KHAS BUAT MAK-MAK YANG KERJA TAK HABIS-HABIS TU…

Awak, haa awak lah. Hai awak!

Hari tu kan, masa scroll Fb, CikJa terjumpa satu poster yang kawan sekolah CikJa share, katanya :

“You can’t pour from an empty cup.”

Hmm betul sangat CikJa rasa.  Macam mana kita nak tuang air kalau cawan kita kosong? Macam diri kita juga. Macam mana kita nak beri yang terbaik pada keluarga kalau kita sendiri lemas dan lesu sepanjang masa, betul tak? Kita ni ibu, kalau kita tak gembira, macam mana kita nak buat orang lain gembira? Kalau kita tak sihat, macam mana keluarga nak bahagia? Betul tak? Eh, banyak pulak soalan CikJa.

Tapi ye lah, happiness starts from within. Like attracts like. Kalau kita stress dan asyik sebarkan  negative vibes, yang datang cari kita pun yang negatif lah. Kalau kita positif, gembira, gembira lah yang datang bertamu.

Dan kalau anda, para isteri atau ibu, pernah cari penyelesaian kepada 3 masalah ni, tak kisahlah secara online ke, offline ke, atau dari Cik Google mahupun dari anak Cik Kiah jiran sebelah rumah tu, itu maksudnya anda memang teramat perlukan supplement tambahan untuk kesihatan anda.

3 masalah yang saya maksudkan :

1. Anda sibuk cari tips tips untuk tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti. Atau anda mula cari penyelesaian kepada masalah sukar tidur.

2. Anda juga mula cari tips untuk atasi badan lemas, letih dan lesu. Mungkin anda juga mula cari produk makanan tambahan untuk mengatasi rasa penat badan anda.

3. Anda rasa anda perlukan kelas untuk atasi rasa stress. Atau anda mula cari buku atau sesuatu untuk menggembirakan hati sendiri.

Haa tak yah pening-pening lagi. CikJa ada set supplement baik punya untuk anda.

SET KESIHATAN ASAS SHAKLEE

Haa dalam set ni ada :

1. Vitalea, multivitamin pertama dicipta kat dunia. Selepas 100 tahun, formula Vitalea antara multivitamin terbaik di pasaran. Dengan 28 vitamin dan mineral, memang paling penting untuk cukupkan keperluan nutrisi harian kita sebagai ibu. Bagus sangat untuk tambah tenaga ibu-ibu sekalian.

2. B Complex. B Complex ni anti-stress. Dia stimulate otak supaya tenang-tenang je selalu. Bagus untuk saraf juga. Makan pagi-pagi, hilang stress sepanjang hari.

3. ESP – Energising Soy Protein. Haa dah namanya pun pemberi tenaga, maka tugas dia pun beri tenaga. Protein paling penting untuk baik pulih sel. Sel sihat, organ sihat, badan  pun sihat.

4. Sustained Release (SR) Vita C Plus. Formulasi SR melepaskan vitamin C 100mg setiap jam supaya khasiatnya tak terbazir jadi urin. Penting untuk tingkatkan imun ibu yang kerap batuk selsema. Bila stress, badan letih, imun down, cepatlah virus menyerang. Vitamin C bantu badan melawan virus. Ibu sihat, ibu gembira, betul tak? Kita mana ada MC. Kerja 24jam sehari, 7 hari seminggu.

5. Omegaguard. Haa ni penting untuk otak dan memori, serta jantung. Tapi korang tak heran kan benda tu semua? Yang korang heran, bila saya kata, dia boleh bakar lemak, boleh kurus. Kan, kan, kan? Haa siapa nak kurus, nak kempis perut, WAJIB ambil ni.

Ada satu lagi extra:

6. Ostematrix. Ni khusus untuk mereka yang sukar tidur. Yang bila dia bangun tidur, dia rasa sama je macam tak tidur. Atau dia rasa lagi teruk bila bangun tidur.  Ibu hamil ke tak hamil yang kerap sakit tumit atau kejang kaki. Simpul biawak kata orang. Juga mereka yang asyik sembelit.

