Posted in Ad-Dina Team, SHAKLEE

Kau boleh lah, kau doktor! 

Bismillahirrahmanirrahim… 

Hari saja nak share cerita.. 

Ramai yang bila saya ajak konsisten buat shaklee as side income, rasa takut dan tak yakin. Sebabnya, shaklee ni makanan tambahan, vitamin, kena study produk satu-satu, kena consult customer betul-betul sebelum boleh bagi cadangan apa-apa. 

Bila benda-benda yang kena ada buat kajian serba sedikit ni, orang biasanya akan rasa susah, dan leceh. Ye lah, antara jual shaklee, dengan jual tudung atau baju, atau kain cottom misalnya, mestilah nampak jual baju atau tudung lebih senang, kan? Ye lah, tudung tak payah nak study sangat, tahu jenis kain dan saiz, amik gambar, dah boleh jual. Kalau shaklee, kena tau tentang penyakitlah, kenapa perlu ambil supplement, apa kelebihan setiap supplement, siapa yang perlukan, apa jadi kalau kurang atau lebih, eh banyaklah benda nak kena tahu.  

Itu tak campur bab-bab marketing lagi. Nak manage duit lagi, dan lain-lain perkara yang patut seorang yang nak berniaga tahu. 

Lepas tu, akan keluar lah ayat ni: ‘alaa, tak reti lah nak jual, mana nak tau pasal semua benda tu? Kau boleh lah. Kau Doktor. Orang percaya.’ Ayat biasa ni tau, banyak kali dapat. 

Tau tak, waktu saya mula-mula join shaklee dan pergi korek dan baca satu-satu fail dalam secret group S2u dan Jutawan (masa tu lah, sekarang ni tinggal S2U je),  saya rasa Ya Allah, banyaknya benda yang saya tak tau. Bila pergi kelas Shaklee dan jumpa orang-orang yang berjaya dah rank tinggi-tinggi masa tu tak jumpa pun doktor. Sekarang dah kenal ramai sikit lah doktor dalam Shaklee, Alhamdulillah. 

Saya rasa masa tu, hebatnya semua orang! Takde basic medicine pun, tapi diorang rajin pegi baca journal, baca buku tentang vitamin, buku tebal-tebal tahap buku teks zaman medical school pandang pun ngeri tau! Bukan buku cikai-cikai. Dan masa tu saya rasa, segannya saya jadi doktor pun tak tau. Sebab secara jujurnya, medicine is more about treating (rawatan) not so much on prevention (pencegahan). Kuliah kami padat dengan kuliah fisiologi dan ubatan, tapi kurang tentang nutrisi. Memang bila patient tanya tentang diet saya kadang jadi buntu. Mujur ada Dietitian, jadi boleh refer kat dietitian je. Hehehe.  Jadi bila kenal Shaklee, minda saya terbuka. Menarik sebenarnya fakta-fakta nutrisi ni. Setiap vitamin dan mineral, ada fungsinya yang tersendiri. 

Orang-orang yang bercakap tentang nutrisi ni, dari macam-macam latar belakang, dari suri rumah, lawyer, engineer, dan lain-lain. Sumber maklumat kami, selain yang pantas dihujung jari seperti cik gugel, adalah buku-buku nutrisi,  macam “prescription of nutritional healing,  Vitamin Bible”  dan lain-lain. Ada juga kelas nutrisi yang dianjurkan oleh pakar pemakanan Shaklee sendiri. Kelas online melalui whatsapp, facebook dan telegram pun ada. Rajin dengan tak je nak dengar semuanya. Saya pun beli buku baru nak tambah pengetahuan. Seganlah orang lain lagi pandai dari kita. Hehehe. 

Apa yang saya nak cakap kat sini, sebenarnya, status saya sebagai doktor tu, mungkin membantu 5-10% je dalam perjalanan saya sebagai seorang SID (shaklee independent distributor). Kalau malas, memang takdenya nak berjaya. 

Dan orang yang rasa saya ni ada banyakk sangat kelebihan berbanding dia sebenarnya mungkin rasa tak sempat dan tak tau nak mula dari mana dalam bisnes ni. Sebab banyak benda nak kena tahu, jadi rasa overwhelmed. Mana nak belajar tentang vitamin, set apa yang sesuai, penyakit apa yang ada. Eh macam-macam lah. Memang banyak lah. Saya ni walaupun berpengetahuan lebih 0.05% daripada orang lain ni kena belajar juga,  teknik marketing, online, offline, cara manage stok, nak manage duit. 

Jadi, saya nak kata je, tak kisah lah apa status anda,  anda boleh je join shaklee dan berjaya. Syaratnya, rajin dan cari mentor yang boleh guide anda. Bukan minta suap je tau! Usaha dan minta guidance. Gunakan upline anda sepenuhnya. Kalau tak kamcing dengan mak,  boleh cari nenek atau moyang. Tanya lah mak tu sapa mak dia kan. Kalau tak ngam juga, anda boleh lah request dengan Shaklee nak tukar mak. Boleh je tapi ada syarat dia lah. Kena discuss dengan Shaklee. 

