Posted in MY SHAKLEE STORY

Cukup Hanya Allah. 

Imej : Google 

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Hmm hari ni nak share, kenapa saya stay buat Shaklee. Walaupun kadang-kadang sales down ke, stress ke, malas ke. Ada one point memang malas dah tapi sayang nak patah balik. Sayang sangat. Jadi saya teruskan juga.

Sebenarnya, bagi saya, berniaga ni buat kita rasa kita bergantung pada Allah 100%. Buat kita rasa dekat sangat dengan Dia. 

Bukanlah nak kata orang kerja makan gaji tu, tak bergantung pada Allah. Cuma, jujur cakap lah kan. Kalau kita makan gaji, kita tahu hujung bulan dapat gaji. Kita buat kerja betul ke, tak betul ke, banyak mengular ke, hujung bulan dapat gaji. Kalau bos marah atau potong gaji, kita salahkan bos. 

Padahalnya, siapa yang bagi bos kita duit nak bagi gaji? Allah, kan? Tapi kadang-kadang kita lupa dan bergantung harap pada manusia. Sebab tu ramaiii jadi kaki kipas berani mati bos. Sebab lupa siapa yang lebih patut kena kipas. 
Bila start buat shaklee, mentor ingatkan banyak kali, “rezeki Allah yang bagi”,  “hati customer Allah yang pegang”. “Rezeki tak pernah salah alamat”, dan banyak lagilah. 
Buat saya terfikir, patutlah Allah kata 9/10 punca rezeki adalah dari berniaga. Sebab pergantungan tu sangat-sangat tinggi. Semua dengan izinNya. Sebelum ni tak sedar diri. Sekarang baru insaf. 😂 

Saya tak kata orang lain. Saya cakap diri sendiri. 
Maka atas sebab itu jugalah, saya maintain buat Shaklee walaupun kadang-kadang sales suam-suam kuku je. 
Yang penting, boleh bantu orang lain sihat, dan bantu diri sendiri sihat. Dan bantu saya ingat dan sedar diri. Allah ada. 
Dr Ieja 

#TokeyShakleeMelaka