Harga dari paling rendah RM 59 (B Complex), hinggalah full set tu RM 600 lebih sikit. Nak yang harga in between pun boleh ejas. Takde hal punya lah. WA dulu, kita sembang-sembang tengok mana yang sesuai.

Yang pasti, dengan pembelian supplement asas Shaklee daripada CikJa, u olls semua boleh dapat :

1. Konsultasi berterusan daripada CikJa tentang produk Shaklee. Masalah kesihatan pun boleh, in sha Allah to the best of my knowledge. Tapi paling bagus jumpa doktor kat klinik lah, boleh check sekali, kan.

2. Free resepi ESP + Shaker untuk mereka yang beli ESP.

3. 10 pembeli pertama dapat FREE EBook 10 resepi ringkas berkhasiat untuk seisi keluarga. Offer sampai hujung bulan ni je tau! Kenapa nak bagi resepi? Sebab perut sihat, badan sihat, semua pun sihat, in sha Allah.

So, apa lagi, cepat-cepat wasap CikJa kat link ni .

Segera tau! Jangan jadi mak rimau lagi. Kita jadi SUPERMAK je.

BERTUKAR!

570bdd66-31f8-4f75-8397-5c40e662dd24

Ini kali, lah!

CikJa, Tokey Shaklee Melaka.

Advertisements

Supplement Untuk Ibu Ayah

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak bersiaran. Hari ni nak share sikit tentang supplement asas ni. 

Kesian bila tengok mak ayah kita yang dah berusia tu. Selera makan pun kurang, apatah lagi kalau yang tinggal sorang tu. Ye lah, makan sorang-sorang ni, manalah selera nak makan. Kita ni pun, kalau makan sorang, hmm memang masak simple simple je. Silap silap makan telur goreng kicap je hari-hari. hehe. 

Bila selera kurang, memang zat makanan yang dapat tu pun kurang lah. Nak dapat 5 hidangan buah atau sayur setiap hari? Dapat 2-3 hidangan pun dah cukup baik. 
Tambah pula bila gigi tak ada, laaagi mencabar nak kunyah sayur, buah. Sudahnya, tak makan sayur, atau kalau makan pun, sikit sangat, memang tak berapa nak cukup untuk keperluan harian.

Jadi, cara nak tambah, boleh tambah 3 supplement asas ni. 

Sesuai untuk tenaga, jantung dan memori. Itu yang penting, kan di usia emas ni. 

Vitalea tu, multivitamin, boleh penuhkan keperluan nutrisi yang tak cukup sebab diet tak seimbang. 

Omegaguard pula, untuk kesihatan jantung, salur darah dan elakkan risiko lupa atau nyanyuk. Bahaya bila terlupa. Lupa padam gas kat dapur, lupa kunci pintu, lupa jalan balik. Ini semua mengundang bahaya pada mak ayah kita.

ESP pula untuk bekalkan protein dan kalsium untuk badan. Jadi kalau ada luka ke apa ke, cepatlah sembuhnya in sha Allah. 

Ni tiga yang paling penting bagi saya. Kalau nak yang full set pun ada, tapi tu kita cerita lain hari. Nak buat sarapan kejap. hehhehe. 

WA 01666658245

#readystockShakleeKandang #shakleemelaka #KhasIbuAyah #healthyaging

Dapatkan berat ideal selepas bersalin.

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum.. 

Berat kembali ke pre-pregnancy stage. Hmm siapa yang tak nak, kan? Alkisah semalam sembang di group whatsapp tips ibu menyusu nak detox dan diet. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan ibu menyusu untuk buat detox secara extreme. Terutama jika bayi berusia kurang 6 bulan dan menyusu secara ekslusif.  

Saya tahu ramai ibu yang tak sabar-sabar nak dapatkan berat ideal. Tambahan pula dengan lambakan produk diet yang dikatakan ‘selamat untuk ibu menyusu’. Bila tanya seller, semua kata ibu menyusu boleh ambil. Saya akui memang ada yang selamat, tapi perlu guidance yang betul dari penjual. Bagi ibu pula, set target realistik, supaya tak menjejaskan kesihatan anda dan bayi.  

