Posted in Alfalfa, B Complex, BREASTFEEDING, ESP, Omega Guard, OsteMatrix, Tips, Vita C, Vitalea

Dapatkan berat ideal selepas bersalin.

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum.. 

Berat kembali ke pre-pregnancy stage. Hmm siapa yang tak nak, kan? Alkisah semalam sembang di group whatsapp tips ibu menyusu nak detox dan diet. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan ibu menyusu untuk buat detox secara extreme. Terutama jika bayi berusia kurang 6 bulan dan menyusu secara ekslusif.  

Saya tahu ramai ibu yang tak sabar-sabar nak dapatkan berat ideal. Tambahan pula dengan lambakan produk diet yang dikatakan ‘selamat untuk ibu menyusu’. Bila tanya seller, semua kata ibu menyusu boleh ambil. Saya akui memang ada yang selamat, tapi perlu guidance yang betul dari penjual. Bagi ibu pula, set target realistik, supaya tak menjejaskan kesihatan anda dan bayi.  

Sebenarnya, jika ibu tidak mengambil sesetengah jenis makanan kerana diet,  bayi masih mendapat nutrisi yang cukup dari susu ibu. Ini kerana, jika ada nutrisi yang tidak cukup dalam susu ibu, badan ibu akan mengambil nutrisi tersimpan yang sedia ada dalam badan untuk digunakan.  Kecuali dalam keadaan kelaparan atau diet melampau menyebabkan kandungan nutrisi dalam susu ibu tidak dapat dipenuhi. 

Tapi apa pula kesannya pada ibu? Kekurangan nutrisi dalam susu ibu,  menyebabkan simpanan nutrisi dalam badan ibu menyusut, seterusnya ibu lah yang akan merasa kesan jangka panjangnya. Contohnya kalsium. Kalau ibu tak ambil kalsium yang cukup, badan akan melarutkan kalsium dari tulang dan gigi untuk mencukupkan keperluan bayi. Lama-lama gigi ibu cepat reput, tulang pun rapuh. Itu baru satu, belum yang lain-lain lagi. 

Jadi bagaimana ibu menyusu ingin mendapatkan berat badan ideal? Ye lah,  jeles tengok orang diet. Yang kita ni, asyik lapar 24jam. Perut macam bocor je bila menyusu, ye tak? 

Di sini saya nak kongsikan beberapa tips pemakanan sihat untuk ibu menyusu. Harus diingat, proses penurunan berat badan bukan ambil masa 1-2 minggu, tapi mungkin sehingga 3-6 bulan. 

1. Ambil air yang mencukupi. Air maksudnya air kosong, bukan air manis. Sekurang-kurangnya 3L sehari, atau 1L untuk setiap 25kg berat badan anda.  

2. Kurangkan minum minuman manis. Had kan kepada 1-2 cawan minuman manis sehari. Elakkan minuman berkarbonat, air kotak, dan minuman 3 dalam 1, atau 4 dalam 1 atau 10 dalam 1.

3. Makan ikut waktu. Ambil breakfast, lunch dan dinner. Sediakan kudapan yang sesuai. 

4. Pilih makanan yang sihat. Anda boleh pilih makan nasi setengah cawan, atau muruku 2 cawan. Kalori dia sama banyak je. Biskut 3 keping atau mee setengah cawan. 

5. Elakkan makanan bergoreng, kerepek, jajan, makanan rapu yang tak mengenyangkan. Snek dengan kekacang, atau buah-buahan atau salad. Yang ni, kalau tak tahan godaan, JANGAN BELI! Kalau tak nampak, takde lah rasa nak makan, kan? Kalau ada nanti asyik nak makan je. Kalau teringin sangat,  beli peket kecil dan kongsi. Jadi, takde lah anda makan banyak, betul tak? 

6. Ambil nutrisi tambahan. Saya mengamalkan set penyusuan Shaklee. Sebab saya tau, saya memang tak dapat nak ambil makanan seimbang setiap hari. Makan apa yang ada. Masak pun tak sempat kadang-kadang. 

