. 

3. Pastikan tidur anda mencukupi. Tidur yang cukup, membantu menghilangkan kepenatan fizikal. Bila badan tak penat, otak berfikir dengan lebih baik. Lebih banyak tugas dapat diselesaikan. Kurang lah stress. Sebab biasanya stress ni terjadi kalau kita ada kerja tak selesai, betul tak? Kejar deadline. Haa bila banyak tugas selesai, kuranglah stress. 

Supplement Bantu Atasi Stress

Kalau supplement pula, saya cadangkan pengambilan B Complex dan Ostematrix untuk atasi stress. 

Vitamin B1 dan B3 misalnya, penting dalam mengawalselia mood kita. Jadi kalau tak cukup, tu yang bad mood memanjang. PMS 24jam. 

B6 pula bantu hasilkan serotonin, yang membantu badan mengatasi stress, kemurungan dan anxiety. 

B 12 pula, adalah membantu fungsi otak. B 12 juga penting untuk penghasilan melatonin dan seratonin. Kedua-dua hormon ni, penting untuk mood kita, relaksasi dan tidur yang lebih lena. 

Oleh sebab Vitamin B ini tidak dihasilkan oleh badan, dan perlu diambil dari makanan, jadi saya syorkan pengambilan B Complex Shaklee yang mengandungi kesemua jenis Vitamin B dalam satu tablet. Hanya sebiji sehari je membekalkan Vitamin B yang cukup untuk tubuh anda. Terutama pada waktu stress, di mana biasanya kita akan sukar mengambil makanan yang seimbang. Haa masa tu, lagi wajib ambil B Complex ni. 

Satu lagi vitamin yang anda perlukan adalah ostematrix. 

Ostematrix ada kalsium DAN magnesium yang sangat penting bagi mengatasi masalah insomnia. Insomnia – tak boleh tidur, atau bila terjaga, dah tak boleh tidur balik. 

Kalau ikut kajian, kekurangan kalsium dan magnesium adalah antara punca utama insomnia. Kalsium penting untuk amino asid tryptophan menghasilkan melatonin yang membantu tidur lena. Jadi, kalau tak cukup kalsium, susah lah nak lena. 

Salah satu simptom utama kekurangan magnesium pula adalah insomnia. Haa jadi, kalau kena pastikan kandungan kalsium dan magnesium dalam badan anda mencukupi untuk tidur yang berkualiti. Tak semestinya kena tidur sampai 12jam, baru hilang penat. Tidur 7 jam, tapi berkualiti, lebih baik dari tidur 12jam yang tiada kualiti. 

Kalau anda berminat dengan kedua-dua produk ni, boleh klik sini.

Sekarang tengah promo Ostematrix tau!

Atasi stress, hidup lebih bahagia. 

Advertisements
Posted in ESP, HEALTH INFO, Herbal Blend, Vit E, Vita C

MELECUR

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam, kebetulan Adam terkena AirFryer yang masih panas. (almaklum tak puasa, maka dia masak nugget sendiri). Melaung mamat tu. 

Mama cepat-cepat bawak pergi paip, bukak paip, lumur basic H, lepas tu lalukan bawah air mengalir. 

Malam tadi pula, kawan share anak buah dia melecur kat perut sebab kena air panas. Dapat luka melecur tahap kedua. Kena cuci di hospital.. 

Jadi hari ni, saya nak kongsikan sikit cara untuk mulakan rawatan pesakit melecur di rumah. 

Mula-mula, anda harus alihkan pesakit dari sumber terbakar tu. Lepas tu, alirkan air dikawasan terbakar selama 20minit. Air biasa atau suam sikit takpe. JANGAN guna ais tau! Ini bagi mengelakkan isi tu daripada ‘masak’. 

Lagi satu, tak perlu tepek ubat gigi ke, butter ke, minyak ke, atau apa-apa. Air je cukup dah. 

Sambil tu, buka semua barang kemas, pakaian. Tapi kalau baju melekat, jangan pergi cabut pulak tau! 

Dah cukup 20minit, balut dengan selimut, supaya pesakit tak sejuk. (Hati-hati jangan gosok tempat melecur pulak). 

Boleh tutup bahagian luka dengan plastik atau cling film. 

