Posted in Alfalfa, B Complex, BREASTFEEDING, ESP, Omega Guard, OsteMatrix, Tips, Vita C, Vitalea

Dapatkan berat ideal selepas bersalin.

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum.. 

Berat kembali ke pre-pregnancy stage. Hmm siapa yang tak nak, kan? Alkisah semalam sembang di group whatsapp tips ibu menyusu nak detox dan diet. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan ibu menyusu untuk buat detox secara extreme. Terutama jika bayi berusia kurang 6 bulan dan menyusu secara ekslusif.  

Saya tahu ramai ibu yang tak sabar-sabar nak dapatkan berat ideal. Tambahan pula dengan lambakan produk diet yang dikatakan ‘selamat untuk ibu menyusu’. Bila tanya seller, semua kata ibu menyusu boleh ambil. Saya akui memang ada yang selamat, tapi perlu guidance yang betul dari penjual. Bagi ibu pula, set target realistik, supaya tak menjejaskan kesihatan anda dan bayi.  

Sebenarnya, jika ibu tidak mengambil sesetengah jenis makanan kerana diet,  bayi masih mendapat nutrisi yang cukup dari susu ibu. Ini kerana, jika ada nutrisi yang tidak cukup dalam susu ibu, badan ibu akan mengambil nutrisi tersimpan yang sedia ada dalam badan untuk digunakan.  Kecuali dalam keadaan kelaparan atau diet melampau menyebabkan kandungan nutrisi dalam susu ibu tidak dapat dipenuhi. 

Tapi apa pula kesannya pada ibu? Kekurangan nutrisi dalam susu ibu,  menyebabkan simpanan nutrisi dalam badan ibu menyusut, seterusnya ibu lah yang akan merasa kesan jangka panjangnya. Contohnya kalsium. Kalau ibu tak ambil kalsium yang cukup, badan akan melarutkan kalsium dari tulang dan gigi untuk mencukupkan keperluan bayi. Lama-lama gigi ibu cepat reput, tulang pun rapuh. Itu baru satu, belum yang lain-lain lagi. 

Jadi bagaimana ibu menyusu ingin mendapatkan berat badan ideal? Ye lah,  jeles tengok orang diet. Yang kita ni, asyik lapar 24jam. Perut macam bocor je bila menyusu, ye tak? 

Di sini saya nak kongsikan beberapa tips pemakanan sihat untuk ibu menyusu. Harus diingat, proses penurunan berat badan bukan ambil masa 1-2 minggu, tapi mungkin sehingga 3-6 bulan. 

1. Ambil air yang mencukupi. Air maksudnya air kosong, bukan air manis. Sekurang-kurangnya 3L sehari, atau 1L untuk setiap 25kg berat badan anda.  

2. Kurangkan minum minuman manis. Had kan kepada 1-2 cawan minuman manis sehari. Elakkan minuman berkarbonat, air kotak, dan minuman 3 dalam 1, atau 4 dalam 1 atau 10 dalam 1.

3. Makan ikut waktu. Ambil breakfast, lunch dan dinner. Sediakan kudapan yang sesuai. 

4. Pilih makanan yang sihat. Anda boleh pilih makan nasi setengah cawan, atau muruku 2 cawan. Kalori dia sama banyak je. Biskut 3 keping atau mee setengah cawan. 

5. Elakkan makanan bergoreng, kerepek, jajan, makanan rapu yang tak mengenyangkan. Snek dengan kekacang, atau buah-buahan atau salad. Yang ni, kalau tak tahan godaan, JANGAN BELI! Kalau tak nampak, takde lah rasa nak makan, kan? Kalau ada nanti asyik nak makan je. Kalau teringin sangat,  beli peket kecil dan kongsi. Jadi, takde lah anda makan banyak, betul tak? 

6. Ambil nutrisi tambahan. Saya mengamalkan set penyusuan Shaklee. Sebab saya tau, saya memang tak dapat nak ambil makanan seimbang setiap hari. Makan apa yang ada. Masak pun tak sempat kadang-kadang. 

7. 1 menu rebus/stim/panggang, 1 menu goreng. Kalau ikan dah goreng, buat sup sayur. Kalau dah masak kailan goreng, buat ayam masak tomyam. Lebihkan sayuran segar berbanding sayur dimasak. 

8. Bersenam. Cuba bersenam paling kurang 3 kali seminggu, setengah jam setiap sesi. Aerobik ke zumba ke jalan ke. Tak kisah janji bersenam. 

Saya mungkin bukan orang yang terbaik nak cerita tentang pemakanan sihat, sebab saya tau, nafsu memang amat sukar dikawal. Tapi kena usahalah. Untung tau, menyusu golek-golek dah bakar 500kalori sehari. Kalau kita tak jaga makan, sia-sia bakar kalori banyak tapi berat tak turun. 