Sebenarnya, jika ibu tidak mengambil sesetengah jenis makanan kerana diet,  bayi masih mendapat nutrisi yang cukup dari susu ibu. Ini kerana, jika ada nutrisi yang tidak cukup dalam susu ibu, badan ibu akan mengambil nutrisi tersimpan yang sedia ada dalam badan untuk digunakan.  Kecuali dalam keadaan kelaparan atau diet melampau menyebabkan kandungan nutrisi dalam susu ibu tidak dapat dipenuhi. 

Tapi apa pula kesannya pada ibu? Kekurangan nutrisi dalam susu ibu,  menyebabkan simpanan nutrisi dalam badan ibu menyusut, seterusnya ibu lah yang akan merasa kesan jangka panjangnya. Contohnya kalsium. Kalau ibu tak ambil kalsium yang cukup, badan akan melarutkan kalsium dari tulang dan gigi untuk mencukupkan keperluan bayi. Lama-lama gigi ibu cepat reput, tulang pun rapuh. Itu baru satu, belum yang lain-lain lagi. 

Jadi bagaimana ibu menyusu ingin mendapatkan berat badan ideal? Ye lah,  jeles tengok orang diet. Yang kita ni, asyik lapar 24jam. Perut macam bocor je bila menyusu, ye tak? 

Di sini saya nak kongsikan beberapa tips pemakanan sihat untuk ibu menyusu. Harus diingat, proses penurunan berat badan bukan ambil masa 1-2 minggu, tapi mungkin sehingga 3-6 bulan. 

1. Ambil air yang mencukupi. Air maksudnya air kosong, bukan air manis. Sekurang-kurangnya 3L sehari, atau 1L untuk setiap 25kg berat badan anda.  

2. Kurangkan minum minuman manis. Had kan kepada 1-2 cawan minuman manis sehari. Elakkan minuman berkarbonat, air kotak, dan minuman 3 dalam 1, atau 4 dalam 1 atau 10 dalam 1.

3. Makan ikut waktu. Ambil breakfast, lunch dan dinner. Sediakan kudapan yang sesuai. 

4. Pilih makanan yang sihat. Anda boleh pilih makan nasi setengah cawan, atau muruku 2 cawan. Kalori dia sama banyak je. Biskut 3 keping atau mee setengah cawan. 

5. Elakkan makanan bergoreng, kerepek, jajan, makanan rapu yang tak mengenyangkan. Snek dengan kekacang, atau buah-buahan atau salad. Yang ni, kalau tak tahan godaan, JANGAN BELI! Kalau tak nampak, takde lah rasa nak makan, kan? Kalau ada nanti asyik nak makan je. Kalau teringin sangat,  beli peket kecil dan kongsi. Jadi, takde lah anda makan banyak, betul tak? 

6. Ambil nutrisi tambahan. Saya mengamalkan set penyusuan Shaklee. Sebab saya tau, saya memang tak dapat nak ambil makanan seimbang setiap hari. Makan apa yang ada. Masak pun tak sempat kadang-kadang. 

7. 1 menu rebus/stim/panggang, 1 menu goreng. Kalau ikan dah goreng, buat sup sayur. Kalau dah masak kailan goreng, buat ayam masak tomyam. Lebihkan sayuran segar berbanding sayur dimasak. 

8. Bersenam. Cuba bersenam paling kurang 3 kali seminggu, setengah jam setiap sesi. Aerobik ke zumba ke jalan ke. Tak kisah janji bersenam. 

Saya mungkin bukan orang yang terbaik nak cerita tentang pemakanan sihat, sebab saya tau, nafsu memang amat sukar dikawal. Tapi kena usahalah. Untung tau, menyusu golek-golek dah bakar 500kalori sehari. Kalau kita tak jaga makan, sia-sia bakar kalori banyak tapi berat tak turun. 