Lepas tu boleh lah bawa ke klinik. 

Kalau melecur bahagian muka, kena dudukkan pesakit untuk mengurangkan bengkak. 

Untuk melecur yang kurang dari saiz tapak tangan dan tak nampak isi dalam warna putih, boleh buat rawatan di rumah. 

Kalau besar, atau dalam, eloklah di bawa ke hospital atau klinik. 

Kalau untuk rawatan di rumah, boleh guna krim Herbal Blend untuk keringkan luka melecur.  

Untuk orang dewasa, boleh lah ambil ESP, Vitamin  C dan Vitamin E, untuk bantu proses pemulihan luka dan hilangkan parut, in sha Allah. 
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang product Shaklee? Boleh WA saya 0166658245

 

Posted in Masalah Tulang, Peadiatric

Growing pains.  

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Hari ni ada adik umur 7 tahun. Datang sebab sakit kaki. Ayah dia kata, dia bangun pukul 2-3 pagi, menangis sebab sakit. Tak sekolah hari ni sebab ayah risau dia sakit waktu sekolah. Tapi, beliau berjalan dengan gembira masuk klinik, tak nampak macam sakit pun. Bila pegang pun tak sakit, tak nampak macam ada bengkak atau apa-apa. Macam tipu je, kan?

Lepas diperiksa, saya berpendapat,  beliau menghidap “growing pains”. 

Apa itu “growing pains”? 

Biasanya growing pain ini di alami oleh kanak-kanak berusia 3-5 tahun dan 7-9 tahun. Ia dialami oleh 25-40% kanak-kanak. Biasanya ia bertumpu pada otot, bukannya tulang atau sendi, contohnya, bahagian betis, paha, atau belakang lutut. 

Sendi biasanya normal, dan sakit biasanya dialami waktu lewat petang atau sebelum tidur. Kadang-kala membuat anak-anak terjaga tengah malam kerana sakit.  

Sebenarnya, pembesaran dan pemanjangan tulang TIDAK mengakibatkan rasa sakit di kalangan kanak-kanak, tetapi “growing pains”  ini sebenarnya disebabkan oleh aktiviti fizikal anak-anak ini sewaktu siang hari. Maklumlah, melompat, berlari sepanjang hari menyebabkan otot-otot mereka sakit. Sakit akan hilang di waktu pagi, dan anak anda bangun cergas seperti biasa. 

Apa yang anda boleh lakukan? 

Sebagai ibu bapa, bila anak bangun tengah malam mengadu sakit, pastinya kita akan berasa panik, atau risau. Anda periksa bahagian yang dikatakan sakit. Tengok jik ada bengkak, ruam, kesan kemerahan di kawasan terbabit yang bukan disebabkan oleh “growing pains”. Lihat juga jika anak anda berjalan terhencot-hencot atau tidak. Ini merupakan tanda-tanda penyakit lebih serius. 

Jika bahagian yang sakit nampak normal, cuba tenangkan anak anda. Gosok lembut bahagian sakit dengan minyak. Nak guna herbal blend ke, essential oil ke, minyak gamat ke. Boleh je. Baby oil pun boleh. Jangan guna counterpain pulak. Pijar nanti, lagi kuat dia nangis.  Heheh. Boleh beri ubat tahan sakit macam paracetamol,  atau letak hotpad dekat situ untuk legakan otot tu.  

Kalau bahagian sakit nampak tak normal, boleh bawa jumpa Doktor. 

Di samping itu, pastikan anak anda makan makanan yang seimbang, ambil kalsium mencukupi dan minum air secukupnya. “Growing pains” tak bahaya, jadi jangan risau ye!

Bagi anak yang bersekolah, cuba periksa sekali jika anak ada masalah lain di sekolah menyebabkan mereka tak mahu ke sekolah. Just to be safe kan. 

Semoga manfaat! 

Posted in HEALTH INFO, HEALTH TIPS

Hidung Berdarah

Assalamualaikum and good morning.  

Hari ni nak share sikit tips jika anda mengalami pendarahan hidung,  atau bahasa medic nya epistaxis. 


Perkongsian daripada Dr Laila,  salah seorang contributor dalam Medtweet. 