Kalau nak saya guide, anda boleh isi borang ni. 

Dah isi,  boleh whatasapp saya di 0166658245. Nanti saya beritahu langkah selanjutnya.  


Posted in Carotomax, Shaklee Effects

SHAKLEE CAROTOMAX

Shaklee Carotomax mengandungi 6 varieti karotena yang merupakan prekursor kepada Vitamin A. Ia diekstrak daripada rangkaian buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan sifat antioksidan seperti rumpai laut,  tomato,  biji anggur,  pot marigold,  epal,  strawberi,  minyak sawit,  kentang dan lain-lain. 

Ada 6 fitokimia semulajadi yang terkandung dalam Shaklee Carotomax.  

Alpha Carotene – penting untuk penglihatan malam,  kesihatan mata dan menghalang degenerasi penglihatan

Beta Carotene – memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka,  meningkatkan sistem imun serta mengurangkan risiko kanser usus,  payudara dan prostat.  

Lycopene – bersifat antioksidan,  dan menghalang penuaan organ. Ia juga penting untuk kesihatan serviks,  jantung dan sistem imun tubuh. Lycopene juga membantu mengurangkan masalah prostat. 

Astaxanthin – merupakan pigmen di dalam alga dan fitoplankton dan memberikan warna pink pada ikan salmon. Shaklee walaubagaimanapun menuai astaxanthin daripada mikroalga laut yang lebih poten dan tulen.  Ia berfungsi melindungi kerosakan disebabkan oksidasi kolesterol LDL. 

Lutein –  lutein berfungsi menghalang katarak, glaucoma dan AMD (Age-related macular degeneration) 

Zeaxanthin – berfungsi melindungi mata,  mengurangkan risiko kanser payudara,  ovari,  endometrial dan serviks. 

Haaa ada kesemua 6 jenis karotena yang diperlukan oleh tubuh.  

Jadi apa manfaat utama Shaklee Carotomax ni? 

Meningkatkan kesihatan mata – mengatasi masalah rabun malam,  rabun dekat,  astigmatism,  mata kering (xerophthalmia), glaucoma, katarak,  floaters dan gegelung higam di mata.  

Meredakan penyakit kulit – ia membantu mengurangkan masalah kulit seperti psoriasis,  senile plaque,  kulit kering,  jerawat, dan akne. 

Melindungi epithelial – ia memelihara lapisan luar kornea,  bronkus,  pundi kencing,  ovari,  serta merawat ulser saluran usus.  

Melawan kanser dan oksidasi – pengambilan yang kerap mengukuhkan sistem imun,  melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini membantu mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara. 

Menghalang jangkitan – Carotomax membantu merangsang enzim pembunuh kuman serta mengurangkan simptom penyakit paru-paru,  batuk,  hepatitis,  asthma dan selsema. 

Menggalakkan perkembangan tubuh yang normal dan sihat – merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja,  menguatkan tulang,  melindungi rambut,  kuku,  gigi,  gusi dan sistem reproduksi. Ia juga membantu penghasilan sperma yang sihat. 

Banyak,  kan manfaat carotomax ni sebenarnya.  Tang antioksidan dan antikanser property tu memang sungguh menarik hati.  Tambah pulak bulan ni Shaklee buat offer PWP buy 1 free 1 dengan pembelian 150 uv. Memang rugi kalau tak grab! Gambar kat poster tu harga untuk distributor. Kalau retail,  RM 74 (tanpa gst).

Ni ada sedikit testimoni carotomax. 

Nak cuba?
Jemput WA 016-6658245. 

Assalamualaikum! 

Posted in Peppermint Ginger, Shaklee Effects, TESTIMONI

TESTIMONI : PEPPERMINT GINGER

image

Hari ni nak share experience saya sendiri hilang gastrik dengan peppermint ginger.
Peppermint ginger.

Sebenarnya masa saya sekolah dulu, dari sekolah rendah memang kerap kena gastrik. Naik sekolah menengah kurang sikit. Last saya kena paling teruk masa 3rd year medic. Stress agaknya sebab kena repeat paper. Sampai guling2 rasa nak gi spital tapi tak tau nak ajak sape. Telan gaviscon pun tak hilang. Lama gak lah kena tu. Sepanjang malam tak tidur. Memang selalu gak kena, Gaviscon tu memang sentiasa atas meja study.

Start kerja gastrik hilang. Miracle betul sebab kalau nak ikut lagi tak sempat makan kan. Rezeki alhamdulillah, Allah nak suruh saya fokus jaga patient agaknya. Hihihihi. Memang lama sangat takde attack.