Saya makan banyak nasi. Biasa lunch boleh 3-4 senduk sekali hadap. Tapi saya kurang gemar kuih muih kerepek jajan semua. Biasa kalau makan cookies 2-3 keping je. Walaupun cookies tu sedap. Kalau jajan memang tak pernah habis. Coklat bar paling kecil yang ada 6 senggat tu, saya boleh makan 3 hari. Sehari 2 senggat je. Air manis memang saya biasa minum time sarapan je. Teatime kadang-kadang. Makan nasi memang dengan air kosong kecuali makan kat kedai. Itu pun kadang order air suam jugak.  

Berat saya pregnant no 1 : 37kg – – > 58 kg, back to 39kg lepas setahun. Masa ni tak jumpa shaklee lagi. 

No 2 : 39 kg – – > 56kg – – > 39kg.  Ni pun 7-8 bulan lah back to normal. 

No 3 : 40kg – – > 56kg – – > 40kg lepas 6 bulan. Ni sebab saya tandem nursing. Cepat sikit turun. Heheh.  

No 4 : belum nampak bayang lagi.. Hahahha

Ok. Sekian bebelan di hari Sabtu. 

Semoga berjaya menyusukan bayi hingga 2 tahun.  

Nak order set penyusuan shaklee boleh wassap sini. 

Posted in Basic H, Eczema, Herbal Blend, Omega Guard, TESTIMONI

IKHTIAR ANAK ECZEMA

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni nak share sikit perkongsian dari adik-beradik s2u tentang anak mereka yang eczema.

Alhamdulillah.
Ikhtiar dengan supplement Shaklee.

—————————–
ANAKKU EKZEMA
*******************

ya anak sulong saya dulu ade ekzema..start umur 3bulan gatal2 bermula di bahagian pipi.

kemudian kat tengkuk,celah2 pelipat, kaki.waktu tu saya baru kenal shaklee dengan pengambilan ESP.

anak saya menyusu badan eksklusif selama 6 bulan.tapi susu yg agak kurang waktu tu tak dapat nak supply byk nutrisi dari esp dan omega. tambahan waktu tu saya dah mula pregnant kembar

dan dalam waktu tu saya & suami pergi banyak klinik untuk cari ubat yang boleh hilangkan ekzema.

balik sapu ubat doktor bagi kemudian gatal2 nya naik balik.
kami cari pula klinik lain.sapu ubat lain pula. macam tu la ulang2 hampir 5 6 bulan. dan sepanjang itu hati saya sayu tengok anak yg selalu menggaru gatal.

hingga anak dah sepuluh bulan dan pandai mengunyah,saya bagi OMEGA GUARD..dalam seminggu ada 2 3 kali saya bagi pada anak.tu pun sebiji sehari. dan waktu tu baru kenal herbal blend dan basic H..mandikan denga basic H, sapu badan dengan herbal blend dan makan omega guard.

Alhamdulillah 3 4 bulan macam tu konsisten buat ,gatal2 ekzema berkurang dan hampir2 tiada.

Tiadalah yang menggembirakan hati seorang ibu bila lihat membesar dengan sihat kan. Dan setiap penyakit itu pasti ada penawar.

Saya ikhtiar ezkzema anak saya dengan OMEGA GUARD + HERBAL BLEND + BASIC H.
Kesannya? sungguh2 alhamdulillah!

Terima kasih Puan Izzah atas perkongsian.

image

Berminat dengan set ini?

WA saya 016-6658245 untuk order.

Ieja Ibrahim

Posted in B Complex, ESP, Omega Guard, OsteMatrix, PREGNANCY, Set Kesihatan Asas, Vita C, Vitalea

Allah, lupa lagi!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan membaca iSihat edisi September 2015.
Terjumpa pulak artikel ni:

image

Perubahan pola hidup seperti kurang rehat atau terlalu penat mempengaruhi daya ingatan ibu-ibu. Terutama bagi ibu yang mempunyai lebih daripada seorang anak.

Untuk itu, Shaklee menawarkan pakej lengkap PRENATAL SET dengan 5% diskaun dari harga pasaran bagi memenuhi keperluan ibu-ibu hamil sekalian.

image

Set prenatal ini mengandungi:

B COMPLEX
– mengandungi folate untuk perkembangan otak dan sistem saraf serta tulang belakang bayi.
– vitamin B 6 membantu mengurangkan rasa loya dan muntah sewaktu awal kehamilan
– membantu mengurangkan tekanan atau stress.

VITALEA IRON FORMULA
– Multivitamin lengkap untuk memenuhi lompong nutrisi akibat pemakanan yang tidak seimbang dan tekanan kerja.
– diperkaya dengan zat besi bagi membantu mengatasi masalah anaemia.

ENERGISING SOY PROTEIN
– protein soya bukan GMO yang mengandungi kesemua asid amino perlu yang penting untuk tubuh.
– sumber protein yang membantu penghasilan sel-sel baru, mengurangkan rekahan kulit dan membuatkan kulit ibu dan bayi lebih halus dan gebu.
– membantu memberikan tenaga pada ibu.

