Posted in Masalah Tulang, Peadiatric

Growing pains.  

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Hari ni ada adik umur 7 tahun. Datang sebab sakit kaki. Ayah dia kata, dia bangun pukul 2-3 pagi, menangis sebab sakit. Tak sekolah hari ni sebab ayah risau dia sakit waktu sekolah. Tapi, beliau berjalan dengan gembira masuk klinik, tak nampak macam sakit pun. Bila pegang pun tak sakit, tak nampak macam ada bengkak atau apa-apa. Macam tipu je, kan?

Lepas diperiksa, saya berpendapat,  beliau menghidap “growing pains”. 

Apa itu “growing pains”? 

Biasanya growing pain ini di alami oleh kanak-kanak berusia 3-5 tahun dan 7-9 tahun. Ia dialami oleh 25-40% kanak-kanak. Biasanya ia bertumpu pada otot, bukannya tulang atau sendi, contohnya, bahagian betis, paha, atau belakang lutut. 

Sendi biasanya normal, dan sakit biasanya dialami waktu lewat petang atau sebelum tidur. Kadang-kala membuat anak-anak terjaga tengah malam kerana sakit.  

Sebenarnya, pembesaran dan pemanjangan tulang TIDAK mengakibatkan rasa sakit di kalangan kanak-kanak, tetapi “growing pains”  ini sebenarnya disebabkan oleh aktiviti fizikal anak-anak ini sewaktu siang hari. Maklumlah, melompat, berlari sepanjang hari menyebabkan otot-otot mereka sakit. Sakit akan hilang di waktu pagi, dan anak anda bangun cergas seperti biasa. 

Apa yang anda boleh lakukan? 

Sebagai ibu bapa, bila anak bangun tengah malam mengadu sakit, pastinya kita akan berasa panik, atau risau. Anda periksa bahagian yang dikatakan sakit. Tengok jik ada bengkak, ruam, kesan kemerahan di kawasan terbabit yang bukan disebabkan oleh “growing pains”. Lihat juga jika anak anda berjalan terhencot-hencot atau tidak. Ini merupakan tanda-tanda penyakit lebih serius. 

Jika bahagian yang sakit nampak normal, cuba tenangkan anak anda. Gosok lembut bahagian sakit dengan minyak. Nak guna herbal blend ke, essential oil ke, minyak gamat ke. Boleh je. Baby oil pun boleh. Jangan guna counterpain pulak. Pijar nanti, lagi kuat dia nangis.  Heheh. Boleh beri ubat tahan sakit macam paracetamol,  atau letak hotpad dekat situ untuk legakan otot tu.  

Kalau bahagian sakit nampak tak normal, boleh bawa jumpa Doktor. 

Di samping itu, pastikan anak anda makan makanan yang seimbang, ambil kalsium mencukupi dan minum air secukupnya. “Growing pains” tak bahaya, jadi jangan risau ye!

Bagi anak yang bersekolah, cuba periksa sekali jika anak ada masalah lain di sekolah menyebabkan mereka tak mahu ke sekolah. Just to be safe kan. 

Semoga manfaat! 

Advertisements
Posted in Peadiatric, Penyakit Bawaan Virus

CACAR AIR

Bismillahirrahmanirrahim…

Kebelakangan ni, ramai pula pesakit saya yang menghidap chicken pox ataupun cacar air. Biasalah bila seorang dah kena, maka ramailah yang akan berjangkit. Kalau ada 5 orang adik beradik, silap-silap semua kena dengan mak ayah sekali. Hehehe. Apa nak di kata, kan? Tabah dan redha je lah.

Jadi hari ni, saya nak kongsi sedikit info tentang chicken pox ni.

image

Virus pembawa : Varicella Zoster Virus

Method bawaan : airborne – melalui udara, batuk, bersin

Onset jangkitan : 10 ke 21 hari selepas terdedah kepada virus Varicella Zoster

Waktu jangkitan : 5 ke 10 hari

Jangkamasa berjangkit : 1-2 hari sebelum permulaan ruam sehingga semua ruam telah kering. Selagi ruam masih berair, penghidap berisiko menjangkiti orang lain.
Simptom :
– ruam kecil, berair dan gatal, biasanya bermula pada dada, belakang dan kepala kemudian merebak ke seluruh tubuh.
– demam
– keletihan, lesu
– sakit kepala

image

            Contoh ruam cacar air

Komplikasi :
– pneumonia (jangkitan pada paru-paru)
– jangkitan bakteria pada kulit
– inflamasi pada otak

Komplikasi pada penghidap cacar air dewasa biasanya lebih serius berbanding kanak-kanak.

Jadi, adalah penting untuk penghidap cacar air di kuarantinkan bagi mengelakkan penyebaran virus tersebut kepada orang lain.

Kebersihan diri juga amat penting bagi mengelakkan jangkitan bakteria pada kulit.

