Posted in Alfalfa, B Complex, BREASTFEEDING, ESP, Omega Guard, OsteMatrix, Tips, Vita C, Vitalea

Dapatkan berat ideal selepas bersalin.

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum.. 

Berat kembali ke pre-pregnancy stage. Hmm siapa yang tak nak, kan? Alkisah semalam sembang di group whatsapp tips ibu menyusu nak detox dan diet. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan ibu menyusu untuk buat detox secara extreme. Terutama jika bayi berusia kurang 6 bulan dan menyusu secara ekslusif.  

Saya tahu ramai ibu yang tak sabar-sabar nak dapatkan berat ideal. Tambahan pula dengan lambakan produk diet yang dikatakan ‘selamat untuk ibu menyusu’. Bila tanya seller, semua kata ibu menyusu boleh ambil. Saya akui memang ada yang selamat, tapi perlu guidance yang betul dari penjual. Bagi ibu pula, set target realistik, supaya tak menjejaskan kesihatan anda dan bayi.  

Sebenarnya, jika ibu tidak mengambil sesetengah jenis makanan kerana diet,  bayi masih mendapat nutrisi yang cukup dari susu ibu. Ini kerana, jika ada nutrisi yang tidak cukup dalam susu ibu, badan ibu akan mengambil nutrisi tersimpan yang sedia ada dalam badan untuk digunakan.  Kecuali dalam keadaan kelaparan atau diet melampau menyebabkan kandungan nutrisi dalam susu ibu tidak dapat dipenuhi. 

Tapi apa pula kesannya pada ibu? Kekurangan nutrisi dalam susu ibu,  menyebabkan simpanan nutrisi dalam badan ibu menyusut, seterusnya ibu lah yang akan merasa kesan jangka panjangnya. Contohnya kalsium. Kalau ibu tak ambil kalsium yang cukup, badan akan melarutkan kalsium dari tulang dan gigi untuk mencukupkan keperluan bayi. Lama-lama gigi ibu cepat reput, tulang pun rapuh. Itu baru satu, belum yang lain-lain lagi. 

Jadi bagaimana ibu menyusu ingin mendapatkan berat badan ideal? Ye lah,  jeles tengok orang diet. Yang kita ni, asyik lapar 24jam. Perut macam bocor je bila menyusu, ye tak? 

Di sini saya nak kongsikan beberapa tips pemakanan sihat untuk ibu menyusu. Harus diingat, proses penurunan berat badan bukan ambil masa 1-2 minggu, tapi mungkin sehingga 3-6 bulan. 

1. Ambil air yang mencukupi. Air maksudnya air kosong, bukan air manis. Sekurang-kurangnya 3L sehari, atau 1L untuk setiap 25kg berat badan anda.  

2. Kurangkan minum minuman manis. Had kan kepada 1-2 cawan minuman manis sehari. Elakkan minuman berkarbonat, air kotak, dan minuman 3 dalam 1, atau 4 dalam 1 atau 10 dalam 1.

3. Makan ikut waktu. Ambil breakfast, lunch dan dinner. Sediakan kudapan yang sesuai. 

4. Pilih makanan yang sihat. Anda boleh pilih makan nasi setengah cawan, atau muruku 2 cawan. Kalori dia sama banyak je. Biskut 3 keping atau mee setengah cawan. 

5. Elakkan makanan bergoreng, kerepek, jajan, makanan rapu yang tak mengenyangkan. Snek dengan kekacang, atau buah-buahan atau salad. Yang ni, kalau tak tahan godaan, JANGAN BELI! Kalau tak nampak, takde lah rasa nak makan, kan? Kalau ada nanti asyik nak makan je. Kalau teringin sangat,  beli peket kecil dan kongsi. Jadi, takde lah anda makan banyak, betul tak? 

6. Ambil nutrisi tambahan. Saya mengamalkan set penyusuan Shaklee. Sebab saya tau, saya memang tak dapat nak ambil makanan seimbang setiap hari. Makan apa yang ada. Masak pun tak sempat kadang-kadang. 

7. 1 menu rebus/stim/panggang, 1 menu goreng. Kalau ikan dah goreng, buat sup sayur. Kalau dah masak kailan goreng, buat ayam masak tomyam. Lebihkan sayuran segar berbanding sayur dimasak. 

8. Bersenam. Cuba bersenam paling kurang 3 kali seminggu, setengah jam setiap sesi. Aerobik ke zumba ke jalan ke. Tak kisah janji bersenam. 

Saya mungkin bukan orang yang terbaik nak cerita tentang pemakanan sihat, sebab saya tau, nafsu memang amat sukar dikawal. Tapi kena usahalah. Untung tau, menyusu golek-golek dah bakar 500kalori sehari. Kalau kita tak jaga makan, sia-sia bakar kalori banyak tapi berat tak turun. 

