Posted in Masalah Tulang, Peadiatric

Growing pains.  

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Hari ni ada adik umur 7 tahun. Datang sebab sakit kaki. Ayah dia kata, dia bangun pukul 2-3 pagi, menangis sebab sakit. Tak sekolah hari ni sebab ayah risau dia sakit waktu sekolah. Tapi, beliau berjalan dengan gembira masuk klinik, tak nampak macam sakit pun. Bila pegang pun tak sakit, tak nampak macam ada bengkak atau apa-apa. Macam tipu je, kan?

Lepas diperiksa, saya berpendapat,  beliau menghidap “growing pains”. 

Apa itu “growing pains”? 

Biasanya growing pain ini di alami oleh kanak-kanak berusia 3-5 tahun dan 7-9 tahun. Ia dialami oleh 25-40% kanak-kanak. Biasanya ia bertumpu pada otot, bukannya tulang atau sendi, contohnya, bahagian betis, paha, atau belakang lutut. 

Sendi biasanya normal, dan sakit biasanya dialami waktu lewat petang atau sebelum tidur. Kadang-kala membuat anak-anak terjaga tengah malam kerana sakit.  

Sebenarnya, pembesaran dan pemanjangan tulang TIDAK mengakibatkan rasa sakit di kalangan kanak-kanak, tetapi “growing pains”  ini sebenarnya disebabkan oleh aktiviti fizikal anak-anak ini sewaktu siang hari. Maklumlah, melompat, berlari sepanjang hari menyebabkan otot-otot mereka sakit. Sakit akan hilang di waktu pagi, dan anak anda bangun cergas seperti biasa. 

Apa yang anda boleh lakukan? 

Sebagai ibu bapa, bila anak bangun tengah malam mengadu sakit, pastinya kita akan berasa panik, atau risau. Anda periksa bahagian yang dikatakan sakit. Tengok jik ada bengkak, ruam, kesan kemerahan di kawasan terbabit yang bukan disebabkan oleh “growing pains”. Lihat juga jika anak anda berjalan terhencot-hencot atau tidak. Ini merupakan tanda-tanda penyakit lebih serius. 

Jika bahagian yang sakit nampak normal, cuba tenangkan anak anda. Gosok lembut bahagian sakit dengan minyak. Nak guna herbal blend ke, essential oil ke, minyak gamat ke. Boleh je. Baby oil pun boleh. Jangan guna counterpain pulak. Pijar nanti, lagi kuat dia nangis.  Heheh. Boleh beri ubat tahan sakit macam paracetamol,  atau letak hotpad dekat situ untuk legakan otot tu.  

Kalau bahagian sakit nampak tak normal, boleh bawa jumpa Doktor. 

Di samping itu, pastikan anak anda makan makanan yang seimbang, ambil kalsium mencukupi dan minum air secukupnya. “Growing pains” tak bahaya, jadi jangan risau ye!

Bagi anak yang bersekolah, cuba periksa sekali jika anak ada masalah lain di sekolah menyebabkan mereka tak mahu ke sekolah. Just to be safe kan. 

Semoga manfaat! 

Advertisements
Posted in Collagen Powder, Masalah Tulang, Set Sendi, Shaklee Effects, TESTIMONI

KOLAGEN UNTUK SENDI

Kolagen bukan hanya untuk kulit tau! 

Ni testimoni abah Shaklee saya,  Master Firdhaus :

[CollagenEffect] 

Sebut kolagen, mesti byk kaitan dgn Cun dan Cantik..normal lah tu sebab dh byk org buat treatment mcm2x style untuk kolagen ni esp untuk beauty2x gitu..

.

Adakah sy consume Collagen untuk cantik??opss..tu bonus yang dapat kulit licin+maintain tegang..

sy consume sebab lutut!!

.

9 tahun lepas, semasa masih aktif berBola Sepak, lutut kiri diuji dgn ACL!putus ligamen all over lutut menyebabkan 80% damage menyebabkan lutut sy ‘longgar’ ; bertongkat 2 minggu tapi takut nk g operate..tahan2x bertahun biar je lutut cmtu…efeknye? susah nk jalan jauh dan angkat barang berat sambil jalan..pasti rasa sengal dan kebas waktu malam..nk jogging atau aktif berjalan sambil bw beg berat serta membuat beberapa aksi bersukan yang gunakan lutut, xdapat dibuat secara kasar dan aktif.walaupun begitu..alhamdulillah..masih ada kaki..sy gagahkan juga 

.

Tahun 2012 br kenal Collagen.tapi x consume

lagi~mula aktif sejak Jan 14!selepas tahu yang collagen ni bisa diperlukan untuk kekuatan Rawan..consume2x dan alhamdulillah, sy dapat rasakan lutut kiri jadi lebih kuat dari sebelum..walaupun dh lama sy xpi checkup untuk tgk condition lutut…since sy mampu berjalan jauh tanpa rasa sengal dilutut untuk jangka masa

lama..dh ckup syukur sgt…esp masa dukung Faheem..mampu

bertahan lama dan berjalan sambil

mendukung dan menggalas beg 

(agak2x dlm 30kg la beban dibawa)..still

steady..lutut xgegau la

kirenye 
Alhamdulillah..side effect

lain? Kulit Gebu? haha..kne rasa sendiri la perbezaannye
yang penting, jaga kesihatan sebelum

sakit..inshaaAllah 
#shakleeeffect

#s2uFamilies

#s2united
p/s resepi kegemaran minum collagen adalah bersama sirap laici!!!pergh..cair~

Posted in #kttshaklee, Advance Joint Health Tablet, Masalah Tulang, Omega Guard, OsteMatrix, Set Sendi

Korang Tau Tak #2

image

Osteoarthritis merupakan jenis arthritis yang paling biasa berbanding jenis arthritis yang lain. Kebanyakan orang dewasa berusia 60 tahun ke atas menghidap osteoarthritis (OA) cuma pada kadar keterukan yang berbeza.