7. 1 menu rebus/stim/panggang, 1 menu goreng. Kalau ikan dah goreng, buat sup sayur. Kalau dah masak kailan goreng, buat ayam masak tomyam. Lebihkan sayuran segar berbanding sayur dimasak. 

8. Bersenam. Cuba bersenam paling kurang 3 kali seminggu, setengah jam setiap sesi. Aerobik ke zumba ke jalan ke. Tak kisah janji bersenam. 

Saya mungkin bukan orang yang terbaik nak cerita tentang pemakanan sihat, sebab saya tau, nafsu memang amat sukar dikawal. Tapi kena usahalah. Untung tau, menyusu golek-golek dah bakar 500kalori sehari. Kalau kita tak jaga makan, sia-sia bakar kalori banyak tapi berat tak turun. 

Saya makan banyak nasi. Biasa lunch boleh 3-4 senduk sekali hadap. Tapi saya kurang gemar kuih muih kerepek jajan semua. Biasa kalau makan cookies 2-3 keping je. Walaupun cookies tu sedap. Kalau jajan memang tak pernah habis. Coklat bar paling kecil yang ada 6 senggat tu, saya boleh makan 3 hari. Sehari 2 senggat je. Air manis memang saya biasa minum time sarapan je. Teatime kadang-kadang. Makan nasi memang dengan air kosong kecuali makan kat kedai. Itu pun kadang order air suam jugak.  

Berat saya pregnant no 1 : 37kg – – > 58 kg, back to 39kg lepas setahun. Masa ni tak jumpa shaklee lagi. 

No 2 : 39 kg – – > 56kg – – > 39kg.  Ni pun 7-8 bulan lah back to normal. 

No 3 : 40kg – – > 56kg – – > 40kg lepas 6 bulan. Ni sebab saya tandem nursing. Cepat sikit turun. Heheh.  

No 4 : belum nampak bayang lagi.. Hahahha

Ok. Sekian bebelan di hari Sabtu. 

Semoga berjaya menyusukan bayi hingga 2 tahun.  

Nak order set penyusuan shaklee boleh wassap sini. 

Advertisements
Posted in B Complex, ESP, Set Kesihatan Asas, Vita C, Vitalea

ANAEMIA

Assalamualaikum..

Kelmarin, ada yang tanya tentang supplement untuk anaemia atau kekurangan darah merah (Hb). Kerana kesedaran lebih meluas terhadap tahap kesihatan, dan juga lebih ramai yang diperiksa FBC (full blood count) kerana demam dan sebagainya, jadi makin ramailah yang dikenalpasti menghidap anaemia.

image

Terdapat banyak sebab yang menyebabkan kekurangan haemoglobin (Hb). Sebab paling biasa adalah kekurangan zat besi dan pendarahan di mana-mana. Sebab-sebab lain adalah seperti kurang Vitamin B12, Thalassaemia, penyakit buah pinggang dan lain-lain.

Kebiasaannya penghidap anaemia ini akan berasa cepat letih dan lesu. Kadang-kala jantung terasa laju dan berdebar-debar (palpitation). Pada tahap serius, anaemia boleh mengakibatkan kesukaran bernafas dan serangan jantung kerana kekurangan oksigen pada organ dalaman.

Dari segi supplement, SET KESIHATAN ASAS yang terdiri daripada VITALEA -VITAMIN C – B COMPLEX dan ESP boleh membantu.

Vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Ia juga mengandungi nutrien penting lain untuk kesihatan tubuh.

Vitamin C pula diperlukan bagi membantu proses penyerapan zat besi ke dalam tubuh. B Complex mengandungi folic acid yang juga penting untuk pembentukan sel darah merah.

ESP membekalkan asid amino perlu yang merupakan ‘building blocks’ untuk setiap sel-sel dalam badan.

Yang pasti, pengambilan diet yang seimbang amat penting untuk membantu kesihatan sel badan seterusnya memastikan kesihatan dan tubuh badan secara amnya.