Saya makan banyak nasi. Biasa lunch boleh 3-4 senduk sekali hadap. Tapi saya kurang gemar kuih muih kerepek jajan semua. Biasa kalau makan cookies 2-3 keping je. Walaupun cookies tu sedap. Kalau jajan memang tak pernah habis. Coklat bar paling kecil yang ada 6 senggat tu, saya boleh makan 3 hari. Sehari 2 senggat je. Air manis memang saya biasa minum time sarapan je. Teatime kadang-kadang. Makan nasi memang dengan air kosong kecuali makan kat kedai. Itu pun kadang order air suam jugak.  

Berat saya pregnant no 1 : 37kg – – > 58 kg, back to 39kg lepas setahun. Masa ni tak jumpa shaklee lagi. 

No 2 : 39 kg – – > 56kg – – > 39kg.  Ni pun 7-8 bulan lah back to normal. 

No 3 : 40kg – – > 56kg – – > 40kg lepas 6 bulan. Ni sebab saya tandem nursing. Cepat sikit turun. Heheh.  

No 4 : belum nampak bayang lagi.. Hahahha

Ok. Sekian bebelan di hari Sabtu. 

Semoga berjaya menyusukan bayi hingga 2 tahun.  

Nak order set penyusuan shaklee boleh wassap sini. 

Advertisements
Posted in Alfalfa, PRODUCTS

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim..

Alfalfa atau nama saintifiknya medicago santiavo merupakan tumbuhan renek yang digunakan sejak lebih 2500 tahun dahulu. Ia digelar raja segala tumbuhan kerana kandungan nutrisi yang terkandung padanya.

Akarnya menjalar sehingga 6 meter ke bawah tanah bagi membolehkannya menyerap segala jenis nutrient dan vitamin yang terkandung dalam tanah. Ia kaya dengan klorofil, vitamin A, E, D, K, kalsium, fosforus, zat besi dan lain-lain lagi.

SHAKLEE DIFFERENCE

Alfalfa Complex Shaklee merupakan signature formula dari Dr Forrest C Shaklee yang dicipta sejak dari tahun 1950an. Ia diekstrak daripada daun alfalfa matang yang ditanam secara organik di California.

Daun matang dituai dan diekstrak untuk dijadikan pil yang kaya dengan vitamin dan zat mineral. 10 biji alfalfa complex Shaklee mengandungi 300mg kalsium iaitu lebih kurang sama dengan jumlah kalsium dalam 1 gelas susu.

image

Jadi, apa antara manfaat alfalfa?

1. Penggalak susu
Alfalfa bersifat galactagogue, jadi pengambilannya oleh ibu menyusu membantu menambah pengeluaran susu ibu.

2. Diuretik semulajadi
Alfalfa sangat bagus sebagai agen detoks. Sifat diuretik yang ada padanya membantu mengurangkan retensi air, dan melawaskan pembuangan air.

3. Mengurangkan kolesterol
Alfalfa membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, seterusnya membantu kestabilan hormon dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

4. Mengaktifkan insulin.
Alfalfa menggalakkan pengeluaran insulin daripada pankreas, seterusnya membantu mengurangkan paras gula dalam darah. Oleh itu, bagi penghidap diabetes, seharusnya anda memantau paras gula dalam darah sewaktu mengambil alfalfa supaya tidak diserang hypoglycaemia.

5. Antioksidan
Alfalfa mengandungi antioksidan yang tinggi dan membantu mengurangkan penyakit yang disebabkan oleh inflamasi dan radikal bebas seperti asthma, allergy, resdung, gout dan arthritis.

6. Kesihatan kulit
Alfalfa kaya dengan Vitamin A dan enzyme yang membantu memastikan kulit sihat, melembapkan kulit dan berseri.

7. Kesihatan rambut
Vitamin B1 dan B6 mengatasi masalah keguguran rambut dan botak. Kandungan protein dan zinc turut membantu pertumbuhan rambut sihat.

8. Antikanser
Kandungan amino acid canavanine menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

9. Membantu masalah penghadaman
Alfalfa membantu mengurangkan masalah penghadaman, bloating dan ulser perut.

10. Mengurangkan simptom menopause
Kandungan 3 jenis phytooestrogen coumestrol, genistein dan biocanine
dalam alfalfa membantu mengurangkan simptom menopause seperti hot flushes, kekeringan vagina dan berpeluh.

11. Meningkatkan kesuburan
Alfalfa mengandungi zinc yang membantu meningkatkan kuantiti dan kesihatan sperma, seterusnya meningkatkan kesuburan.

Alfalfa BUKAN untuk semua

Walaupun alfalfa mempunyai banyak manfaat, namun terdapat beberapa golongan yang perlu mengelak daripada mengambil alfalfa, antaranya:

1. Ibu mengandung.
Alfalfa boleh menyebabkan uterine stimulation ataupun kontraksi pada ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung perlu mengelak daripada mengambil alfalfa.

