Posted in Ad-Dina Team, SHAKLEE

Kau boleh lah, kau doktor! 

Bismillahirrahmanirrahim… 

Hari saja nak share cerita.. 

Ramai yang bila saya ajak konsisten buat shaklee as side income, rasa takut dan tak yakin. Sebabnya, shaklee ni makanan tambahan, vitamin, kena study produk satu-satu, kena consult customer betul-betul sebelum boleh bagi cadangan apa-apa. 

Bila benda-benda yang kena ada buat kajian serba sedikit ni, orang biasanya akan rasa susah, dan leceh. Ye lah, antara jual shaklee, dengan jual tudung atau baju, atau kain cottom misalnya, mestilah nampak jual baju atau tudung lebih senang, kan? Ye lah, tudung tak payah nak study sangat, tahu jenis kain dan saiz, amik gambar, dah boleh jual. Kalau shaklee, kena tau tentang penyakitlah, kenapa perlu ambil supplement, apa kelebihan setiap supplement, siapa yang perlukan, apa jadi kalau kurang atau lebih, eh banyaklah benda nak kena tahu.  

Itu tak campur bab-bab marketing lagi. Nak manage duit lagi, dan lain-lain perkara yang patut seorang yang nak berniaga tahu. 

Lepas tu, akan keluar lah ayat ni: ‘alaa, tak reti lah nak jual, mana nak tau pasal semua benda tu? Kau boleh lah. Kau Doktor. Orang percaya.’ Ayat biasa ni tau, banyak kali dapat. 

Tau tak, waktu saya mula-mula join shaklee dan pergi korek dan baca satu-satu fail dalam secret group S2u dan Jutawan (masa tu lah, sekarang ni tinggal S2U je),  saya rasa Ya Allah, banyaknya benda yang saya tak tau. Bila pergi kelas Shaklee dan jumpa orang-orang yang berjaya dah rank tinggi-tinggi masa tu tak jumpa pun doktor. Sekarang dah kenal ramai sikit lah doktor dalam Shaklee, Alhamdulillah. 

Saya rasa masa tu, hebatnya semua orang! Takde basic medicine pun, tapi diorang rajin pegi baca journal, baca buku tentang vitamin, buku tebal-tebal tahap buku teks zaman medical school pandang pun ngeri tau! Bukan buku cikai-cikai. Dan masa tu saya rasa, segannya saya jadi doktor pun tak tau. Sebab secara jujurnya, medicine is more about treating (rawatan) not so much on prevention (pencegahan). Kuliah kami padat dengan kuliah fisiologi dan ubatan, tapi kurang tentang nutrisi. Memang bila patient tanya tentang diet saya kadang jadi buntu. Mujur ada Dietitian, jadi boleh refer kat dietitian je. Hehehe.  Jadi bila kenal Shaklee, minda saya terbuka. Menarik sebenarnya fakta-fakta nutrisi ni. Setiap vitamin dan mineral, ada fungsinya yang tersendiri. 

Orang-orang yang bercakap tentang nutrisi ni, dari macam-macam latar belakang, dari suri rumah, lawyer, engineer, dan lain-lain. Sumber maklumat kami, selain yang pantas dihujung jari seperti cik gugel, adalah buku-buku nutrisi,  macam “prescription of nutritional healing,  Vitamin Bible”  dan lain-lain. Ada juga kelas nutrisi yang dianjurkan oleh pakar pemakanan Shaklee sendiri. Kelas online melalui whatsapp, facebook dan telegram pun ada. Rajin dengan tak je nak dengar semuanya. Saya pun beli buku baru nak tambah pengetahuan. Seganlah orang lain lagi pandai dari kita. Hehehe. 

Apa yang saya nak cakap kat sini, sebenarnya, status saya sebagai doktor tu, mungkin membantu 5-10% je dalam perjalanan saya sebagai seorang SID (shaklee independent distributor). Kalau malas, memang takdenya nak berjaya. 

Dan orang yang rasa saya ni ada banyakk sangat kelebihan berbanding dia sebenarnya mungkin rasa tak sempat dan tak tau nak mula dari mana dalam bisnes ni. Sebab banyak benda nak kena tahu, jadi rasa overwhelmed. Mana nak belajar tentang vitamin, set apa yang sesuai, penyakit apa yang ada. Eh macam-macam lah. Memang banyak lah. Saya ni walaupun berpengetahuan lebih 0.05% daripada orang lain ni kena belajar juga,  teknik marketing, online, offline, cara manage stok, nak manage duit. 

Jadi, saya nak kata je, tak kisah lah apa status anda,  anda boleh je join shaklee dan berjaya. Syaratnya, rajin dan cari mentor yang boleh guide anda. Bukan minta suap je tau! Usaha dan minta guidance. Gunakan upline anda sepenuhnya. Kalau tak kamcing dengan mak,  boleh cari nenek atau moyang. Tanya lah mak tu sapa mak dia kan. Kalau tak ngam juga, anda boleh lah request dengan Shaklee nak tukar mak. Boleh je tapi ada syarat dia lah. Kena discuss dengan Shaklee. 

Kalau nak saya guide, anda boleh isi borang ni. 

Dah isi,  boleh whatasapp saya di 0166658245. Nanti saya beritahu langkah selanjutnya.  


Posted in Ad-Dina Team, PERSONAL, s2u Families, SHAKLEE, Shaklee Effects

Kenapa saya terjebak dengan Shaklee

Assalamualaikum..
Salam hari Ahad..