Saya makan banyak nasi. Biasa lunch boleh 3-4 senduk sekali hadap. Tapi saya kurang gemar kuih muih kerepek jajan semua. Biasa kalau makan cookies 2-3 keping je. Walaupun cookies tu sedap. Kalau jajan memang tak pernah habis. Coklat bar paling kecil yang ada 6 senggat tu, saya boleh makan 3 hari. Sehari 2 senggat je. Air manis memang saya biasa minum time sarapan je. Teatime kadang-kadang. Makan nasi memang dengan air kosong kecuali makan kat kedai. Itu pun kadang order air suam jugak.  

Berat saya pregnant no 1 : 37kg – – > 58 kg, back to 39kg lepas setahun. Masa ni tak jumpa shaklee lagi. 

No 2 : 39 kg – – > 56kg – – > 39kg.  Ni pun 7-8 bulan lah back to normal. 

No 3 : 40kg – – > 56kg – – > 40kg lepas 6 bulan. Ni sebab saya tandem nursing. Cepat sikit turun. Heheh.  

No 4 : belum nampak bayang lagi.. Hahahha

Ok. Sekian bebelan di hari Sabtu. 

Semoga berjaya menyusukan bayi hingga 2 tahun.  

Nak order set penyusuan shaklee boleh wassap sini. 

VITALEA TAMBAH TENAGA

image

Bismillahirrahmanirrahim..

Bulan-bulan puasa ni mesti ramai yang rasa letih dari biasa, kan?

Ye lah, tak kisah ibu ke ayah ke, pelajar atau pekerja, surirumah atau pekerja pejabat, memang terasa letihnya.

Almaklum, dah bangun awal untuk sahur, solat subuh, sambung tugas harian, urus anak,  solat terawih, kadang-kadang rasa tak terkejar dek badan.

Makan pulak, walaupun banyak, kadangkala tak cukup nutrisi yang diperlukan. Minum air manis lebih, kurang sayur dan buah-buahan, kurang air manis.

Faktor kurang nutrisi ni memang boleh sebabkan keletihan. Sebab tu saya suka cadangkan VITALEA untuk mereka yang cepat letih. Sebab VITALEA ada 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita.

Bila keperluan nutrisi mencukupi, in sha Allah badan akan rasa lebih segar, tenaga bertambah, penyakit pun susah nak dekat. Barulah senang kita nak beribadat, betul tak?

Murah je pun. Tak sampai pun RM2 sehari.

Meh PM/WA 016-6658245.

Saya sudi bantu anda.

#pengedarshakleemelaka #vitalea #ad_dinashop

Ieja Ibrahim

ANAEMIA

Assalamualaikum..

Kelmarin, ada yang tanya tentang supplement untuk anaemia atau kekurangan darah merah (Hb). Kerana kesedaran lebih meluas terhadap tahap kesihatan, dan juga lebih ramai yang diperiksa FBC (full blood count) kerana demam dan sebagainya, jadi makin ramailah yang dikenalpasti menghidap anaemia.

image

Terdapat banyak sebab yang menyebabkan kekurangan haemoglobin (Hb). Sebab paling biasa adalah kekurangan zat besi dan pendarahan di mana-mana. Sebab-sebab lain adalah seperti kurang Vitamin B12, Thalassaemia, penyakit buah pinggang dan lain-lain.

Kebiasaannya penghidap anaemia ini akan berasa cepat letih dan lesu. Kadang-kala jantung terasa laju dan berdebar-debar (palpitation). Pada tahap serius, anaemia boleh mengakibatkan kesukaran bernafas dan serangan jantung kerana kekurangan oksigen pada organ dalaman.

Dari segi supplement, SET KESIHATAN ASAS yang terdiri daripada VITALEA -VITAMIN C – B COMPLEX dan ESP boleh membantu.

Vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Ia juga mengandungi nutrien penting lain untuk kesihatan tubuh.

Vitamin C pula diperlukan bagi membantu proses penyerapan zat besi ke dalam tubuh. B Complex mengandungi folic acid yang juga penting untuk pembentukan sel darah merah.

ESP membekalkan asid amino perlu yang merupakan ‘building blocks’ untuk setiap sel-sel dalam badan.

Yang pasti, pengambilan diet yang seimbang amat penting untuk membantu kesihatan sel badan seterusnya memastikan kesihatan dan tubuh badan secara amnya.

Ieja Ibrahim