2. Penghidap penyakit auto-imun.
Alfalfa boleh menyebabkan reactivation kepada pesakit lupus. Ini disebabkan oleh kesan immune-stimulating yang dihasilkan oleh asid amino L-cavanine yang terkandung dalam alfalfa.

3. Mereka yang mengambil warfarin/ sesetengah jenis ubat cair darah.
Kandungan Vitamin K yang tinggi dalam alfalfa bagus untuk menghentikan pendarahan, namun bagi mereka yang mengambil warfarin, alfalfa mengurangkan keberkesanan warfarin. Oleh itu, golongan ini seharusnya mengelak daripada mengambil alfalfa.

image

Harga : RM 53 (330 biji)
RM 97 (700biji)

Promo November : BUY 4 FOR 3.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang jenis penyakit, dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa supplemen.

Ieja Ibrahim

Posted in Alfalfa, BREASTFEEDING, Breastfeeding dengan Shaklee, Shaklee Effects

TESTIMONI : ALFALFA DAN PENYUSUAN

Hari ni kita share testimoni pula lah.

Sempena promosi alfalfa yang bakal berakhir 30 November nanti.

Testimoni hari ni, khas untuk wanita. Nanti hari lain kita share testimoni untuk fungsi lain alfalfa selain MILKBOOSTER. Heheheh.

image

image

image

image

image

Semoga bermanfaat.

Nak order boleh whatsapp 016-6658245.

Cepat tau! Harga menjunam ni!

Ieja Ibrahim

Posted in Alfalfa

TESTIMONI ALFALFA

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni nak belanja testimoni ALFALFA COMPLEX SHAKLEE.

5 SEBAB KENAPA IBU-IBU JATUH CINTA DENGAN ALFALFA.

1. MILKBOOSTER.

Alfalfa memang bersifat galactagogue (merangsang susu), jadi tak hairanlah ramai ibu yang memilih alfalfa sebagai milkbooster utama mereka. (Termasuk saya juga.. heheh)

image

2. KURANGKAN KEPUTIHAN

Masalah perempuan juga nih. Keputihan. Kadangkala sehingga menyebabkan kegatalan dan jangkitan pada faraj.

image

3. MELAWASKAN

Sembelit memang menjadi satu masalah terutama bagi ibu-ibu dalam pantang. Lantaran sifat alfalfa yang kaya serat, ia sangat membantu melawaskan pembuangan air besar.

image

4. ANTI-HISTAMINE, ANTI-RADANG.

Membantu mengurangkan simptom resdung, dan allergi. Jadi takda lah dok bersin pagi-pagi. Kalau nak makan seafood – udang, kerang, sotong pun dah tak perlu risau sangat.
Bonus point – tak mengantuk macam antihistamine biasa. Jadi boleh lah bekerja macam biasa walaupun selsema/hidung berair.

image

5. JAMU MODEN

Ni sebenarnya ramai yang tak sengaja dapat manfaat ‘jamu’ dari alfalfa. Rata-rata yang mengambil alfalfa untuk masalah lain, seperti masalah penyusuan, mengurangkan berat dan keputihan. Tapi alhamdulillah dapat manfaat lain juga.

Sebab tu ramai ibu-ibu yang JATUH CHENTA dengan ALFALFA.

Kegemaran ramai nih.

Rugi kalau anda tak cuba!

Ieja – 016-6658245

Posted in Alfalfa, Isu Semasa, RANDOM, SHAKLEE

SHAKLEE MENJAWAB

Assalamualaikum..

BACA SAMPAI HABIS!!

Minggu lepas kecoh sekejap tentang pelajar kejururawatan yang meninggal kononnya angkara supplement.

Spesifiknya : Alfalfa Shaklee.

Walaupun punca sebenar kematian adalah disebabkan pendarahan otak ( ICB – intracranial bleed), namun  entry dan snapshot awal dari Acc Fb (yang dah tak wujud pun akaun Fb tersebut) masih berlegar di WA dan media sosial lain.

Seperti biasa, sebagai syarikat nutrisi yang komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan penggunanya, berikut adalah jawapan daripada pihak Shaklee Malaysia:

image

Baca sampai habis tau artikel tu, jangan baca tajuk je..

Diharapkan selepas ni, takde lagilah fitnah sebegini (tapi bagus gak, glamour Shaklee hahhaha).

Kalau anda rasa betul produk Shaklee buat anda sakit; sertakan report doktor, anda boleh buat tuntutan dan claim ganti rugi dekat Shaklee.

Sebab Shaklee bukan produk belakang rumah, bukan produk takde research. Shaklee ada barisan saintis sendiri. Biat kajian. Setiap produk ada quality test sebelum dipasarkan.

Semoga bermanfaat.