———————————–

Selalu Kita Dengar Jika Hidung Berdarah, Mesti Kena Mendongakkan Kepala, Petua Ini Salah Sebenarnya, Doktor Ini Kongsi Tips Yang Sebenarnya
Selalunya bila cuaca tersangat panas, ada di antara kita akan mengalami pendarahan di bahagian hidung, darah mula keluar dari lubang hidung, dan menitis-nitis. Dan perkara yang selalu kita buat adalah mendongkkan kepala dengan harapan akan pendarahan tersebut berhenti.
Tapi, tahukah anda, cara tersebut sebenarnya adalah salah, dan ia boleh menyebabkan darah tersebut masuk kembali ke belakang tekak, dan ke paru-paru.
Cara yang sebetulnya telah dikongsikan oleh Dr Wanie Wahab menerusi laman Twitternya.
Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan sebenarnya bila hidung berdarah, yang mana anda harus:
1. Memicit hidung, dan
2. Tundukkan kepala ke bawah.
3. Kemudian, pada masa yang sama, anda memicit hidung, kemam sekali ais, untuk menyejukkan diri anda semula.
4. Dalam pada itu juga, anda boleh meletakkan ais di bahagian dahi anda (Tengah2 antara dahi dan pangkal hidung).
5. Namun begitu, jika anda rasakan seperti ada darah di sekitar tekak, boleh berkumur dengan menggunakan air sejuk, dan ludahkannya keluar, jangan ditelan.
6. Jika darah masih tidak berhenti dalam masa 20 minit anda mengulangi langkah-langkah tadi. Jangan tunggu, bergegaslah pergi ke klinik, atau hospital.

Dengan perkongsian ini, diharap anda boleh melakukan cara yang sebetulnya jika berhadapan dengan situasi hidung berdarah, jangan lagi mendongakkan kepala kerana ianya salah sama sekali.
Harap manfaat!! 

Posted in Collagen Powder, Masalah Tulang, Set Sendi, Shaklee Effects, TESTIMONI

KOLAGEN UNTUK SENDI

Kolagen bukan hanya untuk kulit tau! 

Ni testimoni abah Shaklee saya,  Master Firdhaus :

[CollagenEffect] 

Sebut kolagen, mesti byk kaitan dgn Cun dan Cantik..normal lah tu sebab dh byk org buat treatment mcm2x style untuk kolagen ni esp untuk beauty2x gitu..

.

Adakah sy consume Collagen untuk cantik??opss..tu bonus yang dapat kulit licin+maintain tegang..

sy consume sebab lutut!!

.

9 tahun lepas, semasa masih aktif berBola Sepak, lutut kiri diuji dgn ACL!putus ligamen all over lutut menyebabkan 80% damage menyebabkan lutut sy ‘longgar’ ; bertongkat 2 minggu tapi takut nk g operate..tahan2x bertahun biar je lutut cmtu…efeknye? susah nk jalan jauh dan angkat barang berat sambil jalan..pasti rasa sengal dan kebas waktu malam..nk jogging atau aktif berjalan sambil bw beg berat serta membuat beberapa aksi bersukan yang gunakan lutut, xdapat dibuat secara kasar dan aktif.walaupun begitu..alhamdulillah..masih ada kaki..sy gagahkan juga 

.

Tahun 2012 br kenal Collagen.tapi x consume

lagi~mula aktif sejak Jan 14!selepas tahu yang collagen ni bisa diperlukan untuk kekuatan Rawan..consume2x dan alhamdulillah, sy dapat rasakan lutut kiri jadi lebih kuat dari sebelum..walaupun dh lama sy xpi checkup untuk tgk condition lutut…since sy mampu berjalan jauh tanpa rasa sengal dilutut untuk jangka masa

lama..dh ckup syukur sgt…esp masa dukung Faheem..mampu

bertahan lama dan berjalan sambil

mendukung dan menggalas beg 

(agak2x dlm 30kg la beban dibawa)..still

steady..lutut xgegau la

kirenye 
Alhamdulillah..side effect

lain? Kulit Gebu? haha..kne rasa sendiri la perbezaannye
yang penting, jaga kesihatan sebelum

sakit..inshaaAllah 
#shakleeeffect

#s2uFamilies

#s2united
p/s resepi kegemaran minum collagen adalah bersama sirap laici!!!pergh..cair~