Ieja Ibrahim

Posted in B Complex, ESP, Omega Guard, OsteMatrix, PREGNANCY, Set Kesihatan Asas, Vita C, Vitalea

Allah, lupa lagi!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan membaca iSihat edisi September 2015.
Terjumpa pulak artikel ni:

image

Perubahan pola hidup seperti kurang rehat atau terlalu penat mempengaruhi daya ingatan ibu-ibu. Terutama bagi ibu yang mempunyai lebih daripada seorang anak.

Untuk itu, Shaklee menawarkan pakej lengkap PRENATAL SET dengan 5% diskaun dari harga pasaran bagi memenuhi keperluan ibu-ibu hamil sekalian.

image

Set prenatal ini mengandungi:

B COMPLEX
– mengandungi folate untuk perkembangan otak dan sistem saraf serta tulang belakang bayi.
– vitamin B 6 membantu mengurangkan rasa loya dan muntah sewaktu awal kehamilan
– membantu mengurangkan tekanan atau stress.

VITALEA IRON FORMULA
– Multivitamin lengkap untuk memenuhi lompong nutrisi akibat pemakanan yang tidak seimbang dan tekanan kerja.
– diperkaya dengan zat besi bagi membantu mengatasi masalah anaemia.

ENERGISING SOY PROTEIN
– protein soya bukan GMO yang mengandungi kesemua asid amino perlu yang penting untuk tubuh.
– sumber protein yang membantu penghasilan sel-sel baru, mengurangkan rekahan kulit dan membuatkan kulit ibu dan bayi lebih halus dan gebu.
– membantu memberikan tenaga pada ibu.

OSTEMATRIX
– Ini sangat penting terutama bagi ibu yang kurang minum susu atau ambil produk tenusu. Jangan kerana mengandung dan menyusukan tulang gihi jadi reput.
– juga membantu mengurangkan cramp dan melawaskan sistem pencernaan.
– selain kalsium, ostematrix juga mengandungi magnesium, vitamin D, zinc, boron dan mangan bagi memastikan penyerapan kalsium yang maksima dan tulang lebih kuat dan padat.

SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
– Meningkatkan sistem imun
– membantu penghasilan kolagen
– bagi ibu yang asthma dan allergi, pengambilan vitamin C membantu mengurangkan simptom asthma/allergi anda.
– kulit dan rambut juga lebih sihat dan kuat.

OMEGAGUARD
– Asid lemak omega 3 yang kaya dengan DHA, ALA dan EPA
– pengambilan sewaktu hamil mengurangkan risiko asthma pada bayi yang bakal lahir
– penting untuk perkembangan mata dan otak bayi
– DHA penting untuk kesihatan mental dan memori ibu supaya cepat lupa, dan mengurangkan risiko Alzheimer atau nyanyuk.

Sebenarnya set prenatal ini boleh juga diambil oleh para ibu lain yang tidak hamil. Sesuai juga untum para bapa untuk mengekalkan kesihatan supaya terhindar dari penyakit dan boleh menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dengan lebih baik. In sha Allah.

Untuk konsultasi dan harga lebih istimewa, WA 016-6658245(ieja)

Ieja Ibrahim

Posted in Alfalfa, B Complex, BREASTFEEDING, ESP, OsteMatrix, Vita C, Vitalea

Relaktasi

Assalamualaikum..

Dah lama tak menulis kat sini. Heheh.. Nak cerita tentang delivery ke-3, tapi tunggu dululah. Kita cerita tentang relaktasi hari ni.

Sedikit info yang saya dapat dari buku What to expect: The first year. Harapnya bermanfaat untuk semua :).

Relaktasi bermaksud proses penyusuan susu ibu sepenuhnya selepas beberapa lama bayi diberi susu formula, atau kombinasi susu formula dan susu ibu.

Ia merupakan satu proses yang mencabar dan memakan masa, namun, jika dilakukan dengan cara yang betul, in sha Allah berjaya.