Ia boleh menyerang mana-mana sendi terutamanya lutut, pinggul, sendi jari atau tulang belakang.

Antara simptom osteoarthritis ialah:
👢 sakit sendi terutama selepas banyak bergerak
👢 rasa sukar bergerak/ ‘sendi ketat’ selepas rehat
👢bengkak pada sendi
👢tulang bengkak pada jari-jari
👢pada peringkat yang lebih serius, tulang boleh membengkak dan menyebabkan deformity pada sendi-sendi yang terlibat.

Osteoarthritis terjadi disebabkan cartilage/tulang rawan pada sendi kehilangan elastisiti menyebabkan ia lebih mudah rosak. Kesan ‘wear and tear’ tulang rawan juga menyebabkan keupayaannya sebagai penyerap hentakan juga berkurangan. Ini menyebabkan ketegangan pada tendon dan ligament yang membawa kepada kesakitan dan ketidak selesaan sendi.

Apabila berterusan, lama kelamaan rawan menjadi semakin berkurang dan rosak sehingga boleh menyebabkan tulang bergeser antara satu sama lain.

Perbandingan sendi lutut normal dengan penghidap OA:

image


Jom, jaga kesihatan sendi anda!!

image

Ieja Ibrahim

Posted in #kttshaklee, Advance Joint Health Tablet, Masalah Tulang

KORANG TAU TAK #1

image

Korang tau tak?
Kajian klinikal menunjukkan Advanced Joint Health Tablet mengandungi Ekstrak Boswellia yang terbukti mampu meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari.

APA ITU EKSTRAK BOSWELLIA?
Ia diperolehi dari resin pokok Boswellia Serrata yang mengandungi asid boswellik yang menghalang pembentukan luekotrien, bahan kimia yang menentang tisu sendi dan menyebabkan kerosakan sendi.
Ia juga mengandungi AKBA (3-acetyl-11-keto-beta-boswellik-acid), asid boswellik dan lain-lain konstituen Boswellia untuk memberi kesan bioaktiviti lebih unggul berbanding hanya AKBA.
Dalam satu kajian yang dijalankan, responden melaporkan:
👠 keselesaan sendi lebih baik
👠 pergerakan lebih mudah
👠 kebolehan melakukan aktiviti harian yang lebih baik

Berbanding satu lagi supplemen yang menggunakan ekstrak Boswellia.

#sayangisendianda #mudahsolat #tiadasakitlutut #kttshaklee #korangtautakshaklee

Ieja Ibrahim

Posted in Advance Joint Health Tablet, Masalah Tulang, PRODUCTS

AJHT : SUMBER GLUCOSAMINE TERBAIK UNTUK ANDA

Assalamualaikum..

Tahukah anda hampir semua orang yang berusia 60 tahun ke atas menghidap osteoarthritis??

Ia merupakan penyakit radang sendi yang terjadi akibat kesan ‘wear and tear’ sehari-hari. Biasanya mula dikesan seawal usia 40 tahun (atau lebih awal sekiranya anda obese atau pernah mengalami kecederaan sendi).

Ia menyebabkan kesakitan, kesukaran menggerakkan sendi dan pada peringkat lebih teruk; kerosakan dan ‘deformity’ pada sendi.

Antara rawatan awal adalah dengan pengambilan supplement ‘GLUCOSAMINE’. Glucosamine sebenarnya adalah sejenis bahan yang dihasilkan oleh tubuh untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga terdapat pada tendon dan ligamen. Namun penghasilannya semakin berkurang dengan peningkatan usia mengakibatkan kerosakan pada sendi.

image

BAGAIMANA ADVANCED JOINT HEALTH TABLET MEMBANTU SENDI ANDA??

AJHT membantu dengan 3 cara:

1. MENYOKONG KESELESAAN SENDI
Ekstrak Boswellia

Diperoleh daripada gum resin dari pokok Boswellia serata. Merupakan antara tumbuhan yang digunakan dalam perubatan ayurveda. Ia mengandungi AKBA (Asid-3-asetil-11-keto-beta-boswellik) yang berfungsi sebagai anti radang semulajadi seterusnya membantu menghilangkan kesakitan. AKBA juga menyokong kesihatan sendi dan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2. BERTINDAK SEBAGAI KUSYEN
Ekstrak jagung

Merupakan sumber GLUCOSAMINE yang tinggi. Berbeza dengan jenama lain yang banyak menggunakan ekstrak kerang,  AJHT memberikan anda sumber glucosamin dari jagung. 100% VEGETARIAN dan BEBAS GLUTEN. Kajian menunjukkan ekstrak jagung menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible. Ia juga bebas Chondroitin bagi memastikan penyerapan ekstrak jagung dengan lebih berkesan. Ini kerana, kajian terbaru menunjukkan chondroitin boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glucosamine.

3.  MEMELIHARA TISU PENYAMBUNG YANG SIHAT
Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C

Keempat-empat bahan ini merupakan nutrient penting untuk membekalkan nutrient kepada kolagen dan tisu penyambung lain pada sendi. Ia memberikan kekuatan dan struktur pada sendi.

Jadi, apa tunggu lagi?
Dapatkan AJHT untuk kesihatan sendi anda.

Harga: RM124 (60biji)

PROMO FEBRUARI:

BELI 3 BOTOL DAN PERCUMA 1 BOTOL!!!

DAN JIMAT : RM 124!!!!!

(Promo sah sehingga 28 Februari 2015).

WA : 016-6658245 (ieja)