Nanti saya kongsikan supplement yang sesuai untuk pesakit cacar air.

Harap bermanfaat!

Ieja Ibrahim

Posted in Peadiatric

ORAL THRUSH

Oral thrush merupakan jangkitan kulat pada mulut bayi. Ia disebabkan oleh ‘candida albicans’ sejenis kulat yang biasa ada dalam mulut kita. Kulat ini kadangkala boleh merebak menyebabkan terjadinya jangkitan.

image

Biasanya ia terjadi pada bayi dalam bulan pertama selepas kelahiran kerana sistem imun bayi yang belum matang, menyebabkan ia senang merebak. Baki susu dalam mulut bayi juga menjadi tempat pembiakan kulat ini kerana sifatnya yang manis, lembab dan panas sangat sesuai untuk pembiakan kulat.

Risiko ini bagaimanapun akan berkurangan apabila bayi semakin besar. Kadangkala, kulat ini boleh merebak selepas bayi mengambil antibiotik kerana bakteria baik berkurangan menyebabkan kulat lebih mudah membiak.

Kadangkala kulat dari ruam lampin juga boleh merebak menjadi oral thrush.

image

Antara simptom utama adalah BINTIK-BINTIK PUTIH dalam mulut bayi. Ia berwarna putih kekuningan, likat seperti keju. Sekiranya bintim tersebut hilang apabila dibersihkan dengan kain basah, kemungkinan ia hanya sisa susu. Namun, jika ia tidak hilang, kemungkinan ia adalah oral thrush.

Biasanya ia TIDAK MENGGANGGU BAYI. Cuma sekiranya jangkitan agak teruk dan ada luka, bayi mungkin MENGELAK dari minum susu kerana rasa pedih atau sakit.

image

Rawatan utama adalah menggunakan antifungal seperti miconazole gel ataupun nystatin syrup yang dititik ke dalam mulut bayi dia kawasan yang terlibat.

Bagi ibu yang menyusukan, oral thrush boleh merebakkan ke payudara menyebabkan Nipple thrush.
 

===========<<<<<>>>>
Berminat dengan produk Shaklee?
WA Ieja 016-6658245
Untuk konsultasi dan tempahan
=========<<<<<<<>>

Ieja Ibrahim

Posted in HEALTH INFO, Peadiatric

JAUNDIS

Antara masalah utama kebanyakan bayi sekarang ni, adalah masalah kuning, atau neonatal jaundis. Ia dikesan apabila kulit, sclera mata atau tisu bayi menjadi kekuningan. Ia merupakan masalah biasa yang dihidapi sekitar 50-60% bayi.

Agak membimbangkan bagi ibu-ibu terutama ibu kali pertama apabila anak asyik berulang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan ujian darah bagi menentukan tahap jaundis bayi mereka.

Di sini, kita tengok dulu, apakah punca-punca penyebab jaundis:

Kenaikan bilirubin (yang menyebabkan warna kuning pada najis) adalah disebabkan oleh pemecahan sel darah merah (haemoglobin) bayi dan diganti kepada sel darah merah dewasa. Oleh kerana sistem pencernaan di hati bayi masih belum matang untuk memproses dan membuang bilirubin menjadi najis, maka bilirubin ini beredar dalam darah menjadikan tisu badan menjadi kekuningan.

Kebiasaannya keadaan ini adalah sementara dan bayi akan sembuh dengan sendirinya atau pun dengan bantuan phototherapy.

Kegagalan penyusuan susu ibu juga boleh menyebabkan bayi jaundis. Ini terjadi apabila bayi kurang menyusu menyebabkan kurangnya proses penyahtinjaan seterusnya menyebabkan bilirubin terkumpul dalam darah dan tidak dibuang. Masalah ini dapat diatasi dengan meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu, seterusnya meningkatkan penghasilan najis bayi.

Keadaan ini berbeza dengan jaundis disebabkan oleh susu ibu (breast milk jaundis). Jaundis disebabkan susu ibu adalah tindakbalas biokimia, dan kandungan bilirubin yang tinggi bertindak sebagai antioksidan. Biasanya bermula sedikit lewat (hari ke-6 hingga hari ke-14 selepas kelahiran) dan mungkin berlarutan lebih dari 14 hari. Namun, penyusuan susu ibu seharusnya diteruskan dan bayi akan pulih seperti biasa.

Ieja Ibrahim

Selain itu, terdapat juga beberapa penyakit seperti biliary atresia dan penyakit hati yang lain yang menyebabkan bayi jaundis.