Lepas tu pregnant Noah saya mabuk. Jadi peppermint memang jadi sahabat karib selain chewable C. Tapi lepas pregnant tu saya dah tak ambil peppermint dah lah. Dah baik mabuknya heheh.

Lepas tu start tahun lepas husband mula banyak outstation. Bila dia outstation memang saya terkejar-kejar. Mula-mula seminggu 1-2 hari je, lepas tu lama-lama permanent dah kerja KL sekarang. Memang kelam kabut lah. Dinner memang selalu lewat sebab balik kerja amik anak hantar ngaji dulu, baru balik rumah. Maghrib baru sampai rumah. Dengan si kecik breastfeed memang pukul 9 lebih baru dapat dinner. Kadang-kadang pukul 10 baru dapat makan.

Start lah gastrik balik. Stress pun ye jadi mak kena tinggal ni. Semua kena buat sendiri. Tu yang kerap kena balik.

Sekali tu mmg berguling kena. Mujur masa tu suami ada. Memang tak larat dah. Teringat peppermint, telan 2 biji. Pastu tdo. Alhamdulillah lega. Since then, sekarang mmg saya ambil 1-3 biji sebelum tdo. Sebab biasa mmg kena malam sbb dinner lewat kan. Kdg2 masak sempat bagi anak makan je. Kita makan kemudian. Perut pun dah masuk angin.

Tapi alhamdulillah, kalau rasa sikit2 tu hilang lah. Takde kena attack teruk sampai guling2 macam dulu.

Gastrik kalau yang teruk memang kadang rasa sampai nak muntah, nak pitam pun ada. Yang pernah rasa je tau. Hehehe 

Ieja Ibrahim

Posted in Collagen Powder, Masalah Tulang, Set Sendi, Shaklee Effects, TESTIMONI

KOLAGEN UNTUK SENDI

Kolagen bukan hanya untuk kulit tau! 

Ni testimoni abah Shaklee saya,  Master Firdhaus :

[CollagenEffect] 

Sebut kolagen, mesti byk kaitan dgn Cun dan Cantik..normal lah tu sebab dh byk org buat treatment mcm2x style untuk kolagen ni esp untuk beauty2x gitu..

.

Adakah sy consume Collagen untuk cantik??opss..tu bonus yang dapat kulit licin+maintain tegang..

sy consume sebab lutut!!

.

9 tahun lepas, semasa masih aktif berBola Sepak, lutut kiri diuji dgn ACL!putus ligamen all over lutut menyebabkan 80% damage menyebabkan lutut sy ‘longgar’ ; bertongkat 2 minggu tapi takut nk g operate..tahan2x bertahun biar je lutut cmtu…efeknye? susah nk jalan jauh dan angkat barang berat sambil jalan..pasti rasa sengal dan kebas waktu malam..nk jogging atau aktif berjalan sambil bw beg berat serta membuat beberapa aksi bersukan yang gunakan lutut, xdapat dibuat secara kasar dan aktif.walaupun begitu..alhamdulillah..masih ada kaki..sy gagahkan juga 

.

Tahun 2012 br kenal Collagen.tapi x consume

lagi~mula aktif sejak Jan 14!selepas tahu yang collagen ni bisa diperlukan untuk kekuatan Rawan..consume2x dan alhamdulillah, sy dapat rasakan lutut kiri jadi lebih kuat dari sebelum..walaupun dh lama sy xpi checkup untuk tgk condition lutut…since sy mampu berjalan jauh tanpa rasa sengal dilutut untuk jangka masa

lama..dh ckup syukur sgt…esp masa dukung Faheem..mampu

bertahan lama dan berjalan sambil

mendukung dan menggalas beg 

(agak2x dlm 30kg la beban dibawa)..still

steady..lutut xgegau la

kirenye 
Alhamdulillah..side effect

lain? Kulit Gebu? haha..kne rasa sendiri la perbezaannye
yang penting, jaga kesihatan sebelum

sakit..inshaaAllah 
#shakleeeffect

#s2uFamilies

#s2united
p/s resepi kegemaran minum collagen adalah bersama sirap laici!!!pergh..cair~

Posted in Alfalfa, BREASTFEEDING, Breastfeeding dengan Shaklee, Shaklee Effects

TESTIMONI : ALFALFA DAN PENYUSUAN

Hari ni kita share testimoni pula lah.

Sempena promosi alfalfa yang bakal berakhir 30 November nanti.

Testimoni hari ni, khas untuk wanita. Nanti hari lain kita share testimoni untuk fungsi lain alfalfa selain MILKBOOSTER. Heheheh.

image

image

image

image

image

Semoga bermanfaat.

Nak order boleh whatsapp 016-6658245.

Cepat tau! Harga menjunam ni!

Ieja Ibrahim