OSTEMATRIX
– Ini sangat penting terutama bagi ibu yang kurang minum susu atau ambil produk tenusu. Jangan kerana mengandung dan menyusukan tulang gihi jadi reput.
– juga membantu mengurangkan cramp dan melawaskan sistem pencernaan.
– selain kalsium, ostematrix juga mengandungi magnesium, vitamin D, zinc, boron dan mangan bagi memastikan penyerapan kalsium yang maksima dan tulang lebih kuat dan padat.

SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
– Meningkatkan sistem imun
– membantu penghasilan kolagen
– bagi ibu yang asthma dan allergi, pengambilan vitamin C membantu mengurangkan simptom asthma/allergi anda.
– kulit dan rambut juga lebih sihat dan kuat.

OMEGAGUARD
– Asid lemak omega 3 yang kaya dengan DHA, ALA dan EPA
– pengambilan sewaktu hamil mengurangkan risiko asthma pada bayi yang bakal lahir
– penting untuk perkembangan mata dan otak bayi
– DHA penting untuk kesihatan mental dan memori ibu supaya cepat lupa, dan mengurangkan risiko Alzheimer atau nyanyuk.

Sebenarnya set prenatal ini boleh juga diambil oleh para ibu lain yang tidak hamil. Sesuai juga untum para bapa untuk mengekalkan kesihatan supaya terhindar dari penyakit dan boleh menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dengan lebih baik. In sha Allah.

Untuk konsultasi dan harga lebih istimewa, WA 016-6658245(ieja)

Ieja Ibrahim

Posted in BERHENTI MEROKOK, Omega Guard

Korang Tau Tak #3

image

Assalamualaikum..

Berita baik untuk mereka yang ingin berhenti merokok, dan juga bagi mereka yang inginkan pasangan mereka berhenti merokok.

Boleh ambil OMEGAGUARD!

Menurut kajian ini, pengambilan Omega-3 secara berterusan selama sekurang-kurangnya sebulan dapat mengurangkan ‘craving’ kepada rokok dan berjaya mengurangkan purata 2 batang rokok setiap hari.

Secara mudahnya macam ni, diorang amik 48 orang perokok, bahagi 2 kumpulan. 1 kumpulan bagi omega 3, satu lagi diorang bagi placebo. Sebelum ujian, mereka buat test berapa banyak rokok sehari, dan test untuk menguji tahap ‘craving’ pada rokok. Dia ada tunjuk gambar nak tengok orang tu nak merokok ke tak.

Lepas sebulan, diorang buat lagi test yang sama. Pada kumpulan placebo; tiada perubahan, TETAPI bagi mereka yang mengambil omega 3, masing-masing mengurangkan pengambilan rokok sebanyak 2 batang setiap hari. Walaupun mereka tidak ada niat pun nak berhenti merokok. Tanda-tanda ketagihan nikotin juga berkurangan.

Yang lebih menarik, kesan omega 3 masih berterusan walaupun selepas 30 hari berhenti mengambil omega 3.

Tapi kalau ambil berterusan pun pastinya lebih baik lah kan, sebab manfaat omega 3 sendiri yang baik untuk jantung dan otak.

#kttshaklee
#katakantakkepadarokok

Ieja Ibrahim

Posted in #kttshaklee, Advance Joint Health Tablet, Masalah Tulang, Omega Guard, OsteMatrix, Set Sendi

Korang Tau Tak #2

image

Osteoarthritis merupakan jenis arthritis yang paling biasa berbanding jenis arthritis yang lain. Kebanyakan orang dewasa berusia 60 tahun ke atas menghidap osteoarthritis (OA) cuma pada kadar keterukan yang berbeza.

Ia boleh menyerang mana-mana sendi terutamanya lutut, pinggul, sendi jari atau tulang belakang.

Antara simptom osteoarthritis ialah:
👢 sakit sendi terutama selepas banyak bergerak
👢 rasa sukar bergerak/ ‘sendi ketat’ selepas rehat
👢bengkak pada sendi
👢tulang bengkak pada jari-jari
👢pada peringkat yang lebih serius, tulang boleh membengkak dan menyebabkan deformity pada sendi-sendi yang terlibat.

Osteoarthritis terjadi disebabkan cartilage/tulang rawan pada sendi kehilangan elastisiti menyebabkan ia lebih mudah rosak. Kesan ‘wear and tear’ tulang rawan juga menyebabkan keupayaannya sebagai penyerap hentakan juga berkurangan. Ini menyebabkan ketegangan pada tendon dan ligament yang membawa kepada kesakitan dan ketidak selesaan sendi.

Apabila berterusan, lama kelamaan rawan menjadi semakin berkurang dan rosak sehingga boleh menyebabkan tulang bergeser antara satu sama lain.

Perbandingan sendi lutut normal dengan penghidap OA:

image


Jom, jaga kesihatan sendi anda!!

image

Ieja Ibrahim