Posted in Chewable Vita C, HEALTH INFO, Mealshake, Nutriferon, Peadiatric

7 langkah tingkatkan imuniti anak anda

Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang lena
Datang kilat menyapa
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa…

Arjuna Beta – Fyyn Jamal

Tak ada siapa pun yang inginkan anak mereka jatuh sakit. Hatta, nyamuk seekor pun kalau boleh, tak diberi hinggap di badan anak. Namun, kita harus akur bahawa anak kita lahir dengan sistem imun yang masih berkembang. Jadi, pendedahan kepada kuman dan virus adalah perlu untuk meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Biasanya apabila anak dijangkiti sesuatu virus, virus tersebut tidak akan membahayakan anak anda lagi kerana sistem imunnya sudah mempunyai memori tentang virus tersebut, dan akan segera bertindak jika ia termasuk ke dalam sistem badan anak anda.

Namun, jika anak anda terlalu kerap dijangkiti penyakit, maka seharusnya kita sebagai ibu bapa merasa risau dan ia secara tak langsung mengurangkan produktiviti di tempat kerja mahupun di rumah.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk meningkatkan daya tahan anak kita?

1. BERIKAN ANAK ANDA SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Pastikan menu anak anda mengandungi 5 hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari.
Buah dan sayuran mengandungi phytonutrients seperti vitamin C dan karotenoids yang meningkatkan kualiti sel darah putih dan interferon untuk menentang penyakit dan menghalang
virus. Ia juga berupaya mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung di masa hadapan.

2. PASTIKAN TIDUR ANAK ANDA MENCUKUPI

Kurang tidur menyebabkan kekurangan ‘natural killer cells’ yang membunuh kuman di dalam badan. Ia menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti penyakit. Jadi, pastikan tidur anak anda mencukupi.
Bayi – 18 jam tidur
Toddler – 12-13 jam tidur
Pra sekolah – 10jam tidur.

3. BERIKAN ANAK ANDA SUSU IBU

Susu ibu terutama kolostrum (susu kekuningan beberapa hari selepas kelahiran) kaya dengan antibodi yang penting untuk kesihatan anak anda. Ia melindungi anak anda daripada jangkitan penyakit telinga, meningitis, jangkitan pundi kencing dan SIDS (sindrom bayi meninggal secara tiba-tiba). Ia juga penting untuk perkembangan otak bayi anda, dan memelihara bayi daripada masalah usus dikemudian hari.

Jika inginkan bayi yang sihat, aktif dan bijak –> berikan bayi anda susu ibu, sekurang-kurangnya selama 2-3 bulan kelahiran.

4. BERSENAM BERSAMA KELUARGA

Senaman meningkatkan ‘natural killer cells’. Galakkan anak anda bersenam dengan bersenam bersama mereka, bukan hanya dengan menyuruh mereka bersenam.

5. KAWAL PENYEBARAN KUMAN – JAGA KEBERSIHAN

Kebersihan sebahagian dari iman…
Jadi, jagalah kebersihan. Amalkan mencuci tangan setiap kali sebelum dan selepas makan, selepas masuk tandas, selepas bermain. Bawa tisu basah jika keluar untuk mengelap tangan dengan cepat.

Ajar anak anda mencuci tangan dengan sabun dari kecil. Saya sediakan bangku untuk mudahkan mereka mencuci tangan sendiri. Anda boleh sediakan tuala khas yang menarik untuk menggalakkan mereka mencuci tangan.

6. BERHENTI MEROKOK.

Perokok pasif (anak anda) lebih berisiko mendapat 4000 jenis toksin yang ada dalam rokok. Ia mendedahkan mereka kepada penyakit bronchitis, SIDS, dan asthma.

Jadi, BERHENTI MEROKOK. Atau : TOLONG JANGAN MEROKOK DI DEPAN ANAK ANDA.

7. JANGAN DESAK DOKTOR ANDA

Kebanyakan jangkitan yang dihidapi anak anda adalah berpunca dari virus. Jadi, jangan minta doktor anda antibiotik (yang merupakan antibakteria). Ini kerana, ia meningkatkan risiko ‘antibiotic-resistance’ menyebabkan kuman yang sepatutnya boleh dibunuh oleh antibiotik biasa menjadi kebal terhadap antibiotik itu. Jadi, terpaksa menggunakan antibiotik lebih kuat yang lebih mahal, dan mungkin mempunyai lebih banyak kesan sampingan.

Sumber: http://www.parents.com

——–””’—-‘–””””””——————-

Antara supplement Shaklee yang boleh membantu anak anda:

Shaklee Mealshake
– mengandungi 24 multivitamin dan multimineral penting untuk kesihatan anak anda. Sedap, lazat, berkhasiat.

image

Harga: RM 113

Chewable Vitamin C 100mg
– sumber vitamin C yang sesuai untuk anak anda. Tiada pewarna atau perisa tiruan. Semuanya asli 🙂

image

Harga: RM 37.50

Shaklee Nutriferon
– penggalak interferon semulajadi. Mengaktifkan interferon untuk menentang penyakit.

image

Harga: RM 181

Untuk tempahan dan konsultasi:
Ieja Ibrahim
016-6658245
ijask@hotmail.com
Fb: Ad-Dina Shop