Antara tips yang anda boleh gunapakai:
1. KOSONGKAN PAYUDARA
Ini kerana stimulasi yang kerap dan konsisten penting untuk penghasilan susu ibu. Konsep; demand – supply. Tinggi demand, tinggi supply. Anda perlu mengosongkan payudara sekurang-kurang 2-3 jam sekali, sama ada secara pam, atau direct feeding.

2. HABISKAN DENGAN MENGEPAM
Habiskan setiap sesi menyusu dengan 5-10 minit sesi mengepam bagi memastikan payudara kosong sepenuhnya dan menghantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu. Anda boleh gunakan susu perahan untuk disimpan atau diberi menggunakan botok sebagai ganti formula.

3. KURANGKAN PENGGUNAAN FORMULA SECARA BERPERINGKAT
Jangan terus menghentikan formula bayi anda, sebaliknya hentikan secara berperingkat. Berikan bayi susu ibu dahulu, kemudian baru berikan formula. Jika perlu, rekodkan formula yang diberi. Secara berperingkat anda akan dapati bayi anda mengambil kurang formula apabila penghasilan susu ibu anda semakin meningkat.

4. PENGGUNAAN SUPPLEMENTER
Penggunaan supplemental nursing system mungkin membantu proses relaktasi menjadi lebih mudah.

5. KIRA LAMPIN BASAH.
Kira lampin basah bayi anda bagi memastikan bayi mendapat susu yang cukup sepanjang hari. Dapatkan nasihat doktor, dan timbang bayi lebih kerap sewaktu proses pertukaran dari formula –> susu ibu..

6. CUBA UBAT ATAU SUPPLEMENT
Terdapat beberapa herba atau ubat yang membantu meningkatkan produksi susu. Anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang pengambilan ubat/herba yang sesuai.

7. SUPPORT
Dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat, suami, ibu, kaunselor laktasi dan rakan-rakan. Serta sabar!  Relaktasi mengambil masa dan tenaga. Jadi bersabar dan berdoalah, semoga perjuangan di berkati dan dipermudahkan Allah. Usaha, selebihnya bertawakal pada yang Maha Kuasa.

image

Ieja Ibrahim
016-6658245

Posted in B Complex, ESP, Omega Guard, OsteMatrix, Peppermint Ginger, Performance Drink, PERSONAL, PREGNANCY, Vita C, Vitalea

MY SHAKLEE BABY..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kalau takde aral melintang, dengan izin Allah esok bakal lahir anak ke-3 kami. Scan nampak boy, tapi tak kisahlah, boy ke girl, kami redha. Asalkan dia sihat, alhamdulillah.

Baby ni, memang betul-betul baby Shaklee. Sebab saya memang ambil supplement Shaklee je. Tak ambil langsung supplement dari hospital. Dari awal kehamilan saya konsisten dengan VITALEA, VITA C, B COMPLEX dan OSTEMATRIX.

Masuk bulan kedua, ketiga, tatkala kemabukan melanda yang tak terubat dengan maxolon (pil tahan muntah/mabuk), saya jatuh cinta dengan PEPPERMINT GINGER PLUS.

image

Walaupun peppermint ni tak lah menghilangkan loya secara total, sekurang-kurangnya saya tak perlu lari ke tandas nak buang isi perut! Kalau setakat mual sikit-sikit tu biasalah… Nama pun mengandung. Kang tak rasa pulak nikmat mengandungkan?? Yang penting boleh makan minum. Syukur Alhamdulillah.

Supplement lain macam omegaguard, ESP, Performance Drink, saya ambil ikut keadaan. Kalau rajin makan, kalau malas tak makan. Heheh.

Jadi kalau berminat, bolehlah contact saya. Manalah tau sesuai untuk anda, terasa lebih sihat waktu hamil. Dapatlah enjoy saat-saat hamil, tak lah serik nak mengandung lagi, kan?

Apa pun, ampun maaf saya pinta dari rakan-rakan bloggers yang sudi jengah blog saya yang tak seberapa ni. Kalau ada tersalah silap terkasar bahasa, atau ada artikel saya yang mengguris hati, harap dimaafkan. Doakan kami selamat di operasi esok. In sha Allah.

Dr Ieja