Hari ni nak share kisah saya. Masa pergi family day s2u kat Eagle Ranch minggu lepas, saya berborak dengan seorang family s2u. Akak tu suri rumah, anak dah teenagers dah. Sebelum ni tak pandai sangat guna internet, sekarang dah ada blog pun.. hebatnya penangan Shaklee..hehe

Sembang-sembang dia tanya saya kerja apa? Bila dia tau saya doktor, dia tanya, kenapa buat Shaklee lagi?

Kenapa ek?

Ye lah, kalau nak ikutkan gaji saya, cukup dah buat belanja diri sendiri. Dengan gaji suami lagi, duduk pun kat Melaka. Bukannya nak kena belanja banyak-banyak sangat. Kira boleh kata cukup mewah dah untuk sara diri dan keluarga. Tak payah nak buat side income dah.

Tetapi ada sesuatu dalam family Jutawan dan s2u yang memanggil-manggil saya untuk join berniaga. Padahal, kalau nak ikutkan saya ni takde bakat pun nak berniaga. Malu lagi ada. Hahaha. Online boleh lah..offline? Hehehehhe hubby lagi pandai buat offline..

Memang, niat asal saya sebab nak tambahkan income. Ye la kalau dulu setahun boleh pergi vacation 2-3 kali, sekarang dapat pergi 4-5 kali, apa salahnya, kan?

Tetapi sebenarnya saya lebih tertarik dengan pendekatan nanny Cery dan Ummie Iffah yang sangat-sangat mementingkan kerohanian.  Ye lah, macam sedekah contohnya, memanglah kita tau sedekah tu bagus, kan, tapi tak lah fikir nak sedekah seminggu sekali atau hari-hari, kan?

Amalan dhuha dan zikir tu. Memang sebelum ni tau bagus, tapi tak nampak kepentingannya. Amalan menjemput rezeki. Walaupun mungkin ada hari yang saya takde sales, tapi bila buat semua-semua tu, sekurang-kurangnya saya dapat pahala, kan?

Of course, kerana Shaklee produk yang bagus dan berkesan untuk saya dan suami membuatkan saya tak teragak-agak nak mempromosikan Shaklee. Cuma ye lah, nak rekomen kat patient tu susahlah. Nanti kena komplen pulak cakap doktor jual ubat. Hehehehe..

Kalau nak ikutkan..tak senang nak berjaya dalam Shaklee, kalau tak betul-betul memang ada rasa nak give up. Ye lah, ingat senang ke nak belajar pasal produk, marketing, nak tepis serangan-serangan dari pelbagai arah. TAPI, sebab ukhuwah yang terjalin dalam family baru saya ni, saya rasa saayang dan rugi sangat kalau saya lepaskan. Walaupun lebih separuh saya kenal di alam maya, tapi ikatan hati tu macam dah lama sangat kenal. Sayanglah nak lepaskan orang yang beri influence baik pada kita, kan? Ye lah, kita ni tak bagus mana, kalau dapat kawan dengan orang yang bagus dan positif, dan saling mengingatkan rugiiii kalau lepaskan :))

Itu, cerita saya. Anda? Bila lagi nak join keluarga Shaklee kami?
Kedatangan anda sentiasa kami alu-alukan.

image

Hubungi saya:
Ieja Ibrahim
016-6658245
ijask@hotmail.com

Posted in Ad-Dina Team, s2u Families, SHAKLEE, Shaklee Effects

S2U Appreciation Tours 2014 (Zon Tengah).

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal s2u Tours yang ditaja oleh ummie abah shaklee kami Master Iffah Anuar dan Master Firdhaus. Alhamdulillah, tours yang bertujuan merapatkan ukhuwah dan meningkatkan skill dan motivasi untuk berniaga berjalan lancar.

Venue: Eagle Ranch, PD
image

Kami sampai waktu dinner, tak sempat nak join sukaneka, sebab bawak Adam pergi competition..Poolside dinner. Meriah tengok yang berjaya dapat hadiab sukaneka. Heheh. Dinner tepi pool, sampai ada anak yang tak sabar, terjun masuk kolam malam hari. 🙂 Betul- betul keluar dari comfort zone.
image

Malam berehat di bilik masing-masing, siap sedia untuk sesi Inspirasi Tusukan Qalbu. esoknya. Sesi sharing tips dan rahsia Jutawan bersama Masters dalam s2ufamilies kami.

image

image

Registration + aktiviti kanak-kanak. Sebelum semua berlari masuk pool lepas hujan teduh.
image
Terima kasih en hubby jaga anak sampai tertdo lepas mandi kolam.
image

Sementara kami belajar dan apply tips kaya raya..

image

image

Sebelah petang ada sharing Men’s Talk dari Masters Lelaki. Yang banyak menyokong isteri kat depan.. 🙂

image

Sesi air mata pulak lepas tu…
image

Terima kasih yang tak terhingga pada ummie abah dan rakan-rakan Masters yang lain yang tak lokek memberikan ilmu pada kami.. Family day yang enjoy dan penuh dengan ilmu. Nak buang roadblock dalam diri, kena berusaha naik rank lepas ni, aminn..

Dah dapat makan minum bilik free.. dapat hadiah lagi..
image

Alhamdulillah, terima kasih atas ukhuwah dan kasih sayang, terima kasih atas semangat dan kepercayaan. Semoga mampu buat macam ni untuk anak cucu AdDina Team pulak. Aminn.

I LOVE MY SHAKLEE FAMILY!!

Jom, siapa nak join? Bukan dapat sihat je, dapat kaya, dapat kawan, anak-anak pun dapat kawan baru. 🙂

Ieja Ibrahim
016-6658245